Assalamu'alaikum dan selamat malam
Sudah lama ndak menulis di sini. Sedikit sibuk dengan projek tanaman bunga.
Mulanya aku berfikir bahawa aku menanam kerana keluangan masa. Sebetulnya memang begitu cuma lama-lama aku rasa ia merupakan 'naluri'ku. Aku membesar dengan melihat bapa menanam pelbagai jenis sayuran. Ketika dia tiada, aku rasa lain bila tanah yang dulu berisi menjadi kontang.
Meskipun ruang sayur bapa belum boleh dibilang berpenghuni, tapi nampak jugalah dijaga. Tidak terbiar.
Aku bukannya tidak mencuba, tetapi seringkali menemui kata gagal dan belum punya cukup motivasi untuk istiqamah menanam sayur. Aku belum menjiwai dan communication antara aku dan sayuran belum terjalin.
Berbanding dengan menanam bunga, sikit demi sikit aku sudah rasa rentaknya. Walaupun belum bisa dikatakan expert, tapi interaksi antara aku dan tanaman bunga itu sudah terikat. Ada linknya.
Hahaha.
Bunyi macam desperate kan aku menanam. Kerana aku bukan sekadar menanam, aku sedang melalui fasa belajar mengenai kehidupan melalui menanam. Klise.
I mean, everything will become my lesson material. Anything.
Aku nda tau sampai bila aku boleh bertahan untuk menanam, tapi so far, aku bertindak mengikut naluri. Seolah ada dorongan yang membuat aku merajinkan kerja tangan (buat pasu botol, cari kompos, cangkul tanah...) dan aku bukannya selalu rajin tapi kerana ada biji benih yang sedang menunggu untuk ditanam, aku pun buat. Dan bila membesar sikit, aku pernah malas sekali hendak memindahkan anak pokok, tapi bila dari hari ke hari fizikalnya tidak anjak,maka aku pun buat juga.
Azam tahun ini? Menanam 10 jenis bunga yang berlainan. Dan aku cuba untuk tidak mengabaikan tanaman yang tidak mencapai level yang mahukan kerana jangka hayat singkat, cerewet, malas tumbuh, contohnya.
Minggu lepas, rimbun gypsophila jenis garden bride ku mati. Sedih. Aku ada satu pasu lagi jenis yang sama dan aku cuba untuk kasi maintain dan masih dalam eksperimen bab penjagaannya. Ada tiga kemungkinan, terlebih/terkurang air/matahari, terkena baja atau aku lalai untuk buat dead heading (meskipun aku sendiri tidak pasti sama ada tumbuhan ini perlu dead heading atau tidak).
Keduanya, 2 pokok aster ku, satu warna pink, satu lagi warna purple sedang layu. Tapi tadi petang sudah kelihatan segar sedikit. Assumption yang sama, terkurang air.... dan aku tidak buat dead heading. Mudah-mudahan besok ia bagi feedback positif. Allahumma aameeen.
Dalam masa terdekat, aku akan cuba menulis beberapa *post seperti selalunya; menyambung cerita pendek, update senarai yonder muzik dan berkaitan hari2 yang aku lalui.
Sebagai penutup, there is an analogy: ketika pokok bunga berbunga, kita punya dua pilihan sama ada hendak memetik bunganya atau dibiar di pokok. Kalau dipetik, pokok bunga akan nampak janggal sebab pokok bunga tu dipanggil pokok bunga sebab bunganya tapi kalau bunganya tiada? Ia tetap dipanggil dengan nama pokok bunga tapi apa kata mata memandang? Kita pun hendak bunganya dipuji. Well, bunga yang dipotong boleh diletak dipasu bunga (cutting/freah flowers) dan dijadikan perhiasan meja tapi bukankah prioriti bunga potong lebih memihak kepada bunga plastik? Tapi kalau tidak dipetik, jangka hayat bunga akan menjadi singkat.
Konklusinya, untuk terus mengeluarkan bunga, pokok bunga perlu melalui fasa dead heading. Selepas ia hilang separuh hidupnya, ia terima sejumlah cabang baru. Begitulah berterusan, sampai masanya mati, ia akan mati.
Ulasan
Catat Ulasan