بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu’alaikum
w.b.t.
Pagi ini saya diributkan dengan karenah laman muka buku, atas sebab kelalaian sendiri. Huhuhu. Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang sempat menerima dan membaca mesej peribadi daripada saya (actually, link mediafire)..walaupun hakikatnya ia bukanlah daripada saya secara langsung. Agak ‘annoying’ apabila ditanya ‘apa’ padahal kita langsung tidak tahu hendak berkata ‘apa’.
Pagi ini saya diributkan dengan karenah laman muka buku, atas sebab kelalaian sendiri. Huhuhu. Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang sempat menerima dan membaca mesej peribadi daripada saya (actually, link mediafire)..walaupun hakikatnya ia bukanlah daripada saya secara langsung. Agak ‘annoying’ apabila ditanya ‘apa’ padahal kita langsung tidak tahu hendak berkata ‘apa’.
Perkara
pertama yang menerjah kotak pemikiran saya adalah blog. Adakah blog saya juga
akan menerima ‘nasib’ yang sama? Pantas jari tertumpu ke laman blog dan ‘sign
out’. Impaknya sangat besar kalau
saya kehilangannya. Berbanding dengan laman muka buku, blog tersimpan khazanah
kata-kata saya, lahir secara spontan maka tiada istilah ‘sediakan teks’.
Adapun, teks yang terpaksa saya tunda dulu untuk dipaparkan. Meskipun,
sebenarnya peluang untuk ‘berkata-kata’ lebih mudah didengari melalui laman
muka buku, tetapi saya masih setia pada blog.Sebab saya agak pemalu
untuk menonjolkan diri dan kata-kata di situ, di blog, saya jadi insan lain.
Kata seorang sahabat, di laman cahayahijrailahi.blogspot ini, saya ‘Laila
Hijjera’ versi ‘mulut murai’.
Alhamdulillah,
rasanya sudah selesai, terima kasih kepada yang membantu. Terutamanya, akhi
Wahyu. Petang tadi sempat berbicara dan
tazkirah sedikit. Jazakallah hu khairan.
‘Keributan’
pagi ini adalah wasilah. Suatu peringatan. Kita selalu dan amat arif untuk
mengetahui akan sesuatu ‘bahaya’,’musuh’ ‘anasir’. ..seangkatan dengannya.
Adakalanya sedaya upaya untuk mengelak daripaada bertembung dengannya. Tetapi
sedarkah kita? Musuh itu licik. Analoginya, dari dahulu, sampai sekarang kita
sibuk menyenaraikan perihal ‘sekular’, ‘freemason’, ‘iluminati’. Kadang-kadang
kita sudah berfikir ‘jauh’ daripada mereka, tanpa sedar jarak kita dengannya
sangat dekat. Masih teringat, ketika
saya ‘lari’ daripada ‘dunia hiburan barat’ dan ‘singgah’ di ‘dunia hiburan
k-pop’. Tidak payah tunggu lama, ‘keanehan’ yang saya lihat di barat sudah
bertapak di situ. Barulah saya sedar, ini bukan masanya untuk menyenaraikan dan
melarikan diri, ‘aktiviti’ mereka itu tidak terbatas. Persiapkan pertahananmu. Agamamu.
(semakin
lama, semakin hilang idea untuk menulis. Menanti inspirasi kunjung tiba, ooo rindu ini tak
dapat dibendung lagi, benarlah, penantian ini mengajar erti sabar,
sehari,seminggu mungkin sebulan, hujungnya pasti manis.)
cuti ni layan drama 'Ghost' , ingatkan terbawa2 ke dunia realiti~ hacked~ |
Ulasan
Catat Ulasan