بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.
Alhamdulillah, hari ini genap tiga exam yang sudah saya tempuhi maka ada tiga lagi exam lain yang harus diselesaikan. InsyaALLAH, doakan ya.
Sedikit perkongsian dan tidak terdetik sedikit pun untuk membuka pekung di dada, baik buruknya bumi taman budi dan ilmu ini adalah tempat saya menuntut ilmu dunia dan akhirat. Kata orang, kita belajar daripada pengalaman. Kadang-kadang apabila hendak 'membongkar sesuatu perkara' banyak yang berbunyi berkata kita tidak seharusnya kecoh, kerana nanti boleh mendatangkan malu buat nama baik Universiti. Di sini kita tersalah anggap, setiap institusi mendokong visi dan misi yang baik-baik belaka lebih-lebih lagi segah nama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Subjek yang bertindak sebagai 'penghidup' dan 'penjaya' misi dan visi itu adalah kita yang terdiri daripada pendidik, pelajar, dan yang seangkatan dengannya dalam kata umumnya, manusia.
Jadi, kalau difikir secara logik,tidak timbul istilah malu pada nama institusi setelah kita sedia maklum yang menjadi subjek di situ adalah manusia, makhluk yang punya kehendak, kelebihan dan kelemahan. Dan kita sedia maklum,di mana-mana pun, ada yang memegang watak baik dan jahat. Istilah mudahnya, situasi ini adalah suatu yang normal dan nature.
Berbalik kepada topik yang ingin saya kongsikan, semalam merupakan exam tilawah 1 dan 2 bagi student UIA. Saya merupakan antaranya, tilawah 2. Masa yang tercatat dalam slip exam saya adalah 11:18 a.m dan saya berserta 2 rakan yang lain (Noreen dan Pinaz) bergerak ke tempat peperiksaan pada 10:30 a.m. Berbeza situasi semasa saya mengambil exam tilawah 1, keadaan conference room (tempat exam) agak lengang memandangkan ketika itu merupakan short semester/ semester pendek. Ketibaan kami 'disapa pandangan' dengan puluhan pelajar yang menunggu giliran.
Aksi tolak menolak ada di setiap penjuru pintu masuk, dan inilah yang memenatkan saya kerana terpaksa menanti hingga ke jam terakhir semalam. Setelah hampir 7 jam menjadi penunggu setia di hadapan pintu, barulah saya berpeluang untuk masuk ke ruang exam. Pada awalnya,saya agak 'malu' untuk turut sama bersesak-sesak dalam ramai, rimas kot! Tetapi saya runtuhkan 'keegoaan' saya dan menyertai 'kumpulan yang bersesak-sesak', saling tolak-menolak...memandangkan waktu telah bertukar daripada pagi ke petang, sedangkan banyak perkara yang perlu saya selesaikan sebelum hari menjelang malam.
Namun, boleh dikatakan sia-sia usaha saya kerana meskipun telah berjaya mendekati pintu kayu berwarna coklat tu, examiner saya terlalu 'lambat' operasinya, maka pelajar yang sama examiner dengan saya berlambak bilangannya. Ya, persoalannya, kenapa perlu bertolak-tolak? Beratur kan senang? Kalaupun lambat sampai giliran (macam yang saya cakap tadi, examiner saya lambat operasinya) tetapi sekurang-kurangnya dapat save tenaga daripada bertolak-tolak dan mengumpul keringat yang entah berapa banyak 'tumpah' semalam. Siapa pun boleh berkata dan mencadangkan benda yang sama, tetapi tidak seorang pun yang bertindak.
Pada awalnya(selepas lunch hour) pelajar perempuan yang sampai dulu di tempat exam dan ada yang tidak berganjak daripada ruangan tersebut, menanti waktu kedua exam telah membuat barisan panjang mengikut angka examiner masing-masing. Tetapi, sebaik mana pun aturannya, kalau tiada yang bertindak sebagai ketua, strategi yang diguna tidak menjadi. Terbukanya sahaja pintu, semua meluru masuk. Ya, tidak dapat tidak, harus gunakan sistem giliran meskipun terpaksa berbaris panjang macam waktu sekolah menengah dulu. Lagi-lagi di dalam asrama, kalau boleh semua benda nak beratur, makan, mandi, seterika baju, tapi itulah yang terbaik.
Ramai yang mengeluh sistem tak sitematik. Tapi tidak tahu berapa ramai yang mengambil ikhtibar daripada situasi semalam. Semalam, ramai yang mampu berkata dan bersetuju untuk beratur tetapi masih tidak mampu bertindak kerana siapa pun takut untuk meninggalkan 'tempat' sendiri yang dipertahankan hasil daripada tolak-menolak. Esok-esok, kita menjadi pihak atasan, jadilah pihak atasan yang menyediakan 'situasi' yang selesa dan sistem yang sistematik . Bukan di sini saya kata pihak atasan 'tak baik' kerana saya sendiri tidak tahu punca munculnya 'situasi ribut' tolak menolak, senang kata sistem tak sistematik je la. Tapi sebenarnya boleh je kalau semua ada kesedaran tersendiri, baris tanpa perlu diarah.
Ada je suara sumbang, 'kata UIA.. baris pun tak reti diam-diam,nak juga tolak-tolak,rebut-rebut' kami ini, terutama yang wanita masih perlukan tarbiah, emosi masih menguasai diri. Banding student lelaki, mereka reti je baris takda tolak-tolak. tapi itupun pintu yang sebelah kitorang je sebab mereka semua majoriti lelaki, ada persetujuan dalam kepala masing-masing kot... tak payahsusah-susah nak bertolak-tolak. Masing-masing ada ego yang dijaga.
Kesimpulannya, proses belajar itu bukan setakat di dalam kelas sahaja, semalam merupakan pengajaran yang sangat-sangat berharga buat saya dan juga yang lain. Kami, mungkin antara penyebab dan kekangan untuk membentuk baris tanpa diarah sebab ego masing-masing, tetapi esok-esok ada situasi yang sama, saya mungkin akan berfikir dua kali untuk melakukan perkara yang sama. Lagi-lagi kalau sudah bergelar pihak atasan, kalau kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita. InsyaAllah. Peace no war!

Ulasan
Catat Ulasan