Assalamualaikum dan selamat pagi
Aku selalu menganggap, aku tergolong dalam kalangan orang-orang yang sentiasa mengingati Tuhan. Tapi bila ujian begini menduga, baru aku sedar, ingatku sekecil apa. Malu.
Baru tahu indikat di mana paras redha dan pasrah, sejauh apa aku meletakkan diri sebagai HambaNya.
Semua orang diuji. Selalu kita membanding paras ujian kita padahal Tuhan tidak memilih. Itu sudah pasti.
Yang beza, cara mengatasi ujian. Bagaimana kita respon dan jalan mana kita pilih. Sebenarnya terlalu sulit untuk mengukur kesuksesan seseorang dan ujiannya. Kerna bole jadi kita klaim orang itu suda gagal belajar dr susahnya, tapi besok-besok dia ikhlas. Bole jadi hari ini dia sukses, tapi ujian akan selalu ada. Dan kadang-kadang ujian yang sama tetapi belum pasti dia suda expert.
The hardest part of a test is... to convince or persuade yourself. Bahawa apapun yang berlaku, ada solusi. Kadang kita sedia maklum, solusi itu wujud, tapi hati tetap gelisah. Kerana kita inginkan yang nyata... betul-betul settle baru bole lega. Itupun kalau dapat lega.
Point bagi satu-satu ujian bagi aku adalah mengukur tahap kehambaan kita. Which means, menilai diri sejauh mana dapat menerima kesilapan dan memeluknya dengan pengajaran. Kerana, kadang-kadang, selepas ujian, diri masih dibayangi silap. Masi tinggi ego. Kerana seorang hamba akan sedar itu suda menjadi sebahagian diri untuk melakukan salah. Kita fkir kita istimewa.
Ulasan
Catat Ulasan