Langkau ke kandungan utama

Purpose

Hidup dan tujuan.

Kehidupan selepas hidup dan mati, adalah selamanya hidup.

Kita selalu merancang, tanpa sedar perancangan tersasar jauh bila masa terlewati tanpa melangkah.

Itulah tujuan.

Apa yang hendak dicapai di dunia ini bila akhirnya kita punya destinasi abadi. Apa guna derita bila di akhir nanti ada bahagia selamanya. Apa guna mengejar bahagia bila bahagia di dunia hanyalah sementara. Perlukah kita menderita di dunia kerna di akhirat nanti kita ketemu bahagia?

Tuhan tidak kejam, diciptaNya makhluk untuk merasa derita di dunia. Kerana Tuhan memberi dua kali ni'mat bagi mereka yang tahu memberuntung masa. Yang tahu menghargai, berbahagia di dunia dan akhirat.

Bukan bermaksud kaya adalah bahagia. Bukan bermaksud berkuasa itu bahagia.

Bahagia itu bilamana kita punya sesuatu kita merasa cukup dengannya dan tanpanya kita tetap merasa bahagia. Bila ada bersyukur, bila tiada pun bersyukur. Bukanlah lalang,cuma mengenal bahawa tiada apa yang bisa mengukur nilai syukur kita.. kerana berasa cukup beruntung... dengan wujud di dunia beerti akan ada akhirat buat kita.

Dengan bermulanya sementara menjadi kekal. Bila derita pasti akan ada bahagia.
Pilihlah jalan yang biasa-biasa saja.

Tidak minta lebih, cukup sampai ke penghujung dengan lafaz syukur.

Tidak lupa identiti. Tidak lupa peranan di dunia.

Kerana kita adalah hamba.

Bila hari akhir di dunia, meminta agar semuanya berakhir dengan ukiran senyuman meskipun kita tidak tahu bila ajal datang menjemput. Sebab itulah.... sentiasa berbuat baik..kerana masa bukan kita yang pilih dan atur.

Sayangi orang sekeliling.... berbuat baik. Atau paling tidak pun menjauh dari perbuatan yang sia-sia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share