Assalamu'alaikum w.b.t.
Bagiku, novel ini tidak fokus kepada mana-mana watak meskipun banyak babak tertumpu pada keluarganya Daeng Andipati. Kerana watak-watak lain juga mendukung peran yang penting seperti Gurutta dan Ambo Uleng. Sekali gus, novel ini terkandung pembahagian watak yang seimbang bukan sahaja dari segi jalan cerita lebih spesifik lagi dari segi aspek watak yang dibawa masing-masing. Maksudku, cuba lihat Daeng Andipati misalnya, aku mula-mula sangat tidak senang wataknya sebab dia golongan kaya (padahal aku bersifat kampungan) tetapi penulis bijak membagi kelemahan pada watak itu iaitu masa silamnya, dia dari keluarga yang tidak aman, kasihan ya. Kemudian watak Gurutta, dia orang 'alim, tapi dia juga punya masa silam, dan meskipun watak Ambo uleng tu terlalu 'daif' tapi dia diberi watak yang mahir tentang dunia pelayaran. Nah, inilah yang dinamakan realiti, tiada siapa yang menjadi 'superhero' atau 'sempurna'. Pastilah, sempurna itu cuma miliknya Allah.
Akhir sekali menyentuh perihal judul novel ini sendiri, Rindu. Aku berpendapat rindu itu adalah perlambangan daripada watak-watak dalam novel ini yang merindukan jawapan daripada Tuhan. Dan dalam perjalanan menuju destinasi sebagai tetamu Tuhan, mereka temui jawapan bagi persoalan mereka itu.
Ya, perkongsian daripada opini yang tidak seberapa ini. (Untuk yang berminat membeli karya-karya Tere Liye sila lah menghubungi sister Herna Naping di FB beliau- taip Herna Naping atau kalian juga boleh rujuk di fajarilmubaru.com).
Salam.
Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la.
Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.
Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mereka wajar dibanggakan. (beriya jak aku ni)
Mau tulis pasal apa ya? (sebenarnya selepas abis baca buku ni, aku abiskan buku thriller, terus campur-aduk - kebingungan). Ok, kita mula dengan "kenapa aku suka ini novel", hmmmm sebab iya berkisarkan orang Bugis (yg memegang watak utama).. hahaha balik-balik itu. Novel ni berlatarkan tahun 1938, dimana Indonesia masih dalam jajahan Belanda. Dan transport utama untuk jarak jauh masih lagi kapal laut. Penulis membawa kisah orang-orang yang mahu naik haji, dan kamu tahu keterujaan itu lain sekali. Tak tergambarkan oleh ku. Bayangkan berbulan dalam perjalanan yang cuma di kelilingi lautan.
Dalam novel ini, penulis mengemukakan lima persoalan yang menjadi kesinambungan antara watak. Bagi aku, semua watak yang ada (watak yang memegang persoalan) memiliki jalan hidup yang bukan enteng. Dari situ (jawapan), diperlihatkan hikmah yang sekali gus mengajak kita untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita lalui sekarang. Aku sekali lagi respect dengan penulis yang menyelitkan "perenggan-perenggan kata", yang turut dipaparkan di kulit belakang buku. Iya sekaligus membuat aku mengerti apa yang cuba disampaikan (main point) novel ini.
"Apalah erti memiliki,
Ketika diri kami sendiri bukanlah milik kami?
Apalah erti kehilangan,
ketika kami sebenarnya menemukan banyak saat kehilangan,
dan sebaliknya, kehilangan banyak pula saat menemukan?
Apalah arti cinta,
ketika kami menangis terluka atas perasaan yang seharusnya
indah? Bagaimana mungkin, kami terduduk patah hati atas
sesuatu yang seharusnya suci dan tidak menuntut apa pun?
Wahai, bukankah banyak kerinduan saat kami hendak
melupakan? Dan tidak terbilang keinginan melupakan saat
kami dalam rindu? Hingga rindu dan melupakan jaraknya
setipis benang saja".
Aku suka lihat kelainan dalam sesebuah cerita. Kelainan yang aku perasan, pertama nama Elsa dan Anna. Aku sebenarnya tidak seberapa mengikuti perkembangan Frozen, mungkin watak-watak itu mengandung karakter yang 'unggul' sehinggakan penulis "meniru" nama watak itu di sini. Kerna aku sendiri tidak arif nama-nama orang dulu-dulu itu seperti apa. Tapi penulis berjaya membuat aku "teruja" dengan adanya kata 'Sanna' yang bermaksud bunga lili dalam bahasa bugis. Aku yang orang bugis pun tidak pernah tahu kalau Sanna tu bermaksud bunga lili. Pernah ada temanku di sekolah darjah bernama Puteri Sanna. Baru aku tahu itu maksudnya.
Keduanya, pasal kapal laut. Aku memiliki kenangan jelek menaiki kapal laut, empat kali yang masih segar di ingatan. Kerna itu, aku sesekali tidak dapat mengikuti 'keindahan' cerita dalam kapal itu sendiri contohnya anak-anak berkesempatan untuk bersekolah dan makanan enak-enak. Tapi aku mengerti kenapa wujud perbezaan, ini kapal menuju naik haji, kapal yang aku naik pula kapal membawa perantau yang mencari rezeki di negeri orang. Pantas wujud perbezaan, bagaimana mungkin wujud "elemen kemasyarakatan" yang sama kalau saja mereka sedang struggle untuk survive dalam hidup ini (merujuk kepada kapal yang aku naiki). Aku punya kenangan paling pahit, duduk di tepi tangga kapal selama beberapa hari. Waktu itu kapal sarat dengan perantau yang mencari pekerjaan.
Perlambangan merupakan hal seterusnya yang membuat aku menyukai penulis. Nama Ambo Uleng itu sendiri mendukung maksud, Uleng- bulan. Apabila menyentuh perihal Ambo Uleng, aku jadi ikut stress pada awal kisah ketika dia berperang dengan jiwa sampai saat dia terlantar di dek kapal. Dan aku suka sekali dengan perubahan wataknya. Cerita cintanya meski "sebentar" merujuk kepada sekembalinya dia dan Gurutta dari menunaikan Haji, ternyata wanita yang dicintainya itu merupakan anak kepada kenalan Gurutta, kebetulan dan ringkas saja penamat cinta mereka. Ya, akhirnya cinta mereka bisa menyatu.
Di dalam novel ini banyak diselitkan babak tambahan yang menjadi penyedap kepada cerita agar pembaca tidak terlalu bosan untuk membacanya. Dan antara yang amat mengharukan adalah watak pasangan tua suami isteri yang turut merupakan antara jemaah haji. Dua-duanya sudah terlalu tua dan dalam perjalanan Acheh-Kolombo, si isteri (Mbah Putri) meninggal dan dikebumikan cara pelaut iaitu jasadnya ditenggelamkan di lautan. Sedih amat.Lebih-lebih lagi pasangan ini sangat dikenal sebagai pasangan romantik meski sudah lanjut usia, aku sangat kagum dengan kecintaan yang dimiliki oleh si suami (Mbah Kakung) terhadap isterinya. Tambahan lagi, waktu itu kapal lagi ada masalah enjin dan harus dimatikan sistemnya. Bayangkan suasana kelam menyelebungi kapal itu di tengah-tengah lautan. Aku sudah mengagak pengakhiran jalan hidup Mbah Kakung juga akan berakhir seperti isterinya, usai mengerjakan haji, dalam perjalanan pulang ke Indonesia, Mbah Kakung meninggal, persis di tempat yang sama seperti isterinya. Cinta sejati ya.
Di dalam novel ini banyak diselitkan babak tambahan yang menjadi penyedap kepada cerita agar pembaca tidak terlalu bosan untuk membacanya. Dan antara yang amat mengharukan adalah watak pasangan tua suami isteri yang turut merupakan antara jemaah haji. Dua-duanya sudah terlalu tua dan dalam perjalanan Acheh-Kolombo, si isteri (Mbah Putri) meninggal dan dikebumikan cara pelaut iaitu jasadnya ditenggelamkan di lautan. Sedih amat.Lebih-lebih lagi pasangan ini sangat dikenal sebagai pasangan romantik meski sudah lanjut usia, aku sangat kagum dengan kecintaan yang dimiliki oleh si suami (Mbah Kakung) terhadap isterinya. Tambahan lagi, waktu itu kapal lagi ada masalah enjin dan harus dimatikan sistemnya. Bayangkan suasana kelam menyelebungi kapal itu di tengah-tengah lautan. Aku sudah mengagak pengakhiran jalan hidup Mbah Kakung juga akan berakhir seperti isterinya, usai mengerjakan haji, dalam perjalanan pulang ke Indonesia, Mbah Kakung meninggal, persis di tempat yang sama seperti isterinya. Cinta sejati ya.
Bagiku, novel ini tidak fokus kepada mana-mana watak meskipun banyak babak tertumpu pada keluarganya Daeng Andipati. Kerana watak-watak lain juga mendukung peran yang penting seperti Gurutta dan Ambo Uleng. Sekali gus, novel ini terkandung pembahagian watak yang seimbang bukan sahaja dari segi jalan cerita lebih spesifik lagi dari segi aspek watak yang dibawa masing-masing. Maksudku, cuba lihat Daeng Andipati misalnya, aku mula-mula sangat tidak senang wataknya sebab dia golongan kaya (padahal aku bersifat kampungan) tetapi penulis bijak membagi kelemahan pada watak itu iaitu masa silamnya, dia dari keluarga yang tidak aman, kasihan ya. Kemudian watak Gurutta, dia orang 'alim, tapi dia juga punya masa silam, dan meskipun watak Ambo uleng tu terlalu 'daif' tapi dia diberi watak yang mahir tentang dunia pelayaran. Nah, inilah yang dinamakan realiti, tiada siapa yang menjadi 'superhero' atau 'sempurna'. Pastilah, sempurna itu cuma miliknya Allah.
Akhir sekali menyentuh perihal judul novel ini sendiri, Rindu. Aku berpendapat rindu itu adalah perlambangan daripada watak-watak dalam novel ini yang merindukan jawapan daripada Tuhan. Dan dalam perjalanan menuju destinasi sebagai tetamu Tuhan, mereka temui jawapan bagi persoalan mereka itu.
Ya, perkongsian daripada opini yang tidak seberapa ini. (Untuk yang berminat membeli karya-karya Tere Liye sila lah menghubungi sister Herna Naping di FB beliau- taip Herna Naping atau kalian juga boleh rujuk di fajarilmubaru.com).
Salam.
Assalamualaikum saudari. Di mana nak cari buku2 karya Tere Liye di Malaysia?
BalasPadamSalam saudari Nurul. Saudari bole beli online d fajarilmubaru.com.
PadamKalau saya, selalu beli buku2 Indonesia dari seorang senior d Uia ni. Kalau saudari nak, saya boleh tolong tanyakan kalau dia masih ada stok buku rindu. :)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamAssalamualaikum saudari. Saya maryam dari malaysia. Boleh saya tahu bagaimana ingin mendapatkan novel pulang. Karya tere liye?
BalasPadamSalam saudari Maryam. Maaf, kalau novel pulang, saya pun belum pernah jumpa lagi d kedai buku d Malaysia
PadamMungkin saya bole tolong tanyakan dengan senior saya, kalau2 dia ada stok buku tu. :)
Boleh dapatkan buku tere liye dari saya 0192490357. Jika berminat. :)
BalasPadam