Langkau ke kandungan utama

permulaan cuti semester 2

Assalamualaikum w.b.t.

Akhirnya, berlabuh sudah semester 2 saya pukul 11 pagi tadi. Seandainya tiada istilah semester 3 selepas ini, pasti esok dengan senyum lebar saya mengusung bagasi ke lapangan terbang. Ya, masih segar degup gembira semester lalu apabila kembali ke teratak selepas 4bulan berada di perantauan. Kalau ditanya kenapa tak balik, selalu saya jawab beserta senyuman. Tiada siapa yang mungkin mengerti apa yang bergolak dalam  qalbu ni. Biarlah, hanya ALLAH yang tahu.

Sesungguhnya, tiap kali perkataan "cuti" bertapak di jadual saya, tangisan pasti mengalir cuma saya masih punya 'pendirian' yang saya pegang untuk tidak memperlihatkannya di hadapan yang lain. Pahitnya, sakitnya tangisan itu cuma saya dan mereka yang berhadapan situasi seperti saya sahaja yang memahaminya. 'Ketabahan' dan 'kekuatan semangat' yang kami tonjolkan bukan bermakna kami ego tapi kami punya sebab tersendiri yang mana hanya terpendam di sanubari. Bukan soal wang jadi ukuran kerana jika hendak dinilaikan rindu yang kami usung buat keluarga ini dengan wang tidak terjangkau dek angka...infiniti.

Semester lalu, saya mengenali seorang sahabat yang pernah 4 tahun tidak kembali ke pangkuan keluarga kerana menuntut ilmu. Pada waktu itu, saya menganggap 'pendiriannya' sebagai tidak relevan. Tetapi setelah berada di situasi yang sama, baru saya mengerti 'pendirian' itu hanyalah bayangan buat 'pengorbanan'. Kini, saya juga berharap 'pengorbanan' ini sebagai satu percaturan masa depan saya dan keluarga. Meskipun susah, saya tetap berharap dihujungnya terselit kebahagiaan.

Mulanya, perkara yang paling saya takuti adalah kondisi kedua ayahbonda saya. Tetapi apabila mendengar respon mereka, baru saya tersedar selama ini menghampiri perhitungan 21 tahun , ayahbonda sayalah orang yang paling tabah saya temui. Kenapa masih terselit rasa ragu buat mereka? Kenapa tidak saya balasi ketabahan itu dengan belajar bersungguh-sungguh? Dimana pun saya berada ALLAH pasti melindungi mereka, sesungguhnya DIAlah yang Maha Pemberi Perlindungan.

Keseorangan bukan penghalang kebahagiaan dalam keluarga meskipun berdua itu lebih baik. Saya selalu menganggap situasi akan lebih mudah seandainya adik saya masih berada di sisi kami ketika ini. Setidak-tidaknya ada yang menjaga keperluan kedua ayahbonda. Tiap kali saya berjauhan dengan keluarga, itulah yang meniti di bibir dan sanubari. Perginya terlalu awal daripada kami pasti ada hikmah disebaliknya. DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya jugalah kita kembali.

Penghujung nota semester ini, sekali lagi saya belajar hidup 'sendiri' dan mungkin akan terusan berada dalam situasi yang sama...semoga dapat saya mengambil ikhtibar darinya. Pengalaman ini bukan sebagai bekalan tetapi peringatan bahawa nanti kita akan 'sendiri' juga dan hanya amal yang akan membantu. Mengakhiri entri ini, saya mohon apologi seandainya kata-kata bersifat personal sesungguhnya inilah sahaja yang dapat saya kongsikan. Jalan hidup saya mungkin tidak se'indah' jalan hidup anda di luar sana, bersyukurlah kerana anda masih bisa menyalami dan mengucup tangan kedua ayahbonda kalian setiap hari berbanding saya yang hanya bisa mendengar suara dan menatap foto mereka dalam tempoh ini.

(tag: mungkin agak melankolik...ini pengalaman pertama saya untuk tempoh yang lama berjauhan dengan keluarga tercinta. )


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share