Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

cerita untuk hari ini

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu’alaikum w.b.t. Pagi ini saya diributkan dengan karenah laman muka buku, atas sebab kelalaian sendiri. Huhuhu. Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang sempat menerima dan membaca mesej peribadi daripada saya ( actually , lin k mediafire )..walaupun hakikatnya ia bukanlah daripada saya secara langsung. Agak ‘ annoying ’ apabila ditanya ‘apa’ padahal kita langsung tidak tahu hendak berkata ‘apa’.  Perkara pertama yang menerjah kotak pemikiran saya adalah blog. Adakah blog saya juga akan menerima ‘nasib’ yang sama? Pantas jari tertumpu ke laman blog dan ‘ sign out ’.   Impaknya sangat besar kalau saya kehilangannya. Berbanding dengan laman muka buku, blog tersimpan khazanah kata-kata saya, lahir secara spontan maka tiada istilah ‘sediakan teks’. Adapun, teks yang terpaksa saya tunda dulu untuk dipaparkan. Meskipun, sebenarnya peluang untuk ‘berkata-kata’ lebih mudah didengari melalui laman muka buku, tetapi saya masih setia pada blog.Sebab s

untuk kamu

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Cuti pertengahan semester sudah bermula. Seperti biasa, sendiri menjalani kehidupan sehari-hari di teratak Sumayyah. Ada rindu menggamit kenangan bersama Maha tahun lalu. Kini, tinggallah saya keseorangan, rindu amat untuk menatap senyumnya. Ya Allah, tabahkan hati ini, biar ku usung rindu ini kerana di situ ada manisnya ukhwah. (al-Fatiha) Maha sudah selamat sampai tiba di negaranya dua minggu lalu dan sudah memulai pengajiannya minggu lalu. Masih terbayang kunjungannya yang kerap, mengisi kesunyian dan keseoranganku. Kelmarin, sepetang 'berbicara' lewat maya dengan sahabat saya, Fatmawati Hj Nordin. Dalam berbicara itu, saya terasa kehilangan. Iya benarlah, kita tidak akan rasa pentingnya seseorang itu sehinggalah kita kehilangannya. Sungguh! Peluang yang ada cuma muncul sekali. Peluang itu selalu disiakan dengan pelbagai alasan. Berharap, apa mungkin akan ada peluang kedua? Entah lah susah mahu cakap, sebab kalau adapu

Keluar lorong

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah, hari ini, tercapai lagi satu matlamat saya yang agak lama juga untuk terlaksana. Sahabat-sahabat yang selalu menyokong dan mendorong diri ini, I love u chingu(s). Saya pernah berjanji pada diri untuk improve dan berhijrah dari semasa ke semasa. Dalam konteks bersosial. Walaupun, mungkin masih kurang keberhasilannya, namun itu bukan petanda bahawa saya telah gagal, setidaknya saya sudah BERANI mencuba. Terus-terang, ia agak mengharukan untuk keluar daripada lorong-lorong bersendiri. Sudah agak lama saya menyepi daripada dunia 'luar' dan bermasyarakat berikutan sesuatu yang agak sukar untuk diungkapkan. Saya bukan 'pemalu' dan 'pendiam' pada zaman 'muda' dulu-dulu. Saya tidak berupaya datang dengan ole-ole kali ini, sisa penat masih belum hilang lagi. Akan datang pasti, bakal saya rungkaikan dengan cara saya sendiri bagaimana mahu sampaikan 'ilmu' yang saya perolehi  melalui

Muhammad al-Fatih

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Sekali lagi, saya menunda penulisan sambungan proses thinking , dan post mengenai Salahuddin al-Ayubi, serta sedikit perkongsian yang saya perolehi ketika mengikuti recording tv al-Hijrah episod Isra' & Mikraj bersama Imam Suhaib. Tidak lupa,sebagai peringatan kepada diri ini, buku perempuan nan bercinta belum habis dibaca. Kita lanjutkan, semasa berada di alam kampus terdapat beberapa perkara menjadi momen terindah saya, salah satunya, memiliki buku Muhammad al-Fatih 1453. Sebelumnya, saya mencari karya pak Abdul Latip Talib kemudiannya saya miliki bok hasil karya Ustadz Felix Siauw.  Maka, tentu saja hari ini bertambah-tambah momen terindah saya tatkala menyaksikan sendiri dengan mata telinga saya, Ustadz menyampaikan ucapnya. Alhamdulillah. Matlamat saya tahun lalu sudah tercapai. Secara terus-terang, saya tidak mampu datang dengan idea yang kreatif untuk menyampaikan sedikit ilmu yang ingin saya kongsikan kep