بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.
Alhamdulillah, baru sahaja selesai jogging, (cehh..org da jogging bersihkan badan, aku sibuk pulak nak 'blogging'). Owh ya, aku da mula malas hendak share blog kt facebook selepas post entri, jadi kepada sesiapa (kalau ada la..) yang sudi berkunjung ke mari tanpa perlu aku promosi di laman muka buku tu, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi...hihihi
Rasanya, sudah memasuki bulan ke-3 aku mengambil supply makanan herbalife. Mahal? yup! memang tak dapat nak nafikan, mahal. Inipun hasil sokongan kewangan daripada ayahbonda tercinta. Kalau nak harap duit 'ptptn' yang ku pinjam tu memang tidak cukuplah. Semester ni saja, da hampir RM 2k ayahbonda bagi. Tapi, insyaALLAH, lepas ni, aku akan guna duit sendiri. Ada rezeki, boleh guna duit JPA. Rezeki,memang hadirnya tak disangka-sangka, agak melampau pula kalau nak kata tak diundang, sebab tanyalah kat sesiapa pun, siapa tak nak duit JPA?
Meskipun, sedikit gementar ni, sebab dapat tawaran tu masa final exam da, padahal masa midterm test, aku buat ala kadar saja. Bukan nak kata aku tak belajar sungguh-sungguh, kiranya aku tak tertekan sangatlah, belajar tu belajar tapi aku tak letak untuk dapat high marks, yang penting, aku belajar sesuatu tu, fahamkan, kemudian aplikasikan dalam kehidupan seharian. Asal tidak kurang 2.0 kira ok la. Tu azam mula-mula masuk kuliah. Aku bukan yang jenis terus lompat, naik pelan-pelanlah, nanti gila pointer pula aku. huhuhu. Tapi sekarang, semua benda dalam kepala, target pointer da naik kepada 2.6. Pehh.. nasib baik 'jpa' bagi masa dua sem, kalau tidak, takut juga kalau-kalau baru dapat satu sem duit, terus kena tarik balik. Tak ke susah, 'ptptn' da cancel, 'jpa' kena tarik... (tak terbayang....)
Berbalik cerita pasal herbalife, selalu orang tanya, kenapa nak makan herbalife? nak slim? jaga kesihatan? yang agak melampau sikit, nak cantik? Ceh... Kalau aku, selalu kat mulut kata nak jaga kesihatan, tapi kata hati, semua tu ya. Kalau semua kemungkinan tu boleh jadi penyebabnya, betul lah kot. Sebab aku pun manusia,ada desire. Tapi mengimbau detik yang menarik aku ke dunia yang sekarang ni, ketika mengikuti kelas Islamic Aqidah. Satu perkara yang mungkin agak sukar nak jumpa kat institusi lain, kat uia aku belajar sambil muhasabah diri. Walaupun madam jenis yang strict, tapi aku sangat-sangat berterima kasih sebab banyak benda kot yang aku dapat belajar dalam kelasnya. Kadang nak nangis time belajar tu. Terharu.
Aku tak tahu pasal orang lain, tapi berdasarkan pengalamanku, kalau dulu orang sebut bab-bab diet, aku menyampah. Buat apa nak cantik luaran...cantik dalaman sudah. Tapi dalam kelas Islamic Aqidah tu la, buat aku terfikir, aku terlalu lalai dalam menjaga perihal fizikal yang Allah kurniakan, bagaimana aku terlepas pandang dalam etika pemakanan dalam Islam, dan banyak lagi. Satu persoalan yang selalu bermain dalam fikiranku, bagaimana agaknya perasaan seandainya aku jalani hidup yang macam ni..macam tu.. dan macam begini begitu..akhirnya point utama, bagaimana aku boleh tunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya dan sebagai seorang khalifah di muka bumi. Tidak dapat tidak, semuanya akan berkaitan juga dengan aspek kesihatan fizikal kerana rohani dan jasmani saling melengkapi dan berkaitan.
Senang cerita, apabila sudah berada di zon ini, aku agak selesa walaupun banyak benda yang menjadi permasalahan, tapi masalah kan ada dimana- mana. Lebih baik pilih benda yang positif kan? Sekadar nak kongsi, 2 minggu lepas,aku timbang da turun 8 kilo 200 gram.Target aku sebelum balik kampung sekurang-kurangnya dapatlah 10 kilo. Sebaiknya peratus lemak tu yang kena tumpukan, tapi tu secara pelanlah kan, ini nak bagi turun berat badan sebab rasa da selesa bila jalan rasa ringan, ceh 8kilo kot da hilang, memang terasa la. Sebenarnya boleh saja kalau nak turunkan berat tanpa herbalife tapi aku nak 'cepat' jadi kena ada alternatif lain selain jogging dan jaga pemakanan.
Semenjak semester ni, aku perasan banyak benda yang berubah dan berlaku kat aku. Sangat banyak. Ni pun hasil pencerahan dalam kelas aqidah hari tu. Memang betullah,manusia tidak boleh statik. Sebab tu kita tak boleh terlalu ekstrem sangat dengan apa-apa hal. Indahkan Islam, bersederhana. ok, la nak study, khamis dan jumaat ada exam RASOK dan Islamic Aqidah. Doakan ya. Peace no war!
wasalam warahmatullahi wabarakatuh.

Ulasan
Catat Ulasan