Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

Me being me

Assalamualaikum wbt Beberapa hari ini, aku mudah terusik. Lumrah manusia, inginkan perhatian. Hakikatnya, sentiasa ada yang peduli tetapi kita singkirkan. Mengejar sesuatu yang tidak pasti. Then, suddenly I realized, why or when did I stop doing something that really put me into the state of happinness? Writing, reading, listening to music, arts, literature.. those times were gone when I was trying to catch something were not mean to be mine. When I was being ignore, many times I told myself that, I deserved to be ignored. Tiada milik kita. Hati kita sendiri pun bukan milik kita. Dan teringatlah aku ke pangkuan mak. Mak yang akan memikirkan tentangku selalu. Risau, tawa dan tangisnya kerana aku. Do you still want to get trap on these feelings? Where all the worries will not guarantee worth your time. Mak, maafkan anakmu ini. Masih terbayang alir air mata bapa, untuk tidak meletakkan hati kepada mana-mana lelaki, kerana dia adalah seorang lelaki yang tahu, adakalanya dia sendiri

Purpose

Hidup dan tujuan. Kehidupan selepas hidup dan mati, adalah selamanya hidup. Kita selalu merancang, tanpa sedar perancangan tersasar jauh bila masa terlewati tanpa melangkah. Itulah tujuan. Apa yang hendak dicapai di dunia ini bila akhirnya kita punya destinasi abadi. Apa guna derita bila di akhir nanti ada bahagia selamanya. Apa guna mengejar bahagia bila bahagia di dunia hanyalah sementara. Perlukah kita menderita di dunia kerna di akhirat nanti kita ketemu bahagia? Tuhan tidak kejam, diciptaNya makhluk untuk merasa derita di dunia. Kerana Tuhan memberi dua kali ni'mat bagi mereka yang tahu memberuntung masa. Yang tahu menghargai, berbahagia di dunia dan akhirat. Bukan bermaksud kaya adalah bahagia. Bukan bermaksud berkuasa itu bahagia. Bahagia itu bilamana kita punya sesuatu kita merasa cukup dengannya dan tanpanya kita tetap merasa bahagia. Bila ada bersyukur, bila tiada pun bersyukur. Bukanlah lalang,cuma mengenal bahawa tiada apa yang bisa mengukur nilai syukur kita.. k

Rasa

Rasa itu istimewa Daripada benci ke sayang sayang pula beralih pergi. Pada insan berjuang Menaruh harapan demi rasa Meski selalu ketemu kecewa Langkah pelan-pelan Menyapa tiap sapa Dan bila harus menyahut, mendongak Bila sedih, menunduk Meminta teman pada alam Memang begini hidup seorang kelana jiwa. Bagi yang sama-sama satu destinasi Demi waktu yang terlewati Tapi tidak kurang yang kesal Selalu bertemu dengan yang salah Bukan soal salah atau betul Ia tentang rasa Bila mampu lewati pelbagai rasa Dengan hanya satu kata "Jika dia.." Tapi selalu kita merasa jemu Janganlah berani kata sanggup Bila hati tidak mahu Kerana impian itu bisa bertukar ngeri Dan bisa buat orang serik Tidak kuat bukan beerti kalah Itu tanda kita beradab, Bila tidak sudi tidak apa Kerana hidup terlalu singkat untuk berduka Maaf bila tempatku tidak cocok dimatamu Kerana aku adalah aku yang ku perlu adalah satu terasa ramai Bukan hidup dalam keramaian Bila sunyi aku diseru.

Menjangkau usia 28 tahun

Sedang berborak dengan rakan sekerja, aku meluahkan tentang hasratku untuk berpindah kerja. Kenapa? Supaya lebih dekat dengan keluarga. Seperti selalu, jawapanku dibidas dengan fakta tempohku belajar yang berjauhan dengan keluarga. Secara jujurnya, sepanjang tempoh belajar itulah aku kuat mengatakan pada diri bahawa aku akan pulang ke pangkuan keluarga. Ijazah itu bonus. Bukan pula saja-saja, kerana lima tahun duduk di dalam dewan kuliah benar-benar memberi impak besar tentang persepsi, view, dan cara berfikir. Sekiranya aku tidak melanjutkan pelajaran ke degree, aku belum pasti dapat membentuk identiti yang aku pegang sekarang. Rentetannya aku berada di sini. Perladangan. Kerani. Bukan apa-apa. Cuma selalu terlihat janggal. Tetapi aku sengaja memilih lorong ini. Supaya aku bebas memilih identitiku. Bukan masyarakat yang tentukan jalan yang aku pilih. Biar aku pilih sendiri. Meskipun kadang hati kecilku terjentik, saat ibu orang lain dapat bermegah-megah dengan jawatan anaknya,