Rasa itu istimewa
Daripada benci ke sayang
sayang pula beralih pergi.
Pada insan berjuang
Menaruh harapan demi rasa
Meski selalu ketemu kecewa
Langkah pelan-pelan
Menyapa tiap sapa
Dan bila harus menyahut, mendongak
Bila sedih, menunduk
Meminta teman pada alam
Memang begini hidup seorang kelana jiwa.
Bagi yang sama-sama satu destinasi
Demi waktu yang terlewati
Tapi tidak kurang yang kesal
Selalu bertemu dengan yang salah
Bukan soal salah atau betul
Ia tentang rasa
Bila mampu lewati pelbagai rasa
Dengan hanya satu kata
"Jika dia.."
Tapi selalu kita merasa jemu
Janganlah berani kata sanggup
Bila hati tidak mahu
Kerana impian itu bisa bertukar ngeri
Dan bisa buat orang serik
Tidak kuat bukan beerti kalah
Itu tanda kita beradab,
Bila tidak sudi tidak apa
Kerana hidup terlalu singkat untuk berduka
Maaf bila tempatku tidak cocok dimatamu
Kerana aku adalah aku
yang ku perlu adalah satu terasa ramai
Bukan hidup dalam keramaian
Bila sunyi aku diseru.
Sudahlah
Mari menyapa bahagia
Tiada siapa perlu ditunjuk
Bahagiamu adalah hak mu
Dan aku mengejar bahagia
Meski harganya dilukai kamu.
Terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan