Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

nota-nota kehidupan 1

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah, baru sahaja selesai jogging, (cehh..org da jogging bersihkan badan, aku sibuk pulak nak 'blogging'). Owh ya, aku da mula malas hendak share blog kt facebook selepas post entri, jadi kepada sesiapa (kalau ada la..) yang sudi berkunjung ke mari tanpa perlu aku promosi di laman muka buku tu, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi...hihihi Rasanya, sudah memasuki bulan ke-3 aku  mengambil supply makanan herbalife. Mahal? yup! memang tak dapat nak nafikan, mahal. Inipun hasil sokongan kewangan daripada ayahbonda tercinta. Kalau nak harap duit 'ptptn' yang ku pinjam tu memang tidak cukuplah. Semester ni saja, da hampir RM 2k ayahbonda bagi. Tapi, insyaALLAH, lepas ni, aku akan guna duit sendiri. Ada rezeki, boleh guna duit JPA. Rezeki,memang hadirnya tak disangka-sangka, agak melampau pula kalau nak kata tak diundang, sebab tanyalah kat sesiapa pun, siapa tak nak duit JPA?  Meskipun, sedikit ge

exam: mereka dan aku.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah, hari ini genap tiga exam yang sudah saya tempuhi maka ada tiga lagi exam lain yang harus diselesaikan. InsyaALLAH, doakan ya. Sedikit perkongsian dan tidak terdetik sedikit pun untuk membuka pekung di dada, baik buruknya bumi taman budi dan ilmu ini adalah tempat saya menuntut ilmu dunia dan akhirat. Kata orang, kita belajar daripada pengalaman. Kadang-kadang apabila hendak 'membongkar sesuatu perkara' banyak yang berbunyi berkata kita tidak seharusnya kecoh, kerana nanti boleh mendatangkan malu buat nama baik Universiti. Di sini kita tersalah anggap, setiap institusi mendokong visi dan misi yang baik-baik belaka lebih-lebih lagi segah nama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Subjek yang bertindak sebagai 'penghidup' dan 'penjaya' misi dan visi itu adalah kita yang terdiri daripada pendidik, pelajar, dan yang seangkatan dengannya dalam kata umumnya, manusia. Jadi, kalau d

bersama mereka

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Akhirnya ketemu sudah ke penghujung semester 1 bagi tahun kedua saya di Universiti 'Taman Budi dan Ilmu' ini. Walaupun sudah selayaknya memegang title 'senior' kepada 'junior' yang baru masuk, namun saya juga tidak ada bezanya dengan mereka. Ya, ini merupakan semester pertama saya di alam 'kuliah' setelah dua semester bergelumang dengan kelas-kelas bahasa (lebih tepat kelas English sebenarnya). Seandainya hendak dibandingkan di antara 4 semester ini (satu lagi semester pendek, pada bulan ramadan yang lalu) semester pendek itulah yang paling saya 'cintai'. Tanpa permulaan mana mungkin ada rantaian selanjutnya seperti ini, tanpa tarbiah pada bulan ramadan lalu, tidak ada palitan warna warni di kanvas hidup saya sekarang. Tidak keterlaluan untuk saya perkatakan bahawa saya berbangga dengan penghijrahan diri saya meskipun terlalu awal untuk bersenang hati. Perjuangan masih panjang. Dahulu, sa

kata buat saudariku

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t. Sebelum berbicara lebih lanjut, saya memohon apologi seandainya apa yang bakal saya perkatakan nanti bakal memperkecilkan dan memperlekehkan pendirian ‘saudari sendiri’. Saya juga manusia biasa yang punya fikiran dan pendapat sendiri namun bezanya saya tidak punya keberanian untuk bersuara di hadapan insan yang sepatutnya. Mungkin saya tidak selayaknya bersuara sebegini kerana saya belum lagi melangkah ke alam yang telah ditempuh oleh saudari saya. Malah saya sendiri tidak tahu penghujung zaman bujang saya, dengan siapa,di mana dan bagaimana. Semuanya ketentuanNya. Tetapi, ada istilah pendirian yang  dipegang oleh diri masing-masing. Saya faham, memang terlalu sukar untuk menerima sesuatu di luar kehendak kita. Terlalu. Saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana seandainya saya yang berada di tempatnya. Pastilah saya juga memberontak. Kalau saya sendiri yang tidak punya calon, menolak, apatah lagi dia yang sudah punya. Saya fah