Assalamualaikum dan selamat petang.
*sebelum memulakan entri, mohon apologi seandainya penggunaan kata 'aku' kelihatan kurang elok kerana aku dibesarkan dengan pembawaan kata ganti diri pertama begitu. Kerana aku tidak mahu canggung di halaman sendiri.*
2) Menyambut hari lahir dan kek
Menyambut hari ulang tahun kelahiran bukanlah kebiasaanku. Tetapi julung kalinya aku meminta untuk dibelikan. Selepas jemu menyuruh atau mungkin juga agak memaksa Jobert, aku pun memasuki fasa pendam sendiri. Tatkala itulah Jobert memberi kejutan dengan sebuah kek berperisa Red Velvet.
Aku tidak tahu cara untuk mengekspresi emosi dihadapan orang lain. Perasaan menghargai, terlalu asing kerana we tend to think, that's the way thing should works. Itulah perjalanannya. Sebaliknya, ekspresi marah dan kecewa seringkali terpampang kerana merasakan bahawa ia sesuatu yang negatif untuk kita lalui. Apatah lagi apabila ia berpunca daripada orang lain. Menyingkap peristiwa selepas impian tercapai dibelikan kek, aku fikir aku akan merasa bahagia. Walaupun sebenarnya aku memang tidak berharap pun untuk dibelikan, sebab perkara tersebut agak canggung. Pernah Masnah dan Zahrah belikan kek, aku merasakan serba salah kerana mimik wajahku ketika itu, mereka kata seumpama tidak berminat dan tidak ingin diraikan. Itu memang persepsiku. Namun baru-baru ni aku tersedar, antara;
a) jarang meraikan diri sendiri
b) tidak mendambakan untuk dirai
c) menyiakan penghargaan orang lain
Ya, jangan pula kamu fikir negatif tentang aku. Hahaha. Persepsi dan pandangan yang aku dukung hasil daripada pengalaman dan pelajaranku. Sebab itu perlu melibatkan lagi diri dalam masyarakat. To gain and learn something.
Ulasan
Catat Ulasan