بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.
Sudah sekian lamanya tidak singgah berkata-kata di sini. Rindu. Teramat rindu. Saya cuba beralih 'muka', tapi nampaknya kurang berjaya kerana cuma dijamu hitam putih. Ternyata qalbu ini masih punya rona komuniti, meskipun sering bersendiri. Tiada 'ole-ole' yang luar biasa daripada saya meskipun lama menghilang, sebetulnya sibuk memperbaiki,memperlengkapkan, menambah dan segala macam adjektif berimbuhan positif lagi....dan beginilah tiada pengakhiran kerana proses menuntut ilmu itu sentiasa,selalu.
Kata orang, tak kenal maka tak cinta, maka saya telah mencuba sedaya upaya memaksa diri untuk mengenalinya…(tetiba ayat ni keluar) terus terang tiada yang mencurigakan saat taaruf. Tidak tahu di mana silapnya, setiap kali ingin melangkah untuk lebih mengenalinya, kekuatan saya hilang. Kini yang tinggal cuma persoalan yang kian bercambah. Ketika proses pembelajaran di dalam kelas, asyik terbayang je kerana butir kata murabbi ada keserasian dengan cirinya. Aigoo..Hijjera kata apa ni? Inilah saya, masih takut untuk mengeluarkan kata sendiri.. berkias-kias lagi..aiseehh..

3tahun yang lalu, saya
telah menziarahi keluarga saya yang berada di Negara garuda. Buat yang ketiga
kalinya. Ibu saya berasal dari Desa Ajampulu Kecamatan Cina Kabupaten
Bone,terletak di Sulawesi Selatan. Pada ketika itu, saya masih ‘berjiwa’ kecil
dan sememangnya saya berasal daripada keluarga yang ‘biasa-biasa’. Saya membesar dengan persekitaran yang
dikelilingi masyarakat sebangsa. Sehinggalah satu detik,saya memutuskan untuk
keluar daripada kelompok itu dan berkomuniti dengan yang lain. Maka bermulalah
episod memahami ketidaksamaan dan kesalahfahaman: pemikiran ,budaya, pegangan dan
bermacam aspek lagi. Berbalik cerita mengenai perjalanan saya ke Sulawesi,
semasa berada di balai pelepasan Imigresen Tawau, terdapat barisan panjang yang
terdiri daripada rakyat Indonesia yang ingin berangkat ke negara mereka tidak
kiralah sama ada balik ‘terus’mahupun balik ‘sekejap’. Ramai bilangannya,
memang lama jugalah kalau ikut sama berbaris lagi-lagi kalau kita sampai
lambat. Saya ketika itu memegang passport antarabangsa Malaysia, warna merah
dari jauh sudah boleh tengok, telah disapa oleh seorang pegawai yang bertugas
untuk masuk ke dalam balai pelepasan tanpa perlu berbaris seperti yang lain.
Mungkin memang begitulah sistemnya, tapi saya kurang setuju. Walaupun ketika itu saya bertepuk tangan dalam hati. Rasa bangga kerana mendapat layanan ‘baik’ banding yang lain.
Realitinya,
mana-mana negara pun memberi layanan yang istimewa kepada
rakyatnya terlebih dahulukan? Saya lanjutkan lagi, apabila terjadi situasi
seperti ini, maka akan wujud istilah ‘balas dendam’ dalam komuniti. Saya tidak
dapat sertakan bukti yang kukuh kerana Alhamdulillah setakat ni belum pernah
lagi dianak tirikan semasa berada di Indonesia. Tetapi dalam konteks komuniti
masih wujud perasaan tidak puas hati di antara kedua-dua Negara. Tidak salah kalau saya katakan sampai
sekarang. Bukan hendak membuka gelanggang ‘kebencian’ dan melaga-lagakan
sesiapa, cuma saya hendak membawa anda
berfikir faktor yang membawa kepada semangat perbezaan di antara kita semua.
Bukan cuma melibatkan dua Negara ini, SEANTERO DUNIA.
Inilah kesan sistem sekular yang telah meruntuhkan zaman kegemilangan Islam. Diwujudkan rasa perbezaan di antara masyarakat Islam dengan rasa kenegaraan. Wujud perkataan aku Malaysia, kau Indonesia, aku Korea, kau Filipina,aku Amerika,kau Afghanistan padahal asalnya Cuma ada satu,Islam. Peliknya, kita menyedari semua hal ini tetapi kenapa masih belum bergabung? Bukannya tidak ada yang bertindak, sudah ada ‘gerakan seluruh dunia’ yang berjuang atas satu kalimah suci. Padahal kita sibuk dengan sedaya upaya untuk mendapat tempat di sistem ciptaan manusia,sekular. Nah, di dalam negara sudah cukup banyak ‘perpecahan’. Kalau dikali lagi dengan perpecahan di luar negara? Inilah yang diidam-idamkan musuh Islam, Islam yang wujud dalam kumpulan-kumpulan kecil. Semakin mudahlah kerja-kerja mereka untuk menjahanamkan kita. Analoginya, apabila kita bergerak dalam bilangan kumpulan yang kecil, mahu tidak mahu kita pasti akan tunduk di bawah sistem yang mereka cipta. Kita bermimpi untuk mencipta sejarah di gelanggang lawan di mana peraturan dan termanya di bawah kelolaan mereka. Apabila keajaiban berlaku apa mungkin kita bisa menghalalkan jalan yang kita pilih sebelum ini?
Ringkasnya, tiada istilah sekular dalam Islam.

Apa yang amat menyedihkan, diri ini hanya tahu
berbicara. Ramai saudara saudariku yang
bertindak malah ada yang mengajak ku secara lembut mahupun tegas. Aku masih di
sini. Aku masih dibayangi ‘bodoh sombongku’. Kemenangan Islam suatu yang pasti dengan
usahaku atau tanpa apa pun. Maka, bersama kesedaran dan kemampuan yang terbatas,inilah
sahaja yang mampuku laksanakan.
“Kemudian akan kembali
Khilafah di atas manhaj kenabian...” (Hadis Riwayat Ahmad)
Baru sahaja menyiapkan tugasan yang bertajuk sekular...aku yang berasa malu pada kejahilanku semalam.
Ulasan
Catat Ulasan