Assalamualaikum w.b.t. Aku sudah lupa kalau sebelum ini aku pernah nyatakan kenapa aku buat blog ni. Pernah dalam kelas, pensyarah tanya apa sebab student or sesiapa sahaja buat blog. Kamu, apa sebab kamu buat blog? Apa perasaan kamu kalau orang lain baca apa yang kamu tulis? Macam mana kamu letak perbatasan antara hal personal dan general? hahaha Aku tidak fikir sangat apa yang orang fikir pasal blog aku. ntah ada yang baca atau tidak. Kalau ada pun, ntah berapa peratus la input yang mereka boleh dapat dari sini. Mungkin kalau post yang awal-awal dulu iya la kan.. rajin juga aku copy paste input dari majalah Islam. La ni... beli pun da berapa tahun tidak. Kadang terfikir juga untuk 'private' kan saja blog tapi cerita dalam blog ni bukan pasal aku saja. Ada cerita pasal kawan-kawan juga. Ada masa, mereka boleh jenguk-jenguk sini. Kalau rindu datang menerpa kan... Berbalik pasal tujuan aku menulis blog, perdana kerna aku jadikan blog ni diari aku. AKu bukan kak
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."