Assalamualaikum w.b.t.
"Untunglah mereka..."
Ungkapan ini membuatkan hati yang lemah dijangkiti virus cemburu yang amat. Seolah keuntungan itu tidak berpihak pada ku. Apabila kita merasakan seolah cuma kita tidak 'beruntung', itu ternyata salah. Istighfar, Laila.
Kita terlalu mengejar bahagia. Bahagia dalam erti kata lain, aku tidak mahu apa-apa yang dinamakan susah. Suka adalah bahagia dan duka itu susah a.k.a derita. Mungkin, aku belajar dan set di minda kalau bahagia itu adalah bahagia. Padahal, bahagia itu tiada limit, perbatasannya dengan yang dinamakan derita terlalu tipis. Samar-samar, kawan.
Selalu mencemburui hidup orang lain itu tamak. Kerana apabila melihat kesenangan orang lain perasaan ingin memiliki itu wujud.
"Alhamdulillah 'ala kulli hal"
Ini sepatutnya yang perlu disematkan dalam Qalbu.
(tersenyum....berhenti sekejap. berfikir.)
Setiap semester aku rasa aku akan post kata sem sekian lagi tough banding sem sebelumnya. Tiada noktahnya. Begitulah. Tanpa aku sedar, ujian semakin besar bukan kerana ujian itu lebih besar daripada yang sebelumnya, Tetapi ujian itu selari dengan pengalaman atau jangka hayat/masa (?) yang kita miliki. I mean, setiap sem pun rasa susah itu ada, dan apabila naik ke sem baru, pasti kita akan simpulkan, 'wah, sem lepas lagi ok,senang sikit'. Realitinya, selepas melalui fasa tersebut, kita sudah upgrade diri. Kita semakin kuat, kawan!
Lain hal pula apabila berada dalam situasi di mana kita senang cuma mengenal orang yang terbiasa di sekeliling. Aku punya fobia untuk menambah kenalan. Aku tidak berhajat untuk menambah lagi kenalan itu. Sungguh! Boleh ku simpulkan yang ada sudah cukup Aku cukup senang dengan mereka. Sometimes, apabila kita terserempak dengan orang lain yang bukan kenalan, seolah aku melihat ada barrier di antara kami. Tapi aku sedar, untuk terus bergerak ke hadapan, aku perlu mengenal insan-insan tersebut. hmmmmmmmmm... analoginya, main game. (balik-balik contoh game, padahal tahu main sudoku syakk pun) After tamat level 1, di level seterusnya pasti akan ada variable baru, barrier bertambah...etc. Macam begitulah.
Ok, aku penat. Bye!
(Sejak akhir-akhir ni, habitku sebelum tidur kasi on laptop, play mana-mana video anime. (lagi afdal buka mp3 bacaan al-Quran sebenarnya). The reason aku play anime ni, aku baru perasan, ia mengingatkan balik zaman kanak-kanak dulu. Aku rindu zaman itu. Zaman di mana ahli keluarga cukup, berempat, zaman kita dijaga, tidak perlu fikir hal-hal yang berat...atau mungkin, yang difikiran cuma main saja... I wish, walau cuma seminit dua minit in a day, kembali ke saat itu dan merasai semua tentangnya-zaman kanak-kanak. al-Fatihah)
-aku teringin sekali pulang beraya ke seberang, cukup tatap dan kucup tangan mak. dengar suara saja tidak cukup, at the end, tangisan. makin besar, makin cengeng. aihhhhh-

Ulasan
Catat Ulasan