Assalamualaikum w.b.t.
Melewati hari-hari cuti tanpa agenda dan aktiviti memang membosankan. Sebelum ini, waktu seperti inilah yang dinanti. Minggu lalu saya meminta teman daripada seorang sahabat internasional untuk menemani saya ke pekan yang berdekatan (memandangkan semua sahabat2 tempatan balik kampung) untuk membeli cds historikal drama Korea. Hasilnya, kedua-dua drama historikal itu (44episod) saya habiskan dalam masa 2hari kerana kebiasaan mempercepatkan (forward) cerita pada waktu-waktu kuliah/kelas. Selain itu, saya sibuk dengan menerima 'teman-teman' baru yang menjadikan kompartmen saya 'full house". Memikirkan ini sahaja peluang dan kemampuan yang saya miliki, semoga bermanfaat buat yang lain. Tidak enak untuk saya mencuri waktu kalian, maka ini ada sedikit hasil tangan saya di saat-saat akhir semester 2.
|
watak ni saya ambil daripada komik roomate saya, Fiza.. rasanya inilah pertama kali lukisan saya lengkap dari rambut ke kaki. Sebab tu banyak yang 'kurang'. |
|
Sebenarnya tujuan asal saya ketika itu bukanlah watak Conan,tetapi setelah mencuba berkali-kali, saya memutuskan untuk melukis watak ini kerana watak ni sahaja yang mudah untuk saya lukis pada bila2 masa. |
|
Mengimbau zaman sekolah menengah, saya suka membaca Komik Kreko terutama part 'Fullmetal Alchemist'. Tapi setelah mendapati terlalu banyak simbol yang saya kurang mengerti dalam cerita ini, maka Kreko tinggal kenangan. |
|
Ini merupakan watak yang saya ambil daripada foto seorang sahabat. Maaf, lukisan saya merosakkan 'kecantikan' yang dimilikinya... |
|
Lukisan chibi kedua selepas chibi sungkyunkwan scandal hari tu... tetapi chibi pertama selepas mengikuti tutorial. Nampak sedikit kekemasannya. Chibi riang/cute. |
|
Chibi kedua selepas tutorial...rasanya ini yang terbaik setakat ni...kerana karakter penuh+emosi |
|
Tutorial atau tanpanya bukan pokok persoalan... kerana mengikuti tutorial membuat saya 'terikat' dan 'pengikut' kepada 'tutor' berbanding dengan kebolehan sendiri, saya boleh lihat di mana tahap saya yang sebenar. Sebenarnya, sudah lama saya bercadang untuk 'menyepi' daripada lukis melukis ni tapi, saya tidak mampu untuk menceritakan semua dengan tutur dan tulisan... maka titik-titik hitam dan garis-garis pensel inilah penceritanya...
Ulasan
Catat Ulasan