Assalamualaikum w.b,t
Eid Mubarak. Semoga dapat lagi ketemu Ramadhan tahun depan, InsyaAllah. Amiin. Maafkan segala salah silap. Terlanjur kata dan laku. Halalkan ilmu, makan dan minum. Barakallah hu fikum.
Usiaku menghampiri 23 tahun, officially. Dan aku semakin sedar, kalau aku menghampiri zon itu. Soalan berkenaan habis belajar dan kahwin merupakan soalan yang memang sepatutnya diajukan di usia begini. Memandangkan anak orang lain, ada yang tamat belajar, mungkin ada yang sambung belajar, ada yang da kahwin, beranak pinak... tapi aku, mungkin juga kalian di luar sana, masih utuh di 'status yang sama', undergraduate, bujang, solo memanjang. Syukurlah! Asal tidak hilang arah.
Kawan-kawan aku ramai yang sambung belajar di UMS, maka, tahun ni mereka da habis belajar. Aku ada 2 tahun lagi. Alhamdulillah. Aku masih boleh belajar banyak benda lagi. Sebenarnya aku tidak kisah berapa tahun pun lagi, as long as biasiswa boleh jalan, dan aku tidak ulang mana-mana subjek. Memang begini lambat prosesnya, kami pelajar UIA selalunya ambil masa 4 tahun belajar, kalau masuk CELPAD, maybe, 4 tahun setengah, mungkin juga 5 tahun macam aku. Dan apabila ku fikir balik, sebenarnya pelajar uia ni terdiri daripada kalangan yang kuat semangat belaka. Aku tambah tabik kepada pelajar yang guna PTPTN. May Allah bless us, brothers and sisters.
Alhamdulillah. Semester lalu aku sudah habiskan arabic. Tapi aku sedih sebab belajar arabic ni banyak benefitnya, tak cukup rasanya apa yang sudah dipelajari. Mau dikatakan kerek ni kalau pelajar human science lain dengarrrrr. Bila ngaji, baca hadith, perasaan gembira tu, tak dapat digambarkan. Aku rasa, aku patut sambung belajar arabic, patut ambil kelas tambahan. Aku rindu kelas Fardhu Ain, Halaqah, Leadership dan Parenting. Padahal kelas-kelas ni la aku belek jam banyak kali. Sekarang tinggal 1 kelas, skill photography 2. Another thing is kelas Tilawah. As Syira mentioned before, kelas Tilawah yang kami ambil ni, belum cukup sebenarnya. Maybe, kami patut cari guru ngaji. Aku tak tahu kalau semester panjang, cuma masa first year dulu masa ambik semester pendek, kakak Maha dan beberapa rakannya belajar ngaji dengan sorang lecturer tu. Dan pernah juga Ustaz Che Omar mentioned kalau di rumahnya dibuka sesi belajar ngaji. Ya, kami patut cari guru ngaji.
Perancangan semester depan, aku nak belajar silat. Kalau tidak dapat dalam UIA, sebab silat seni bakti ni belum official lagi, kami kena tubuhkan kelab, tiba-tiba jadi perintis weyy..hahaha. belajar di luar pun boleh, asal ada yang boleh tolong ambik dan hantar kami di uia. InsyaAllah. Dan aku juga dalam usaha membuat permohonan untuk ambik minor in IRK, Islamic revealed and knowledge (macam tu eh) doakan ya!
Ceh. Berjela aku cerita pasal belajar ni. See? Banyak benda kot kena belajar ni. Da belajar kat kelas pun nak ambik lagi kelas di luar pula. Haha. Tembirang ko sana Laila. Jangan setakat hangat taik ayam saja.
Kahwin? Actually tiada la yang tanya bila mahu kahwin, sebab mak cik-mak cik, pak cik-pak cik, beliau-beliau di sini tahu aku masih belajar. Dan jarang sekali orang kahwin time belajar di kampungku ni. Kalaulah mereka tengok di uia ramai saja yang beranak pinak baru graduate...hahahaha. *ketawa jahat.
Tapinya, ada yang sound-sound sudah, tanya-tanya bila habis belajar. Bila ku cakap 2 tahun, pehhh mengeluh panjang. 'Kenapa lama betul?'. Hahaha. Ada sorang mak cik hajah ni, berpangkat nenek la kot, beriya dia nak kahwinkan aku. Aku bukannya tak suka, at least ada juga orang nak uruskan hal kahwin ku sebab bapa suda tiadaa. Dia da ada calon la kot, tak bukan dia pilih, pilihan ku sendiri la kot, tapi dia tolong uruskan. Haha see? Aku ni reti je pilih, beliau-beliau pun setuju. Haha. *malu sebenarnya cerita bab-bab begini* tapinya, aku da tukar plan hidup beberapa bulan yang lalu. Kahwin usia 25 tahun? Aku da anjakkan ke usia 27. Kalau umur panjang. InsyaAllah. Banyak benda aku kena buat. Itu plan ku la kan. Kalau ikutkan plan Chu Ah, dia nak kahwin usia 30 tahun, haha. Mau menangis mak kalau aku pun plan benda yang sama.
So... selama mana kita berada di universiti, jangan pernah rasa putus asa, kita ni dalam jihad, menuntut ilmu. Setiap yang kita korbankan masa, usia, berjauhan dengan keluarga, tenaga, semuanya ada imbalannya. Di uia ni kita belajar ilmu dunia & akhirat. Bersyukurlah. Sudah ramai senior yang berkata, (selalunya yang master) kalau mereka itu mencemburui usia kita. Belajarlah sebanyak yang mungkin, kau punya usia itu. Kerana apabila usiamu meningkat sedikit demi sedikit, maka tumpuan untuk fokus pada pembelajaran itu tidak bisa semaksimum sekarang. Banyak tanggungjawab menanti di depan. Dan aku setuju dengan kata-kata itu.
*rindu uia. Cuti hari jumaat. Suasananya, warganya, makanannya? #shawarma!
Ulasan
Catat Ulasan