Langkau ke kandungan utama

Malice karya Keigo Higashino

Assalamualaikum w.b.t.

Ini dia novel usulan selepas aku baca Rindu.
Aku tidak banyak baca buku genre umpama ini, tapi mungkin saja ia bukan kerna aku tidak menggemari genre thriller, mystery, crime atau action. Bukan. Cuma belum berkesempatan untuk itu. 

Aku mulanya mencari-cari di mana dia 'kelaianan' yang ada pada novel ini. Sungguh! Aku malah sampe post d ig bilang kalau aku sudah bisa mengagak siapa pembunuhnya. Itupun tidak sampe 50 halaman aku baca. Secepat begitu...jadi sisanya apa nih?

Kemudian, aku baru tahu. hahahahaha. 

Ok, begini, ada dua orang penulis, satu yang terkenal, namanya Hidaka dan satu lagi penulis buku kanak-kanak,Nonoguchi. Mereka ini kawan sejak kecil. Hidaka mati sebelum sempat berpindah ke Vancouver. Dia ditemui mati oleh rakannya, itulah si Nonoguchi dan isterinya Hidaka, Rie di dalam bilik terkunci dan rumah yang terkunci. Tetapi antara keduanya pun tiada yang bisa dipersalahkan memandangkan alibi mereka kukuh. Oh iya, Rie ini isteri kedua Hidaka. Isteri pertamnya meninggal kerna kemalangan, Hatsumi. 

Setelah Hidaka mati, muncul watak baru bernama Kaga, seorang detektif. Di sinilah bermulanya pengembangan cerita. Kebetulan, Nonoguchi ini sama-sama pernah berkhidmat sebagai guru dengan Kaga sebelum masing-masing menceburi kerjaya yang sekarang. 

Rupa-rupanya 'pemberitahuan awal' siapa pembunuhnya merupakan strategi penulis untuk mencorak novel ini. Kerna pokok persoalan bukan hanya terbatas untuk mencari pembunuh tetapi motif pembunuhan. Iya, sama saja kan sebab pembunuh tetap akan di hukum atas perlakuannya tetapi ternyata ada bezanya ya. Iya malah kelihatan relevan jika dibelek-belek kesinambungannya. 

Nonoguchi mengaku dia yang membunuh Hidaka. Aku tidak tahu kenapa tetapi aku merasakan "tolonglah ada pembunuh yang lain" "dia terpaksa" atau apa saja pun mungkin cuma satu watak awal yang tinggal maka prihatin ku tertumpu padanya. Rupa-rupanya Nonoguchi ini licik. Dia tidak memberitahu Kaga apa motifnnya membunuh Hidaka dan membiarkan Kaga jatuh dalam strateginya. Iya, akhirnya yang ditemui, Hatsumi punya hubungan dengan Nonoguchi dan Nonoguchi sendiri sebagai ghostwriting nya Hidaka. 

Aku terus-terusan menghukum Hidaka padahal dia merupakan mangsa di sini, mangsa pembunuhan! Mujur juga Kaga ini bijak, dia tidak cuma bergantung seratus peratus pada butir bicara dan tulisan Nonoguchi. Aku setuju dengan cara penulis yang meletakkan babak Nonoguchi untuk menulis semula tragedi ini dan menyerahkan tulisan itu kepada Kaga. Dalam penulisan, ada perkara yang kita catatkan dan ada yang kita sembunyikan. Itulah yang dilakukan Nonoguchi. Yang tersembunyi pula diburu oleh Kaga. 

Aku tidak tahu kenapa penulis letak watak Nonoguchi sebagai pengidap kanser, mungkin menjadi alasan kukuh untuk membuatkan Nonoguchi ingin membunuh Hidaka. Iya bayangkan kamu menghampiri mati dan teman yang kamu iri itu terusan hidup dan mendapat nama. Mungkin. Masalahnya kalau memang tiada alasan kukuh yang membuatkan Nonoguchi iri terhadap Hidaka, "just because" maka aku rasa tidak perlu tambah dia menghidap kanser. Iya membuatkan aku tersisa dengan rasa kasihan meski sudah ketahui dia membunuh dengan motif yang jelek dan merosakkan nama temannya. 

Sebenarnya cerita ini amat tragis. Dan dalam keadaan tidak sedar iya melibatkan battle antara Kaga dan Nonoguchi. Tahniah la kepada Kaga! Dan kepada Nonoguchi meski dia tidak pernah mencapai cita-citanya untuk menjadi penulis buku yang 'terkenal', tapi dia berjaya (meski sekejap) mencipta watak (Hidaka) dalam 'novelnya' dan membuatkan Kaga jatuh dalam perangkapnya. Pun begitu sampai akhir dia gagal untuk meraih 'penulis' yang disegani. 

Diakhir novel, Nonoguchi ingin dioperate berikutan kansernya tu.. well, masih ada hidup yang tersisa buatnya, menghadap hukuman atau mungkin hidup sehari tanpa yang disebut sebagai 'malice'. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share