Assalamualaikum dan selamat malam
Setiap kali kawasan perumahan menjadi riuh kerana didatangi pekerja atau pekerja sedang lalu-lalang ke pejabat ladang, Kecik sering ,memerhati dari tingkap rumah. Dua kaki hadapannya menginjak di tingkap ketiga dari bawah. Lama. Dia memerhati. Selain itu, rutin keduanya memerhati dari tingkap bilikku. Terutama pada waktu hujan.Saya pastilah merasa sayu. Mungkin ketika dia memerhati dia membayangkan bagaimana berlari-lari di celah rumput yang sedang menari-nari sepoi-sepoi bahasa ketika ditiup angin pagi. Kalau ada peluang dia akan menyelinap keluar dan acap kali itu juga saya akan segera mengurungnya di dalam rumah.
Ada hal yang selalu kita anggap perilaku kita buat dia itu demi kemaslahatannya. Tapi bole jadi perkara itu membuatkan dia terluka. Semoga Kecik membesar dengan memahami apa yang saya mahukan untuk dia.Dan semoga saya sedar akan hal yang sensitif dipihaknya pula.
Sampai di sini dulu entri kali ini. Selamat bercuti.
Menulis merupakan agenda penutup hari, setiap pagi kuniatkan sebegitu. Tetapi selalu dicemburui dengan tugasan, membawa balik kerja adalah perkara yang ingin sekali saya singkirkan dalam senarai harian.
Selepas melewati ulang tahun kelahiran bulan lalu, tidak banyak kelainan.
1) Kucing yang imut
Sekarang saya tinggal sebilik dengan seekor meow yang kecik. Betina, umur tidak dapat dikira... mungkin belum matang 5 bulan. Namanya, Kecik. Kerana bila kami jalan berpapasan, saya perlu melihat kebawah- sebawah-bawahnya khuatir terpijak badannya yang kecil itu.
Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan mengenai si Kecik. Bermula dengan hari dia pertama kali duduk menyelimuti diri di hujung pagar rumah dengan bulunya yang serba kembang dan serabut. Kata Chong, seperti ulat bulu. Ia bukanlah muqaddimah yang seindah begitu, ketika dia saya temukan hanya hasrat di hati untuk menjaga makan dan minum. Usai diberi keperluan saya pun menyimpannya di luar rumah. Ditakdirkan, suatu hari anjing-anjing tidak bertuan telah menyerangnya yang akhirnya mengakibatkan kedua belah kaki belakangnya perlu diheretnya. Kak Fitri yang merupakan jiran kami telah menyapu minyak batu di kawasan gigitan tadi. Saya pada ketika itu baru kehilangan bertimpa-timpa. Sehinggakan timbul rasa trauma untuk mencari teman bulus lagi. Dua hari berlalu dan dia masih menyelimuti dirinya di beranda rumah Medical Assistant kami.
Ada meow di hadapan pintu. Saya pastilah merasa terkejut kerana setahu saya kucing tersebut tidak mampu untuk bergerak kemana-mana kesan dari luka yang besar itu. Dia muncul di muka pintu dengan suara dan badan yang imut. Saya pelawa dia masuk. Sekali lagi dia menyelimuti diri di pinggir katil. Sehari berlalu. Tiada dia jamah apa-apa hatta air setitik. Hari kedua dia masih diam di tempatnya. Hari ketiga dia dengan meow kecilnya, menjamah sedikit mengalas perut. Genap seminggu dia ekori saya dengan jalan yang jengket-jengket. Saya ajari dia makan di tepi pintu belakang, bahagian dapur rumah. Ketika saya pergi kerja, saya kurung dia di kandang kucing yang sedia ada. Dia membuang air nombor satu dan dua di situ. Maka, bermulalah episod saya membasuh kandang kucing tiap kali pulang dari kerja. Seminggu berlalu.
Saya mulai membebaskan dia bermain di dalam bilik tanpa perlu dikandang ketika bepergian ke pejabat. Si Kecik sudah pandai masuk ke kandang untuk membuang. Mengambil masa juga mengajarnya untuk membuang di tandas. Sampai pernah saya katakan pada diri sendiri, bersedialah untuk membasuh kandang kucing pada tiap kali pulang dari tempat kerja. Suatu hari, dia pandai sendiri dan saya sedari perkara tersebut dari hari pertama dia datangi sendiri tandas untuk membuang. Setiap hari, ketika bangkit dari tidur, saya akan bergegas ke tandas untuk melihat sama ada dia sudah membuang atau belum, begitu juga ketika pulang kerja. Si Kecik sudah pandai berdikari menjaga dirinya di dalam rumah. Saya bebaskan dia untuk bermain di kawasan dalam rumah kecuali bilik Chong. Apabila saya pulang ke kampung bercuti, dia saya pinta untuk dibebaskan di dalam rumah, dan diberi makan makanan kering kucing dan air dengan pertolongan silih berganti kawan terutamanya Chong. Kadang kami berdua yakni Chong dan saya sedang bercuti, maka Don atau Jobert yang akan tolong beri makan. Hiduplah Kecik dengan dunia kecilnya di rumah ini.
Pastilah saya merasa bangga, punya teman kucing sebijak Kecik. Tapi selalu saya luahkan ke mak bahawa saya khuatir dia bertindak 'mudah tunduk' kerana takut akan dibuang lagi oleh tuannya. Harapan saya cuma satu untuk Kecik, semoga dia dapat hidup seperti seekor kucing. Sebulan kemudian harapan menjadi kenyataan apabila si Kecik sudah mulai aktif dan bermasalah dihadapan saya. Panjat kaki, gigit tangan, usik-usik baju, tudung, dia seperti anak kucing yang lain. Penuh curiousity. Walaubagaimana pun, saya selalu merasa apologi kepadanya, kerana kebebasan tidak dia punya. Anjing-anjing tidak bertuan masih berkeliaran di kawasan perumahan kami. Terlalu sedikit masa saya biarkan dia bebas di luar rumah. Pernah saya cuba untuk memberi dia ruang explore dunia luar, sayangnya dia merupaka seekor yang hyperaktif. Sebelum kakinya laju memanjat batang-batang pokok sena di tepi jalan perumahan itu, pantas saya tangkap badannya dan mengurung di dalam rumah.
Setiap kali kawasan perumahan menjadi riuh kerana didatangi pekerja atau pekerja sedang lalu-lalang ke pejabat ladang, Kecik sering ,memerhati dari tingkap rumah. Dua kaki hadapannya menginjak di tingkap ketiga dari bawah. Lama. Dia memerhati. Selain itu, rutin keduanya memerhati dari tingkap bilikku. Terutama pada waktu hujan.Saya pastilah merasa sayu. Mungkin ketika dia memerhati dia membayangkan bagaimana berlari-lari di celah rumput yang sedang menari-nari sepoi-sepoi bahasa ketika ditiup angin pagi. Kalau ada peluang dia akan menyelinap keluar dan acap kali itu juga saya akan segera mengurungnya di dalam rumah.
Ada hal yang selalu kita anggap perilaku kita buat dia itu demi kemaslahatannya. Tapi bole jadi perkara itu membuatkan dia terluka. Semoga Kecik membesar dengan memahami apa yang saya mahukan untuk dia.Dan semoga saya sedar akan hal yang sensitif dipihaknya pula.
Sampai di sini dulu entri kali ini. Selamat bercuti.
Ulasan
Catat Ulasan