Assalamualaikum w.b.t
Kali ini aku ingin kongsikan sedikit pengalaman membaca buku "Botchan" hasil karya Soseki Natsume. Terus-terang ini merupakan buku pertama genre Asian Studies aku baca dan ia dalam bentuk berbahasa Inggeris. Terumbang-ambing arah bacaanku. Perlu ku notakan, ulang baca kalau punya luang. InsyaAllah.
Aku tidak arif bentuk budaya Jepun seluruhnya. Cuma sedikit pengetahuan melalui pembacaan anime yang telah lama ku tinggalkan semenjak di sekolah menengah. Lebih tepatnya, selepas mengikuti PLKN, aku tidak lagi membelanjakan wang saku bulanan untuk membeli kreko, majalah mahupun komik seangkatannya. Malahan, beberapa istilahnya yang digunakan, aku kosong. Padahal, aku jangka ia perkataan yang mudah, perkataan popular Japanese seumpama popularnya nasi goreng kampung dalam bahasa Melayu dan popularnya terasi dalam bahasa Indonesia.
"Botchan", sekali ku baca secara kasarnya, aku kagum dengan watak heronya. Kalau insan dahagakan inspirasi sepertiku baca novel ni, aku rasa pokok persoalan pertama yang wujud, kejayaan seorang pelajar yang so-so. Seketika, aku rasa aku adalah hero itu, (kerana kurang genius)-namun akhirnya berjaya-harapannya begitu. "Botchan" diklasifikasikan dalam kalangan anak yang kurang kasih-sayang. Bukan kerana tiada kasih-sayang terwujud dalam kedua orang tuanya tetapi kerana perangai nakalnya. Aku kira semua remaja punya ledakan berontak dalam diri cuma antara ego dan tunjuk saja yang membezakan. Mujur watak Kiyo, pembantu rumah keluarga Botchan menyelamatkan hala tujunya. Meskipun, pada awalnya Kiyo tidak memberi apa-apa hasil positif dalam watak Botchan, namun setelah melalui alam dewasa, aku kira watak Kiyo banyak membentuk pemikiran Botchan.
Klimaks novel ini bermula tika Botchan ditugaskan mengajar matematik di kawasan pedalaman, Shikoku Island jauh daripada Tokyo, tempat asalnya. Apa yang dapat aku simpulkan daripada episod ini, pelajar nakal saban waktunya wujud. Haha. Pokok persoalan yang lebih mendalam, semasa penulis mengkisahkan cerita ini, sudah wujud aliran pemikiran yang kita panggil sebagai individualism dalam masyarakat Jepun ketika itu. Botchan adalah individualist. Sikapnya menunjukkan sebegitu. Namun, saat itu sikap Botchan dipandang sebagai asing, stubborn... oleh individu di sekelilingnya. Seperti yang kita sedia maklum, Jepun contoh terbaik collectivism. Namun Botchan menceritakan hal sebaliknya. Aku kira point utama penulis adalah mewujudkan elemen dan genre baru dalam masyarakat, lebih tepatnya ini merupakan pengenalan kepada modern classic di Jepun masa itu.
Dalam novel ini, lebih banyak menonjolkan masyarakat guru memandangkan Botchan adalah seorang guru, dan aku tidak dapat mengenal satu-satu watak secara total. Yang menariknya, watak Botchan dalam novel ini seorang yang suka memberi gelaran kepada satu-satu watak. Aku kira itu strategi penulis untuk mengelak pembaca keliru dengan watak guru yang ramai dalam penulisannya. Tapi tetap juga, aku pembaca yang keliru. Pokok persoalan yang ku kira terakhir dariku setakat ini untuk novel ini adalah masyarakat talam dua muka. Ia dapat dilihat dalam sebahagian watak guru yang sering kali mengundang berang Botchan. Ku kira, Botchan seorang yang jujur, dia tidak boleh langsung berkompromi dengan sikap hipokrit. Kerana itu, dia selalu berdiri atas opini dan prinsip sendiri. Angkara hipokrit mereka, Botchan akhirnya meletak jawatan sebagai guru dan meninggalkan pulau tersebut. Tidak memikirkan pekerjaan yang sukar saat itu, Botchan sememangnya tekad untuk meninggalkan pekerjaannya sebagai guru setelah beberapa episod tidak adil berlaku dalam organisasi tempatnya mengajar. Yang menariknya, Botchan bukan dalam kalangan yang ditindas saat itu, rakan gurunya yang lain, tetapi Botchan yang menegakkan keadilan untuk mereka. Meskipun gagal mengubah apa-apa.
Di akhir cerita, Botchan dapat bekerja sebagai assistant technician dan mengambil Kiyo tinggal bersamanya semula sehingga ke akhir hayat wanita tua itu. The end. :)
(Aku ambil masa hampir sebulan menghabiskan buku yang cuma setebal 192. Poor Laila)
nda apa kak, usaha tangga kejayaan.. sebulan pun berbaloi sebab saya kira akak berjaya meringkaskan novel tersebut sampai yang baca ni pun rasa mau baca buku tu juga.. teruskan usaha kak! ;)
BalasPadamWah, nampaknya ada orang tu sibuk buat kuih raya. :)
BalasPadamhahaha.. hangat2 tahi ayam kak.. nda kena di tekak 2-3 hari lps tu baru try yg lain. c fitri lupa practice makes perfect, dia lupa.. :')
BalasPadam