Assalamualaikum dan selamat malam. Pada tahun 2019, saya dan beberapa orang rakan sekerja hendak menuju ke Kampung Kuamut. Kedudukan tempat kerja kami terletak di sempadan Hutan Simpan Malua. Sekiranya kami merentasi Hutan Malua dan Sungai Melubok, maka sampai lah kami ke Kuamut. Namun, pada ketika itu, air sungai banjir menyebabkan kami terhalang untuk sampai ke destinasi yang dituju. Kemarin, sekali lagi saya dan kumpulan rakan sekerja yang berbeza pula kali ini mencuba nasib untuk merentas ke Kuamut tapi tetap juga tidak berjaya. Airnya sudah cetek tetapi masih belum bisa dilalui oleh kenderaan untuk menyeberang. Pada kesempatan itu, kami pun mengambil keputusan untuk beriadah sebentar. Subhanallah sungguh indah ciptaan Allah. Untuk lebih lanjut, saya ada merekod video dan gambar sebagai kenang-kenangan kami dan saya abadikan di laman YouTube saya. Tolong klik di sini untuk menonton - https://youtu.be/rMIGo3uVqVY Saya tidak memaparkan foto-foto di sini kerana pada saya
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."