بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.
Beberapa hari yang lalu, sebelum ke kelas tilawah saya, Ayu dan cik Nang duduk semeja di cafe HS. Suddenly, ada seorang senior lalu (saya lupa nama brother ni),dulu saya pernah sekelas dengan dia, kelas BM Lanjutan. Dia lengkap berbaju Melayu dan bertanjak. Selama saya sekelas dengan dia, (walaupun tak kenal rapat) tapi dia sememangnya pelajar yang sangat memartabatkan bahasa Melayu. Susah nak jumpa pelajar sebegini. Lebih-lebih lagi di tengah kampus 'International'.
Selepas sem 1, saya tidak pernah terserempak apatah lagi mendengar khabar mengenainya,inilah kali pertama melihat figuranya dengan mata kepala saya sendiri. Kata kawan saya dia selalu tampil dengan baju Melayu dan tanjaknya. Seriously? Setahu saya, walaupun dia amat memartabatkan bahasa Melayu tetapi tidak pernah sekalipun dia datang kelas bahasa Melayu dengan 'identiti Melayu' itu. Meaning to say, dia memijak daripada satu tangga ke tangga yang lain dalam usaha memartabatkan jati diri seorang Melayu. Sungguh saya kagum dengan istiqamahnya!
Bukan hendak membesarkan cerita, pada ketika itu, terdapat segelintir pelajar yang memandang dengan sinis. Takut hendak berprasangka buruk, tapi realitinya memang ada sahaja yang memandang 'serong' ke atas golongan yang berusaha mengekalkan imej Melayu. Ikut tradisi Melayu dikatakan 'ketinggalan' zaman, lebih-lebih lagi dalam aspek berpakaian.Tapi pada pandangan saya tidak salah untuk mengekalkan identiti Melayu selagi ia tidak menyalahi syariat Islam. Terlalu mengejar erti moden maka cara pemakaian pun ditukar mengikut 'bangsa' yang dikira sebagai lebih moden. Hilang identiti sendiri. Jadilah kita bangsa yang hanya tahu mengekor dari belakang, tanpa prejudis.
Analoginya, mesej yang ingin disampaikan oleh PSY dalam lagunya, Gangnam Style adalah baik, namun cara penyampaiannya agak terpesong daripada nilai-nilai dan moral kita sebagai seorang muslim. Pertembungan antara budaya sememangnya sudah berlaku semenjak zaman berzaman. Semua sedia maklum akan hal itu. Tapi sedarkah kita, pertembungan budaya mana yang telah membawa kepada zaman kegemilangan Sultan Melaka? Kegemilangan Kerajaan Johor? Kegemilangan Acheh? Bagaimana pula halnya dengan keruntuhan sistem Khilafah di Turki? Budaya mana yang telah menjahanamkannya?
Ok, cakap banyak tidak ada gunanya tanpa point, apa yang saya cuba saya sampaikan di sini, apabila pemikiran belia sekarang sudah diresapi dengan unsur-unsur moderen. Islam tidak melarang sebarang bentuk moden asalkan ia diletak sesuai dengan tempatnya. Hakikatnya, Islam tidak perlukan kemoderen,sebaliknya kemoderen itulah sendiri yang perlu diIslamkan.
Secara peribadi, saya amat khuatir andai golongan belia yang sukakan 'moden' ini berada di tempat atasan, a.k.a pemimpin suatu hari nanti dalam segenap ruang institusi,rumah tangga, politik,ekonomi, pendidikan, dan banyak lagi.
(ibu seorang sahabatku sedang sakit di Hospital, syafakillah..)

Ulasan
Catat Ulasan