Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Penutup 2016

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat petang Apabila disebut tahun baru, ia adalah hari memperingati pemergian bapa. Apabila disebut akhir tahun, bulan memperingati pemergian Ilmi. Sudah 3 tahun, aku cuma berharap agar dapat melalui hari-hari dengan seadanya. Masih mampu untuk mengucap syukur dan tersenyum. Apabila satu tahun berlalu dan membuka lembaran baru, aku selalu beranggapan bahawa aku sudah cukup matang, tetapi adakalanya aku merasakan ianya dinamik. Ada hal yang tidak dapat aku jalani dengan sebaik mungkin. Peristiwa baru dan termasuk juga berulang. Ada waktu merasakan diri adalah yang teruk sekali. Tidak mengerti dengan diri sendiri. Padahal sudah sehabis mungkin mengingatkan diri dengan hal-hal kedewasaan. Dan jika aku ditanya tahun 2016 ini, hari inilah hari yang paling dingin sekali. Perasaan seperti baru menginjak dewasa. Dan bukan sekadar mahu bersendiri, seperti mahu tidur yang lena. Besok, hari mulai di tahun baru. Menginjak lah, anjaklah ke tempat yang lebih t

Where we are

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat subuh. Malam tadi aku berkesempatan untuk menghadirkan diri ke majlis kahwin. Aku sudah tidak lazim ke majlis kahwin. Dulu, suatu ketika dulu ia pernah menjadi tempat aku belajar mengenal society. Di kerusi itu, aku lihat society yang sama. Mungkin budaya kita statik. Evolusinya adalah taboo. Atau mungkin generasi sedang menunggu tahta diserah. Dan bakal menuju arah yang sama barangkali? Where we are. Semenjak kembali kepada society, aku kadang berdebar kalau-kalau aku bakal culture shock. First impressionku adalah positif.  But as time passes, is it our culture hardly aged? Haha bukannya aku hendak semuanya berwajah baru tetapi sudah tiba masa untuk kita beranjak dari custom yang we even can't say  proudly to our next generation as something to be inherited. Treasure. Heritage. Ada yang berkata kenapa harus kita serapkan ***si (any adaption, eg: pertembungan di antara dua / lebih budaya). Hujahnya kita punya budaya sendiri. Kalau bukan k

Ilmi

Assalamu'alaikum w.b.t. dan selamat subuh Empat hari lepas, untuk sekian kalinya mengenang ulang tahun kelahiran Ilmi atau Emmi, arwah adikku yang telah pergi menemui Tuhan. (Al-Fatihah) Sebenarnya aku tidak peka dengan tarikhnya, tapi semenjak tamat kuliah, aku semakin ingat tentangnya. Sewaktu dulu, tiap kali menyambut hari raya, aku akan duduk di beranda rumah atau duduk diam di bilikku, mencari masa dan ruang menyendiri agar berusaha untuk menangis. Berusaha. Memaksa. Sebab waktu itu aku berfikir, kalau aku tidak menangis pasti Emmi berasa disisihkan (betrayed). Mungkin dalam setahun boleh dihitung berapa kali aku teringat kenangan kami, tapi paling tidak pun setahun sekali aku pasti berusaha mengingat biar senang air mataku keluar. Serius, nih. Haha. Walaupun tiap kali menulis tentang Ilmi, aku pasti akan menangis dengan sendirinya. Suatu perasaan yang tak terungkapkan. Rindulah pasti. Now, I am trying to remember any story of Ilmi. ................... ya ampun.....hmmm..

Memori

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat petang. Pertamanya, apologi dipohon kerana terlalu lama tidak meneruskan penulisan. (Eh). Hilang sebentar atau mungkin lebih tepatnya merehatkan diri. Reset. Ah, belum beres lagi tapi jalani saja waktu yang ada. Setelah terlalu lama menyepi, aku pun hilang idea hendak berkisah apa. Ya, terimalah hakikat kalau aku ini bukan 'multi-kerja'. Apabila aku tumpu pada pembacaan, automatik tanganku kaku menulis, ayat pemula saja aku mogok. Tiba-tiba, kelmarin, ya suda lama aku tunggu timing yang 'aha' 'eureka'! Ikutkan masa tu juga aku taip, tapi pelan-pelan saja dulu. Seperti yang tertera di atas, kita bakal bercerita pasal memori. Sebenarnya lama sudah aku mau tulis pasal topik ni tapi ndak tau mau olah macam mana. Di sini ada dua analogi, yang kemudiannya mencambahkan analogi ketiga. Situasi, kehilangan orang yang tersayang. Apa yang terjadi dengan memori kalian? Analogi pertama, kamu memilih untuk menjauh daripada segala el

Catatan tamat kuliah

Assalamu'alaikum w.b.t Setelah sekian lama menyepi, maka aku mungkin bakal aktif semula menulis. Sambil-sambil menikmati dan meraikan tamat kuliah. Alhamdulillah, meskipun keputusan tidak seperti yang diinginkan,tapi hey, keluar juga dari gedung uia. Uia bukanlah seteruk yang dicanangkan. Cuma struggle nya tu lain macam. I mean, every institution has their own 'colour', as a student we know better than others. Tahniah. Aku menghabiskan separuh usia dua puluhan ku di uia. Apa yang kalian bisa perkatakan? Duniaku terperangkap di sana. Even now. As human, we select which memory to be remembered. Aku pun tak tahu for what reason(s), aku hilang hampir semuanya. Padahal suatu masa aku akan keluar juga dari uia. Balik ke lubuk. Tapi canggung. Masih Laila Hijjera yang dulu, tapi masa dan tempat adakalanya benar mempengaruhi. Aku pun ndak tahu samada patut kutip balik memori atau mencipta yang baru. Yang pasti semuanya berubah lah. Realiti. Other will not understand this fe

konklusi cuti mid-break

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Cuti pertengahan semester bakal berakhir. Semuanya aku lalui dengan menonton drama diselang-seli dengan menghabiskan pembacaan trilogi Haruki Murakami, 1Q84. Sepatutnya ini peluangku untuk menyiapkan beberapa artikel. Tapi, begitulah.... aku memang tidak sebulu dengan dunia 'kewartawanan'.  Sudah tiga hari cafe mahallah kami tidak berbuka. Maka aku yang super pemalas, memilih untuk menelan mi goreng daripada brand mi sedap. Ya, walaupun aku sudah lama tidak berkeinginan/bernafsu untuk menjamah mi segera dan seangkatannya. Sekadar memastikan enjin penghadamanku berfungsi meski aku melalui hari-hari cuti. Cuti yang berbaki aku bercadang untuk menghabiskan siri karya sastera klasiknya Pak Sako (Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila & Budak Beca) dan juga karyanya  A. Samad Said, Langit Petang. Kerna aku berhasrat menutupi bulan Mac ini dengan pembacaan buku Anna Karenina, karyanya Leo Tolstoy. Berharap agar artikel ini baka

undang-undang buatan manusia

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Beberapa hari lepas, aku mendengar seorang kawan bercerita tentang undang-undang buatan manusia. O aku pernah post pasal undang-undang buatan manusia di sini beberapa tahun yang lalu. Carilah kalau rajin. Tapi apa yang aku cuba hendak kongsikan kali ni tidak jauh beza dengan post terdahulu. Kawanku berkata, dia pergi library tapi dia lupa bawa kad matrik, jadi tidak boleh lepas entry gate. Dia pun pergi ke kakak/abang penjaga dan menceritakan secara jujur situasinya (meminta maaf atas kelalaiannya) dan meminta jasa baik penjaga tersebut untuk mengizinkannya masuk. Dia dengan sukarela hendak meninggalkan apa-apa yang berharga (mungkin wallet/passport) di kaunter gate. Tapi, pintanya tidak dilayan. No is no.  Jadi kawan tersebut pun keluar dari library. Di luar library pula dia berjumpa dengan seorang rakannya dan lantas meminjam kad matrik kawannya. The funny thing is, ketika melintasi gate library, si penjaga tadi bagi jak le

buku

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Sekarang ni pelajar komunikasi iium sibuk menyiapkan diari harian selama tiga puluh hari sebagai tugasan subjek Thinking Techniques for Communicators. Rabu depan kena hantar dan aku masih terkial-kial menaip pemikiran positif dan negatif, o ya juga melukis. Bagi pelajar Muslim Press, mereka sedang giat mencari media practitioners dan politicians untuk ditemu ramah. Hahaha. Aku dulu-dulu, siap temu ramah melalui telefon lagi. Tapi itu dulu la. Baru padan dengan gpa yang teruk masa tu. Untuk subjek News writing, aku lah yang tercorot dalam menyiapkan news. Ya ampun... Zhe Pheng tu lagi rajin dari aku. Ada sahaja news yang dia bawa tiap minggu.  Semalam, aku beli buku Widji Thukul cetakannya Kedai Hitam Putih. Antara penyair/ pemuisi Indonesia, aku paling suka sajak-sajaknya Widji. Aku suka bahasanya Widji. Kali pertama aku discover puisi Widji berkenaan puisi yang dia tujukan untuk anaknya Wani. Dari situ aku sudah kata dalam hati, ini dia p

Haji

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Aku baca beberapa post yang lepas-lepas, di mana penggunaan kata ganti diri pertama yang aku guna telah berevolusi dari ana ke saya ke aku. Bukan bermaksud aku semakin 'kurang sopan' tetapi itulah pembawaan masa, bahan bacaan pun sudah bertukar arah. Kadang-kadang aku pun perasan yang kalau post-post ku 'anginnnya' tak tentu hala. Adakalanya ia faktor pembacaan, kalau masa tu aku baca berunsurkan politik atau human interest, maka secara tidak langsung ia mempengaruhi gaya bahasa yang aku pakai. Kalau buku yang aku baca bernada kecewa, maka aku pun bernada kecewa, kalau marah ia, maka marahlah nadaku. Tadi aku berkesempatan menemuramah seorang sahabat yang baru sahaja balik dari umrah, konon-kononnya untuk bahan news writing, tapi tengoklah kalau sempat dihabiskan cuti seminggu pertengahan semester nanti. Temu ramahku tak habis lagi, jadi kemudian hari akan ku kongsikan di sini.  Cuma mengambil masa sedikit di sini,

Sampah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Suatu pagi, aku keluar bilik dan di sebelah kanan koridor aku terlihat empat guni lut sinar setinggi dua meter yang berisikan botol plastik kosong. Itu semua hasil kutipan makcik cleaner blok kami.  Sesuatu yang kita anggap tidak berguna (sampah) tetapi ia merupakan sumber penyambung kehidupan bagi orang lain. Sesetengah orang, bergantung sepenuhnya dengan mengutip botol-botol kosong sebagai pekerjaan harian. Tapi bagi kita, sampah adalah sampah, no value. Since we are not in their places. Harga per kilo botol plastik mungkin around empat puluh sen (last update tahun 2014, present punya harga aku nda tahu) so we ignore it, seems like no value. But, as I mentioned above, some people depend on this forty cents to continue their lives. We never think of it. Mungkin sebab kondisi kita menyebabkan kita tidak memandang hal ini (padahal ia hanya pinjaman). Please keep in mind, in this world, there is a thing that we thought does not have

umpama bintang

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini, seorang dosen menyentuh perihal bintang yang kita lihat pada hari ini adalah masa lampau. Fakta ini bukan lagi baru, tapi aku baru "hayati" maknanya. Sampai hari ini apabila teringat perkara tersebut, aku berasa sedih. Jarak antara bintang-bintang di atas dengan bumi ada yang memakan ratusan ribu tahun, bermakna cahaya yang mereka pancarkan beratus ribu tahun baru sampai di bumi, dan boleh jadi di actual time kita melihat cahaya mereka di bumi, ia sudah tidak wujud lagi di sana. Memori itu umpama bintang-bintang di atas sana. Ada yang berlaku dua puluh tahun lalu, sepuluh tahun lalu, lima tahun lalu, kelmarin.... Tapi pada satu detik, ia akan berlalu (hapus) juga. Kita tidak mampu untuk mengingat satu persatu memori. Umurnya bertahan tidak diukur berdasarkan waktu, boleh jadi hal yang berlaku semalam sudah kita lupakan hari ini.  Aku pun tak tahu kalau sebelum ini aku memandang bintang-bintangku seindah

Kalbu

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Kali ni aku berkesempatan untuk membaca karyanya Soseki Natsumi yang sempat di habiskannya sebelum dia kembali kepada Tuhan. Karya lengkap terakhirnya, Kokoro atau kalau diertikan dalam bahasa Melayu menjadi Kalbu (lebih kurang begitulah maksudnya). Aku berpendapat bahawa sekiranya aku ditanyakan 'siapakah penulis novel yang kau sukai karyanya?' maka aku mungkin bakal mengucapkan namanya Soseki terlebih dahulu. Aku bakal tidak menceritakan sinopsis cerita. Ralat. Cuma sedikit perkongsian mengenai persoalan-persoalan yang aku lalui ketika membaca karya ini. Tema novel ini adalah sepi. Kesepian seseorang. Terdapat tiga chapter di mana terdiri daripada Aku dan Sensei , Aku dan Orang Tuaku dan yang terakhir Sensei dan wasiatnya. Bab pertama menceritakan pertemuan watak 'aku' (si pencerita) yang merupakan pelajar universiti dengan seorang lelaki berumur yang dipanggilnya, Sensei (walaupun lelaki tersebut bukanlah guru kepad

Peka

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Sudah sebulan semester ini berlalu. Masih lagi terumbang-ambing. Kadang-kadang rasa macam mahu menangis, "it's getting hard". Kerana kita hidup di zaman ini, cabarannya adalah kita tidak dapat lari dari soal dunia. Fikir pasal dunia, tiada berpenghujung, "never getting enough".  Semasa buat pilihan hendak ambik pengkhususan apa, jurnalism sudah tiada dalam plan ku. Walaupun aku enjoy menulis tetapi aku tidak berminat untuk ceburi jurnalism (bukan untuk bidang profesional), aku lebih memilih untuk bidang linguistik (malay) setidaknya aku sudah ada basic di tingkatan enam dahulu. Jadi aku join Organizational comm. Tapi, Allah sebaik-baik perancang. Siapa sangka di akhir semester ini aku terpaksa ambik subjek news writing bagi menggantikan salah satu subjek alternatif ku? Elak macam mana pun, kalau sudah ditempatkan di situ, aku kena lalui juga. Susah macam mana pun (since it's not my specialization, ev

kawan internasional

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Aku ada tiga cerita hendak dikongsikan. Tetapi, memandangkan aku mengambil masa yang lama untuk siapkan walaupun sekadar satu cerita, maka aku simpan dulu dua lagi cerita. "I don't have any Malay friend," he said. "How many years u have been in Malaysia?" the lecturer asked. "Four years."  "I don't have any problem to be friend with other International students but with the local. Maybe, I'm not the friendly type of person" Satu tamparan di muka.  Universiti ini katanya internasional, ditambah kata 'Islam' tapi masih dingin dengan unity dan brotherhood. Mungkin wujud, tapi cuma suam-suam, secara keseluruhannya. Bahasa adalah satu satu faktornya. Apabila kita berada di zon yang selesa,  berbahasa Inggeris pun boleh jadi satu alasan untuk tidak berinteraksi. Sesama lokal, bahasa Melayu menjadi suatu kemudahan berkomunikasi. Even, as a student who come from Bornea

nasib seekor monyet

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera Sejak kebelakangan ini, cuaca semakin panas, minum air masak banyak-banyak, kawan-kawan! Jangan lupa bawa payung dan pakai juga sunblock ! Sebaiknya gunalah perkhidmatan bas yang disediakan (itu termasuk dalam yuran kalian). Tapi, aku sanggup naik 'tangga batu caves Nusaibah' yang sejumlah seratus lebih itu. Konon-kononnya untuk senaman kardiovaskular. Semenjak tahun 2011 ya, kiralah sudah berapa banyak tangga aku naiki. Seminggu, purata kelas ada empat (Isnin-Khamis), sehari dua kali limpas tangga, kadang-kadang empat kali kalau gap panjang... Kiralah...kiralah, mungkin kalau ditingkat-tingkatkan...sampai ke awan atas sana? *winking* Semenjak kes bilik dimasuki monyet pada beberapa semester lalu, aku jadi fobia membuka tingkap bilik. Maka bermulalah episode bilik mengalami waktu malam melulu. Siang atau malam,tidak diketahui melainkan langsir yang hijau biru ini diselak, itu pun ketika berdandan di hadapan cermin. Berdandan,

ilustrado

Assalamu'alaikum w.b.t. dan Salam sejahtera Sudah dua minggu aku berusaha untuk habiskan baca buku tulisan Miguel Syjuco bertajuk Ilustrado. Sampai sekarang belum ketemu titik akhir. Ini merupakan percubaan pertama membaca karya berlatarkan komuniti Filipina, aku fikir selama ni karya Orhan Pamuk lah yang aku payah betul mahu kasi hadam. Ah, sesusah aku mahu faham karya Orhan Pamuk, boleh juga kasi habis. Yang ini? Faktor utama aku beli buku ni adalah kata 'ilustrado' itu sendiri yang suatu ketika dahulu merujuk kepada Filipino educated class semasa zaman penjajahan Sepanyol. Aku fikir ia tentang kisah golongan tersebut, Joze Rizal...etc, apabila Filipina merupakan antara negara Asia yang melalui Zaman intelektual. Itu expectation aku. Mungkin, aku kena cari buku sejarah lepas ni. Entah, sudah berapa lama aku tidak membeli dan membaca karya Malaysia. Bukan tidak berminat cuma tidak berkesempatan. Sama juga halnya dengan filem dan drama Melayu. Aku rasa, suda

Terima kasih, cikgu

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera Semester ini, aku mengikuti kelas intro to usul fiqh yang mana dosennya adalah dosen yang pernah mengajarku dua tahun lepas bagi subjek intro to fiqh , dan asbab utama aku ikuti kelasnya kali ini kerana bagiku cara mengajarnya yang bagus. Tetapi, dapat tidak dapat, aku tidak ingat semuanya pelajaran sebelum ini ditambah lagi sikap pasif ku di dalam kelas menyebabkan aku 'merahsiakan' perkara ini. Alkisahnya, dosen ini rupanya masih ingat kalau aku merupakan salah seorang daripada muridnya dahulu. Asif jiddan ya Ustaz. Pernah seorang ustaz lain pada semester lepas menceritakan kepada kami di dalam kelas mengajarnya bahawa suatu ketika dahulu dia punyai seorang murid non-Muslim. Apabila peperiksaan tamat dan keputusan keluar, murid tersebut datang menemuinya semula. Berkata murid tersebut, "Terima kasih banyak Ustaz atas pengajarannya. Tetapi, saya merasakan bahawa saya tidak layak untuk mendapatkan A dalam mata pela

mengenang bapa dan Ilmi

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera Sudah lama tidak berbicara tentang bapa dan Ilmi.  Apabila melewati November, December...Januari... semakin lama aku mungkin bakal lupa kesekian kalinya telah ditinggalkan insan yang ku cintai. Itulah yang paling ku takuti. Rindu. Tetapi semakin hari, memori akan pudar satu demi satu. Mungkin, ada yang berkata, biarlah, yang utama itu doakan kesejahteraan mereka di Sana. Atau ada yang mencemuh, kalau benar cinta, mana mungkin bisa lupa. Ayuh, aku katakan padamu. Untuk sejujurnya, inilah yang bakal dilalui, menjalani hari-hari depan, dan meninggalkan hari-hari lepas. Rindu, iya rindu tetapi dengan menempuh hari-hari kini yang tidak sunyi dari cabaran dan cobaan, fikiranmu dengan tanpa sengaja melupakan, terlupakan.  Dan jiwamu juga tidak dapat membatasi rasa rindu. Kerna kita bukan pemiliknya waktu. Cuma ada satu jawapan bakal terubatnya rindu, itulah tatkala dunia sudah berakhir. Itupun, kita bakal melalui proses yang pa

semester akhir di tahun akhir

Assalamualaikum w.b.t. Akhirnya sampai ke semester akhir. Ndak sedar. Kali pertama aku datang UIA pada September 2011. Sekarang sudah Februari 2016. Sebenarnya aku pun belum bersedia untuk keuar dari status pelajar degree. Bukan ndak mahu graduate tetapi seakan tanggungjawab tu semakin bertambah. No more istilah 'manja' dari komuniti. Malah, inilah masa untuk berkhidmat pula. Apa yang bisa aku sumbangkan? Menjalani semester akhir ini terasa sunyi kerana rakan-rakan seperjuangan ramai yang sudah tamat pengajian. Apabila masuk dalam kelas dan majoriti junior~ baru terasa diri ini mahasitua. Tapi, ndak jugalah sampai tahap guling-guling ndak kasi abis semester baru-baru ni, kata orang, pelan-pelan ba.  Aku punya alasan sendiri kenapa masih bermuka tebal, betua di kampus demi segulung ijazah. Aku masuk UIA sebagai direct intake status (sebab aku pemegang STPM), maka awal semester aku habiskan di CELPAD atau PRSS. Kami wajib ambik dan lulus EPT (level mengikut kos yang

The girl with seven names

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera Pernah suatu ketika dulu, (semasa otak masih segar dengan idea-idea untuk menulis di sini) aku tertanya-tanya kenapa ada sebilangan orang, penulisannya semakin lama semakin sikit. Now, here I am. hahaha. Hendak kata hidup sibuk dengan urusan lain, nothing new. Same thing over and over. Pergi kelas. Buat assignment. Exam. Cuti. Kita lanjutkan.Buku ni antara yang aku 'rekomen' untuk orang baca. Bagi aku, apa juga kisah hidup yang seseorang lalui tu adalah 'menarik' dan aku tak dapat nak persoalkan 'why' sebab itu cerita dia. Kisah hidupnya. Seperti post sebelum ni, ada beberapa buku yang aku tulis pengalaman ketika membacanya, dan even penggunaan nama pun aku 'sentuh' (haha bukan nak kritik ke apa, tapi aku cuma bagi view as a reader from my own perspective). Berbalik tentang buku ini, persepsi awalku ternyata meleset kerana seperti yang aku sedia maklum, most of the stories, a North Korean as a spy, ata

nota pengakhiran semester

Assalamualaikum w.b.t. Setelah sekian lama tidak mencoret satu dua kisah... Terlalu banyak kisah yang tak terungkap di semester ini. Aku cuma berdiri di tepi memandang satu demi satu kisah. Rumit. Selayaknya. Petang ini, tersentak aku lihat satu foto, di mana ia menimbulkan persoalan yang sampai ke hujung tiada jawapan yang pasti. Penyelesaian yang tidak kunjung tiba. Di mana silapnya, teman? Hari ini, kita enggan memberikan sedikit 'belas' buat mereka dengan alasan mereka ini 'diberi betis, nak peha'. Lantang saja kita bilang, 'mereka sudah ditakdirkan sebagai kaum yang selamanya begitu'. Salahkah mereka dilahirkan dalam kelompok minoriti itu? Dan kamu, si kelompok minoriti, sejauh mana kamu terusan berada di lingkungan yang sama? Padahal, kamu juga bermula sama dengan tempohnya seminoritinya kaum kami suatu ketika dulu. Tapi, kenapa kami tidak bersama kamu di persisir jalan, deretan kedai... apa kamu juga menyalahkan takdir nenek moyang mu yang mewa