Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

3 Syawal

Assalamualaikum w.b,t Eid Mubarak. Semoga dapat lagi ketemu Ramadhan tahun depan, InsyaAllah. Amiin. Maafkan segala salah silap. Terlanjur kata dan laku. Halalkan ilmu, makan dan minum. Barakallah hu fikum. Usiaku menghampiri 23 tahun, officially. Dan aku semakin sedar, kalau aku menghampiri zon itu. Soalan berkenaan habis belajar dan kahwin merupakan soalan yang memang sepatutnya diajukan di usia begini. Memandangkan anak orang lain, ada yang tamat belajar, mungkin ada yang sambung belajar, ada yang da kahwin, beranak pinak... tapi aku, mungkin juga kalian di luar sana, masih utuh di 'status yang sama', undergraduate, bujang, solo memanjang. Syukurlah! Asal tidak hilang arah. Kawan-kawan aku ramai yang sambung belajar di UMS, maka, tahun ni mereka da habis belajar. Aku ada 2 tahun lagi. Alhamdulillah. Aku masih boleh belajar banyak benda lagi. Sebenarnya aku tidak kisah berapa tahun pun lagi, as long as biasiswa boleh jalan, dan aku tidak ulang mana-mana subjek. Memang

Cuti#ramadhan kedua puluh empat

Assalamualaikum w.b.t Beberapa minggu lalu, teratak bonda dilanda kemarau. Cuma teratak bonda. Teman-teman bonda tidak mengalami masalah ini. Lantas bonda bercanda, 'kita benar-benar seumpama di bumi Afrika.' Semenjak berpindah ke kampung ini, kami tidak pernah gusar tentang kemarau. Malahan, penduduk bisa menumpang pili di kolam yang kami gali, ada yang menumpang mencuci kereta dan ada pula yang membawa gelengan. Kalau pun keadaan kemarau yang amat, kami punya sungai di belakang rumah. Tapi kali ini, satu pun tidak berfungsi, kolam mahupun sungai. Keduanya sudah termendap dek hakisan tanah dari perkebunan sawit. Ah, ada satu port sungai masih utuh tapi bimbang kalau2 sawa yang menginap di situ. Satu hari, bonda dan aku membasuh kain di sungai yang bukan terletak di kebun arwah bapa. Aku kira ia tidak disebut sebagai sungai. Tapi itulah tempat yang 'sebaiknya' malah selamat untuk kami. Berada dalam kondisi seperti itu membuat aku tahu menghargai meski setitik

Cuti#ramadhan kedua puluh tiga

Assalamualaikum w.b.t Today is a tough day. It is. I mean it. Setiap satu perkara terjadi, kita perlukan : Alasan. Sebab. Reason. Kerana setiap satu itu terjadi bukan sekadar kejadian fizik, tetapi alami. Kita perlukan pengertian. "Just because..." itu wujud cuma melibatkan personal matter. Interpersonal communication. Tetapi, kondisi awam kita (impersonal communication) juga sudah menular istilah "just because..." padahal masyarakat perlu tahu asbab dan kasus bagi satu-satu perkara. Sebelum ini, selalu saja saya dengar kalau beliau-beliau yang mengurus, 'kena buat begitu kalau sekian, sekian...' kalau ditanya kenapa, jawapannya, 'ntah lah', 'begitu memang prosedurnya bilang.' Then, apabila saya perhati dalam-dalam mungkin sebab itulah masyarakat kampung khususnya senang betul ditunjuk-tunjuk oleh sesetengah pihak. Mereka terima seadanya apa yang diberitahu. Kalau A dikasi tahu, A la yang dibuatnya. Padahal, saya yakin benar kalau

Cuti#ramadhan kedua puluh dua

Assalamualaikum w.b.t Sebenarnya aku hendak bercerita mengenai novel "please look after Mom" tetapi aku temui sesuatu yang lebih, jauh lebih 'bermakna'...'penting' daripada itu. Yet, I dunno how to start this post. Semuanya bermula ketika aku discover page 'Islam in Japan' (something like that, I forgot the exactly page's name, the one that I saw last night). Aku terkejut kerana di sana banyak masjid! Aku betul-betul terkejut. Meaning to say, it is not so hard la for a Japanese to know about Islam in their country. Perhatianku tidak pernah lari dan memang tidak sah lah kalau aku tidak taip, 'Islam in Korea' kan. Aku temui page yang dikelolakan oleh AbdullahKorean. Sama ada di fb mahupun di twitter, taip saja Abdullahkorean pasti ketemu dengan laman tersebut. Aku kemudiannya discover blog yang dikelolakannya, abdurraouf.blogspot.com. Terpana. Kaku. Tetapi tidak mata dan mindaku yang ralat membaca postingnya. Perasaan yang sama ku

Cuti#ramadhan kesembilan belas

Assalamualaikum w.b.t Agak lama juga menghilang. Aku ada di sini. Kadang-kadang menaip dan padam. Taip,memadam. Cancel. Discard...~ Sejujurnya, aku ingin sekali berbicara mengenai buku lain yang telah ku baca pada beberapa minggu yang lalu. Tepatnya, sewaktu ku berbicara mengenai "Botchan" aku sudah hadam "please look after Mom". Lebih tepat lagi, sewaktu ku menaip "Botchan" aku sedang menyelak-nyelak helaian "and the mountain echoed". Sedikit meluang waktu di sini. Sering kali, kita memberikan alasan bahawa kita tidak mahu ambil kesempatan atas sesuatu perkara kerana ada yang lebih layak mendapatkannya. Tetapi sejauh mana kebenarannya? Sekadar menyedapkan hati kali. Lebih parah lagi, kita akan berkata kalau pihak lain itu tidak punya timbang rasa kerana mengambil hak orang lain. Padahal, apabila kita selak satu persatu aktiviti kita, ternyata kita pun tidak lepas daripada mengambil hak orang lain. Dan apa yang kita katakan pada diri?

Cuti#ramadhan keempat, kelima & keenam

Assalamualaikum w.b,t. Selepas dua hari yang serba tak kena, angin yang serba mesra mendamaikan hari ini. Desiran angin tatkala pelepah sawit bergeser sesamanya, aku rasa itu melodi indah. Lantas aku membelek album berusia 9/10 tahun yang lalu. Di tempat yang sama, aku menelaah pelajaran. (Tersenyum) Tiada siapa yang bisa fahami hari kita, dan aku kira cuma aku yang jalaninya seperti ini. Alam adalah ruangku belajar. Aku bermimpi untuk ke menara gading, tempat yang ku berada kini. Alhamdulillah. Aku berada di sini lagi. Berkunjung di tempat yang sama. Ku tanya hati, apa impianmu 9/10 tahun akan datang? Atau mungkin 3-5 tahun akan datang? Mana tahu, ada umur yang panjang, saat itu bisa ku sahkan semula matlamat hidupku di sini, di tengah kebun sawit. Seperti sekarang. Dahulu, di bukit ini, jelas kelihatan kebun-kebun sawit yang lainnya. Malah, aku bisa lihat aktiviti penduduk yang lain. 'Oh, si A bermain basikal sekarang', 'eh, lori buah tu...' 'di rumah

Botchan

Assalamualaikum w.b.t Kali ini aku ingin kongsikan sedikit pengalaman membaca buku "Botchan" hasil karya Soseki Natsume. Terus-terang ini merupakan buku pertama genre Asian Studies aku baca dan ia dalam bentuk berbahasa Inggeris. Terumbang-ambing arah bacaanku. Perlu ku notakan, ulang baca kalau punya luang. InsyaAllah. Aku tidak arif bentuk budaya Jepun seluruhnya. Cuma sedikit pengetahuan melalui pembacaan anime yang telah lama ku tinggalkan  semenjak di sekolah menengah. Lebih tepatnya, selepas mengikuti PLKN, aku tidak lagi membelanjakan wang saku bulanan untuk membeli kreko, majalah mahupun komik seangkatannya. Malahan, beberapa istilahnya yang digunakan, aku kosong. Padahal, aku jangka ia perkataan yang mudah, perkataan popular Japanese seumpama popularnya nasi goreng kampung dalam bahasa Melayu dan popularnya terasi dalam bahasa Indonesia. "Botchan", sekali ku baca secara kasarnya, aku kagum dengan watak heronya. Kalau insan dahagakan inspira