بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu’alaikum w.b.t.
Saat wasilah
moden ini masuk ‘hospital’, saya sedang berperang dengan ujian pertengahan
semester. Kerana kebiasaan diri dengannya, maka tiadanya terasa. Seolah-olah
tidak lengkap tanpanya. Di dalam kelas, sibuk memikirkan ‘tobib’ mana yang
harus ditemukan. Boleh dikatakan kepada semua teman diadukan, sambil-sambil
promo kalau-kalau ada kenalan yang bisa
‘merawatnya’.
Bukan memilih,
tetapi mengasihi. Khuatir kepercayaan tinggal Cuma separuh. Apa maknanya, kalau
tidak mampu memberikan amanah itu kepada mereka, walhal kerjanya nanti bagus.
Paling-paling saya juga nantinya yang kesal. Kerana itu, saya tidak terus
menyerahkan kepada mereka.
Kuserahkan
dengan harapan bukan paksaan. Tidak bisa jadinya penghargaan. Bukan semua mampu
hulurkan apatah lagi merawatkan.
Allah tidak
akan menguji diluar kemampuan hambaNya. Selalu orang berkata, tidak ramai teman
nanti susah dapatkan pertolongan. Walhal, teman itu Cuma wasilah, pengantara.
Allah yang menentukan siapa,di mana dan bagaimana. Boleh jadi, teman, boleh
jadi orang asing. Boleh jadi kedua-duanya.
Dengan atau tanpa teman, bantuan pasti akan tiba, berdoalah pada Dia.
Teman, laptop
ini kutemukan tobibnya melalui seorang teman. Teman punya teman. Sudah membantu,
siap berdakwah. Ternyata dunia masihpunya penghuni yang budiman. Bantuannya
tidak terkait wang ringgit. Kerana dia
tahu ada yang lebih perlu. Ada yang lebih berhak dikasihi melebihkan diri
sendiri.
Sisa rawatannya
masih berbekas di sini. Bukan secara zahir, lakunya ditiru. Singkirkan
fikiran-fikiran meminta imbalan atas kebaikan. Membanyakkan memberi dan menolak
menerima sebelum berusaha. Bangun pagi-pagi, yang difikirkan siapa yang bakal
dibantu, dan ditolong hari ini? Atau mungkin, siapa yang mahu didoakan hari
ini? Atau mungkin, siapa aibnya bisa ditutup hari ini?
Jangan pernah
mengharap pertolongan daripada Allah seandainya diri sendiri tidak terdorong
untuk membantu yang lain. Kalaupun kita tidak mampu untuk menolong,
sekurang-kurangnya mudahkanlah urusan orang lain. Kita mudahkan urusan orang
lain, Allah akan mudahkan urusan kita. InshaAllah.
Ramai yang
tidak meringankan urusan saudaranya, kerana inginkan dunia terlalu kuat.
Semakin cenderung diri pada dunia jadilah kita insan yang tangannya berada di bawah
banding di atas.
(belajarlah
untuk mengenal mana orang dan mana mesin ATM- ATAU- sebaiknya manusia jangan
bercita-cita menjadi mesin ATM)
Ulasan
Catat Ulasan