بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.
Alhamdulillah, hari ini, tercapai lagi satu matlamat saya yang agak lama juga untuk terlaksana. Sahabat-sahabat yang selalu menyokong dan mendorong diri ini, I love u chingu(s).
Saya pernah berjanji pada diri untuk improve dan berhijrah dari semasa ke semasa. Dalam konteks bersosial. Walaupun, mungkin masih kurang keberhasilannya, namun itu bukan petanda bahawa saya telah gagal, setidaknya saya sudah BERANI mencuba. Terus-terang, ia agak mengharukan untuk keluar daripada lorong-lorong bersendiri. Sudah agak lama saya menyepi daripada dunia 'luar' dan bermasyarakat berikutan sesuatu yang agak sukar untuk diungkapkan. Saya bukan 'pemalu' dan 'pendiam' pada zaman 'muda' dulu-dulu.
Saya tidak berupaya datang dengan ole-ole kali ini, sisa penat masih belum hilang lagi. Akan datang pasti, bakal saya rungkaikan dengan cara saya sendiri bagaimana mahu sampaikan 'ilmu' yang saya perolehi melalui kem ini. (tiba-tiba cakap kem..lupa mahu bagitahu ni, saya maksudkan d perenggan 1 tu dapat pergi kem ya. *senyum-senyum*)
Cuma dapat cakap satu perkara, menyertai kem ini, seolah-olah sedang menyelak-nyelak helaian memori semalam. Ada rindu yang singgah. Ada cerita-cerita nakal yang mengusik. Lantas untuk kembali ke waktu itu tidak dapat di tahan-tahan. Mata yang kantuk pun tidak diturut. Kali ini saya tulis besar-besar, JANGAN ULANGI KESALAHAN YANG SAMA LAILA HIJJERA. TERLALU TUA SUDAH UNTUK TERUS BERADA DI TAHAP INI. CUBALAH MELANGKAH PERLAHAN-LAHAN, 1,2 LANGKAH TIDAK MENGAPA, ASAL JANGAN STAY DI LEVEL YANG SAMA. tulis di dalam hati saya. Hati yang suka bersendiri.
Saya tidak tahu pendirian saya akan datang, tapi saya berharap sesuatu yang positif lahir. Mungkin agak POSITIF. Mahu mewarnakan dinding-dinding lorong ini. Lorong yang sudah diselaputi debu 'kehilangan' yang kelam. Biar tidak cantik asal berwarna kerana saya perlu peka untuk terus sedar bahawa wujud kehidupan lain SELAIN saya. Doakan ya!
(sebab saya tidak mampu untuk menjadi seperti mereka, bukan alasan untuk menjauhi tapi mendekati)

Ulasan
Catat Ulasan