Langkau ke kandungan utama

Attachment

Assalamualaikum dan selamat pagi

Sudah menghampiri tempoh setahun, duduk menjadi warga Malua. Tempat ini tiada apa-apa yang istimewa, seiring la dengan ekspetasiku yang rendah.

Namun, tempoh setahun ini seakan memberi satu ruang kepadaku yang kusebut sebagai zon selesa.

Apabila keluarga terutamanya mak mengingatkan akan destinasi yang bakal aku pilih selepas ini, baru aku sedar, aku bukan terus-terusan di sini.

Attachment.

Satu hal yang asing mulanya, kemudian bercambah menjadi sebahagian diri. Bilamana sebahagiannya sakit, akan terasa sakit seluruhnya.

Dan bila kesedaran sudah muncul, aku mula tertanya-tanya... bagaimana pula pekerja di sini bisa tinggal berlama-lama di bumi Malua. Balasku sendiri, sama seperti aku menganggap kampung ku adalah tempat tinggalku...

Lantas persoalan lain lagi muncul, kerana aku tahu aku tidak akan berlama-lama di sini, maka semakin jelas la tujuanku berada di sini. Seumpama seorang musafir, perjalanan masih jauh, dan yang dibawa adalah bekal keperluan saja.

Attachment. Adalah sejarah. Adalah memori. Adalah cinta dan kasih sayang. Adalah rindu. Adalah harapan.

Dan fikiranku kini melayang lagi,,, pada hari-hari akhir arwah bapa, sakit yang merupakan peringatan akhir sebelumnya kembali pada PenciptaNya.

Bekalan ke sana. Perjalanan yang belum kenal erti penghujung... mungkin kita sedang melangkahi garisan pemula. Atau mungkin kita sedang berlari di trek yang salah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...