Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

kerana doa #2

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu’alaikum w.b.t. Saat wasilah moden ini masuk ‘hospital’, saya sedang berperang dengan ujian pertengahan semester. Kerana kebiasaan diri dengannya, maka tiadanya terasa. Seolah-olah tidak lengkap tanpanya. Di dalam kelas, sibuk memikirkan ‘tobib’ mana yang harus ditemukan. Boleh dikatakan kepada semua teman diadukan, sambil-sambil promo kalau-kalau ada kenalan yang bisa   ‘merawatnya’. Bukan memilih, tetapi mengasihi. Khuatir kepercayaan tinggal Cuma separuh. Apa maknanya, kalau tidak mampu memberikan amanah itu kepada mereka, walhal kerjanya nanti bagus. Paling-paling saya juga nantinya yang kesal. Kerana itu, saya tidak terus menyerahkan kepada mereka.  Kuserahkan dengan harapan bukan paksaan. Tidak bisa jadinya penghargaan. Bukan semua mampu hulurkan apatah lagi merawatkan.  Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hambaNya. Selalu orang berkata, tidak ramai teman nanti susah dapatkan pertolongan. Walhal, teman itu Cuma wasilah, p

HaBiTs

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Semalam, 19 April 2013, untuk yang ke....berapa kalinya, duduk dan menguji tahap 'keterangan' mata tentunya di kedai optik. ;) Hendak dijadikan kisah, ketika menyebut dan mengulang huruf-huruf yang tertera di layar putih itu, akal saya dengan mudahnya merekod data-data tersebut. Pertama, uji mata kanan. Selepas itu sebelah kiri pula. Terus-terang, ketika membaca huruf-huruf itu, saya sebut satu2 berdasarkan apa yang telah saya sebut sebelumnya. Tidak menyalahkan tuan kedai kerana menggunakan huruf yang sama, cuma akal yang jarang cepat pick-up ini, tiba-tiba berfungsi dengan baik semalam. Juga tidak menyalahkan akal ini. " Analoginya begini, saya pernah lihat A buat begini dan begitu. Namun selang beberapa hari kemudian, apabila saya bertemu dengan dia lagi, sudah pasti saya tidak boleh menghakimi dia berikutan perlakuannya beberapa hari yang lalu. Lebih-lebih lagi jika saya TIDAK nampak terang-terangan untuk kedua k

kerana doa

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Saya selalu berdoa, semoga dihilangkan 'kesusahan' untuk belajar. Tiap kali saya gagal untuk mengatur jadual sendiri, memotivasikan diri,di akhirnya akan bertimbun penyesalan. Tidak sepatutnya saya lalai lagi. Sekali lagi, doa itu saya ulang-ulang. Beberapa detik kemudiannya, saya diuji dengan 'blue screen' di layar laptop. Ramai teman kehairanan, diketahui inikan baru lagi. Setahun saja belum genap usianya dimiliki. Wasilah moden ini merupakan teman rapat saya di bilik. Kaca mata saja yang selalu menemani ke kampus kalah dengannya. Saya lebih memilihnya berbanding pembantu penglihatan saya itu. Akrabnya kami. Ketika itulah, saya sibukkan diri dengan nota-nota warna-warni, lekat kata-kata motivasi, ralit membaca buku dan kembali kepada hobi lama, mendengar radio. Selama hampir 2 minggu, saya di'tarbiah'. Muncul kata-kata perangsang, sekiranya laptop sudah kembali ke pangkuan saya, akan begini dan begini

sharing moment

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. 2 April lalu, saya berkesempatan untuk mengikuti program di bawah anjuran pihak kaunseling dan kuliah IRKHS. Ia merupakan satu 'penghormatan' bagi saya kerana amatlah sukar untuk mendapat 'tawaran' program yang tertujukan hanya untuk segelintir pelajar. Tambahan, saya 'sukar' untuk menghadiri 'program' seumpama ini. Pasang niat memang mudah. ;) Panelnya terdiri daripada 'senior-senior' IRKHS di mana dua antara mereka merupakan pelajar komunikasi dan seorang pula, BARR ( aku tak reti nak eja kos BARR, tu, ntah betul ka tak) kalau saya tidak salah. Secara terus-terang, saya lihat masa depan yang mereka lakar suatu ketika dulu (merujuk kepada akak-abang comm tersebut). Saya di mana? Saya tidak memiliki minat dan kemahiran seperti yang mereka ada. Saya khuatir andai qalbu saya akan bergolak sebaik sahaja keluar daripada dewan mini-auditarium ini. Saya risau. Saya kaget. Meskipun, sedikit seba

bok dan responsibleku

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. (teks ini saya tulis beberapa minggu yang lalu, apabila teman 'rapatku' masuk 'hospital'.) Minggu ini minggu sepi daripada 'usikan' laptop. Wasilah moden itu adakalanya mengganggu lena tidur. Ada dan tiadanya. 'Habits' yang tidak terisi kali,ya? 'Habits' menulis tidak terhenti tanpanya, pantas tangan menjadi wasilah tradisi. Mengimbau zaman tulis-tulis dalam kertas kajang, pena warna-warni. Sebut pasal 'habits' duka qalbu terubat apabila bok-bok ' how to master your habits ' (4buah) dan bok ' udah putusin aja! ' karya Ustadz Felix Siauw termiliki. Alhamdulillah. "Beli banyak-banyak mahu jual, ya?" saya-"tidak.mungkin." Salah satu bok 'habits' akan saya terbangkan ke Sabah. InshaAllah. Mohon doanya ya teman-teman. Benar, semasa memutuskan untuk membeli bok-bok tersebut, saya belum temui 'alamatnya' malah bagi bok-bok yan

cinta zaman remaja

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Alhamdulillah, kerana kasihNya saya mampu untuk sampai ke sini. Kerana kasihNya saya masih menulis. Tidak ku kenal apa itu cinta seseorang menghulurkan berus warna arahannya tidak jelas. tapi, warna-warna syurga di tangannya, aku rasa ini permulaan ke gerbang Jannah. Tapi apa dayaku? baru bertatih mengenal cahaya bulan. Semacam tiada lagi kanvas untuk kami berdua penolakanku mungkin disaluti penyesalan tapi ini bukan penamatnya. Selagi hatiku tidak buta dek kanvas dunia pasti...suatu masa ada tangan menghulur untuk melakar rona Jannah, seperti semalam. InshaAllah. Puisi yang lahir daripada qalbu saya, setahun yang lalu. Saya kira puisi ini sekadar saja-saja. Nyatanya pada waktu itu, saya sedar saat seperti ini akan tiba. Dalam satu peluang ada perkara yang harus dikorbankan,sama ada menerima atau menolak. Kedua-duanya. Beberapa minggu yang lain, selalu saja muncul anda