Langkau ke kandungan utama

kerana doa

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya selalu berdoa, semoga dihilangkan 'kesusahan' untuk belajar. Tiap kali saya gagal untuk mengatur jadual sendiri, memotivasikan diri,di akhirnya akan bertimbun penyesalan. Tidak sepatutnya saya lalai lagi. Sekali lagi, doa itu saya ulang-ulang.

Beberapa detik kemudiannya, saya diuji dengan 'blue screen' di layar laptop. Ramai teman kehairanan, diketahui inikan baru lagi. Setahun saja belum genap usianya dimiliki. Wasilah moden ini merupakan teman rapat saya di bilik. Kaca mata saja yang selalu menemani ke kampus kalah dengannya. Saya lebih memilihnya berbanding pembantu penglihatan saya itu. Akrabnya kami.

Ketika itulah, saya sibukkan diri dengan nota-nota warna-warni, lekat kata-kata motivasi, ralit membaca buku dan kembali kepada hobi lama, mendengar radio. Selama hampir 2 minggu, saya di'tarbiah'. Muncul kata-kata perangsang, sekiranya laptop sudah kembali ke pangkuan saya, akan begini dan begini saya lakukan, begitu dan begitu...

Dikisahkan, saya pernah tegar dengan muzik k-pop. Tapi agensi SM Town saya banned. Semua cerita korean drama saya layan, sama ada copy daripada kawan, mahupun saya beli cd atau download sendiri. Kemudiannya drama-drama itu saya paste di dvd. Nampak klasiknya. Padahal, saya tidak pandai jaga HD. Selama 2 minggu itu, tidak sekalipun saya mendengar lagu-lagu k-pop yang ada d mp3 saya. Malangnya, lagu nasyid tidak tersalin,cuma di fail pc. Sebab itulah saya buka radio, sudah semestinya Ikim f.m. Saya tidak tahu kalian, tapi saya ada rasa kemuakan pada muzik tersebut (merujuk kepada k-pop). Meskipun ada masanya, saya layan lagu-lagu k-pop antaranya dendangan B.A.P, dan rasa satu aura semngat yang menyuntik diri, tapi di qalbu saya ada rasa kekurangan, kekosongan. Akhirnya, saya temui jawapannya, nasihat dan kata-kata yang 'baik' itu auranya lagi hebat. Bermakna. Berisi.

Berbicara mengenai drama, saya bukanlah seorang yang agak 'tegas', maka untuk menghilangkan minat terhadap drama-drama tersebut agaklah mustahil  Cuma, saya sudah belajar untuk menghadkan keminatan tersebut. Saya memang suka cerita-cerita historikal, itulah yang tersisa sekarang. Oh ya satu lagi yang tinggal, drama investigation. :)

Ini bukanlah kali pertama saya mempunyai perasaan untuk menjauhi dunia 'hiburan', sudah lama sebenarnya. Sejak mulai saya kenalinya. Cuma, saya tidak terus memadam semuanya sekaligus yang ada dalam pc saya kerana saya  punya pengalaman di mana, saya padam lagu-lagu k-pop tersebut, akhirnya saya download balik semua.

Hendak dijadikan iktibar, setelah laptop ini kembali di tangan saya, dengan senang hati, saya padam fail-fail video yang terdiri daripada 2pm dan beast. Dulunya, saya usung failnya, laptop lama yang saya tinggalkan di rumah, saya transfer fail video tersebut ke laptop baru. Saya padam gambar oppa2 yang ada. Saya padam video tv show yang ada. Selebihnya saya sudah lupa. Alhamdulillah, sehingga kini saya masih istiqamah dengan apa yang saya lakukan.

Berbalik kisah laptop yang masuk 'hospital', saya baru tersedar, ini merupakan jawapan kepada doa-doa saya. Saya pinta supaya dihilangkan kesusahan ketika belajar merujuk kepada laptop yang sering saya guna untuk benda-benda lagha. Meskipun, bukan itu yang saya maksudkan, tapi Allah itu Maha Tahu. Saya yang tidak mengerti 'kesusahan' sendiri. Saya alpa, hanya Allah yang boleh beri kebaikan dan mudarat kepada kita.

Mungkin, 2 minggu itu terlalu sekejap untuk saya ditarbiah, muncul persoalan, Allahu Robbi, kenapa tidak sampai kukuh qalbuku ini? Kerisauan saya memuncak setelah tanda-tanda untuk alpa sering menggamit. Malah, Ujian semakin perit rasanya. Allah Perancang Terbaik, kasihNya tidak bertepi pada hambaNya. Jawapannya mudah, untuk dekati Allah itu bukan sehari dua, tetapi sepanjang hidup. Faham kira-kira maksud saya?

Ya, begitulah teman, sebenarnya ada lagi yang ingin ku sampaikan berikutan perihal laptop ku ini rosak. Selebihnya kita sambung di halaman berikutnya.

(perit dan luka hatiku saat aku harus berpaling daripada khabar-khabar k-pop. Biarlah untuk ketika ini demi mujahid dan mujahidahku)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share