Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Playlist #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat malam Oleh sebab senarai sebelum-sebelum ini majoriti artis lelaki/ kumpulan lelaki, maka aku buat senarai yang terdiri daripada artis perempuan pula. Appetizer Lagu-lagunya genre love & heartbroken song. No rap, no English words. Banding dengan liriknya, aku lebih memilih muzik dan emosi yang disampaikan melalui lagu-lagunya. Aku nda tau mana satu mau rekomen sebab bila aku dengar satu lagunya aku decide itu the best eh sekali dengar lagi lagu lainnya, pun best juga. Laila is dilema, kalian. Jadi aku decide dengarlah lagu yang aku dengar time discover Appetizer ni, # You Are the Universe (feat. Morning Coffee) Ji Young Baek Single yang berjudul # Your Mind . Aku jarang dengar lagu-lagunya. Tapi terdetik mau dengar suaranya yang terkini. Neon Bunny Aku bukan peminat electro-pop, tapi oleh sebab dia pernah menjadi session keyboard board untuk kumpulan The Black Skirts, maka aku mahu juga dengar lagu-lagunya. Aku rekomen #Romance in S

Catatan

Sewaktu kecil dulu, tiap subuh bapa selalu temankan ke sumur di belakang rumah untuk mandi. Jarak dari rumah ke sumur sejumlah dua bukit. Bermaksud pergi mandi aku harus menuruni bukit dan sesudah mandi aku harus mendakinya. Aku tidak pernah perasan kalau di waktu itu dada langit dihiasi bintang. Kadang-kadang, ia umpama padang sepak bola. Bintang itu silih berganti marathon cahaya. Berbalas-balas. Sampailah satu hari, ketika kami menjenguk ke atas, baru kami tahu kalau selain dingin subuh dan kokokan ayam menjemput pagi, ada komuniti besar sedang berinteraksi. Waktu itu, aku tidak pernah berkira korbannya bapa. Kerana yang aku tahu, sesudah dari sumur, azan dan takbirnya kedengaran. Tiada lagi tidur sesudah itu. Ketika aku berlari-lari ke sekolah, dia pula mengangkat kaki ke dunia tani, satu-satunya kerjayanya sepanjang hidup. Menjadi petani. Di sepanjang masa yang berlalu pergi, terlalu banyak yang telah berubah. Meski statik apa pun yang diklaim, kita sebenarnya sudah bergerak d

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat petang Jangan mengeluh dulu. Aku sedang menyiapkan cerita pendek yang kelima. Sementara itu, aku tulis pasal senarai mainku di yonder sebab aku memang akan sentiasa mencari muzik sebagai halwa telinga. Seperti biasa aku akan cuba untuk elak update lagunya kPop/idol. DAYBREAK | Single : 왜안돼 ? Sebab ia labelmate dengan The Koxx, The Solutions dan lalasweet, maka aku pun cuba cari dan akhirnya ada pun walaupun cuma satu lagu ini sahaja (ini lagu terkini mereka) available di yonder. Ini bukanlah genreku tapi masih diterima masuk ke dalam pustakaku. Aku sebut lagunya sebagai unik. Sama macam ketika dengar lagu #summer rain oleh lalasweet tu, aku fikir ia biasa-biasa tapi ndak, ada kelainannya. The Monotones | Album : Into the Night Pertamanya, kenapa yonder team kasi gabung page The Monotones dengan kumpulan lain walaupun sama nama? Album Into the Night kalau aku ndak silap merupakan full album pertama mereka dan agak popular juga (dapat Korea Mu

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Menyambung episod senarai lagu di pustaka yonder muzik. Sebenarnya, aku sudah berniat untuk mengakhiri episod ini (dan dalam pencarian membuka tema baru) tetapi tiba-tiba bersemangat semula untuk teruskan kerana yonder team seperti tahu memasang umpan. The Solutions Aku pernah mencari dua album (full album) terawal, #The Solutions & #Movements tapi gagal. Kemudian, aku temui latest album mereka, # Thumbs Up sekali gus single mereka #Love Again . Aku ndak pasti kenapa ada dua page THE SOLUTIONS di yonder: satu untuk album lama mereka dan satu page lagi album terbaru mereka (2017). Anyway , lagu-lagu mereka mostly kedengaran mix muzik beberapa group (termasuklah labelmate , The Koxx)...ia bukan kritik ya more to compliment sebab muziknya memang jenis yang aku suka. Lagu yang aku rekomen? Dengarlah semua lagunya (dua album terawal tu in english ). Btw, lagu #thumbs up dan #lines tu aku keep playing for awhile . Nell | Al

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat malam Semalam aku ndak sempat mau cover banyak artis sebab sudah kepenatan menulis 🙆. Coffee Boy | Because of Summer Night Aku sudah lama mengintai lagunya di Yonder muzik tetapi seringkali bertemu kata hampa. Malah, foto profilnya dipakaikan foto Lee Min Ho. Sejujurnya perkara yang membuat aku bertambah eager mahu dengar lagunya kerana cover albumnya yang agak memancing minatku. Belum pernah lagi aku dapati covernya yang aku ndak suka. Aku sebut ia sebagai "artistic". Suaranya bukan citarasaku, tapi bila sampai di part narration tu (#Because of summer night)... diikuti dengan lagu #What If This Is Not Love dan #You Are Special ... Coffee Boy cuma perlu suaranya dan simple instrumen sudah memadai (meskipun, susunan muzik di #You are special tu definitely not simple as it is). Hongwoon | Still I Am Aku cuba google namanya tapi tiada informasi berkenaan. Mungkin even Korean pun nda tau kewujudan lagu # Still I Am ini, malah gerangan H

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat malam Sudah lama nda update dan hari ni tiba-tiba mahu tulis pasal senarai lagu di pustaka yonder muzikku. Sebetulnya lama sudah aku tidak jengah-jengah sana. Jadi, macam biasa senarai lagu boleh jadi bukan yang terkini ya. Walaupun dalam pustaka ku bukan terdiri daripada lagu Korea sahaja, tapi aku memilih untuk menulis tentang senarai itu sahaja. Sebolehnya aku akan senaraikan lagu yang bukan dari kumpulan idol. The Black Skirts | Album: Team Baby Kali pertama aku dengar lagunya The Black Skirts adalah #Hollywood (sekarang sudah tiada dalam pustakanya Yonder, I wonder why). Itu boleh dikira cinta dengar pertama! Jadi bila tahun ni ada album barunya, aku teruja sebab aku cuma dengar lagu melalui yonder app. Tapi sayangnya, yonder tidak update. Sampai la tadi (ya sebentar tadi baru diperiksa) aku dapat tahu kalau yonder sudah punya. Walaupun belum ada yang menggantikan detik cinta dengar pertamaku, sesungguhnya aku syukur sudah bisa dengar suaranya

Dunia

Dunia adalah tempat persinggahan yang tidak pernah adil. Tempat yang mempertaruh maruah, moral malah agama. Indahnya dunia tidak akan memperdaya insan yang tidak memandangnya. Tapi ibarat melalui jalan sepi, sepi itu sendiri dibunuh bingit bisikan meski halus. Kita sangka kita sudah jauh dari dipengaruh dan terpengaruh. Rupanya kita sedang memakan umpan dunia. Hendak mencari destinasi akhir itu terlalu sulit tatkala kita menoleh ke tepi jalan, ada saja yang menarik. Sebab itu, bila kita tidak terkawal lagi, kita kemalangan.  Betapa susahnya hendak fokus ke hadapan. Apa yang kau kejar di dunia? Bila akhirnya yang kau bawa adalah bekal untuk akhirat. Tapi dunia selalu mengugut dengan kata putus, hitam atau putih, tinggallah aku abu-abu.