Langkau ke kandungan utama

Sungai Melubok, Kinabatangan

Assalamualaikum dan selamat malam.

Pada tahun 2019, saya dan beberapa orang rakan sekerja hendak menuju ke Kampung Kuamut. Kedudukan tempat kerja kami terletak di sempadan Hutan Simpan Malua. 

Sekiranya kami merentasi Hutan Malua dan Sungai Melubok, maka sampai lah kami ke Kuamut. Namun, pada ketika itu, air sungai banjir menyebabkan kami terhalang untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Kemarin, sekali lagi saya dan kumpulan rakan sekerja yang berbeza pula kali ini mencuba nasib untuk merentas ke Kuamut tapi tetap juga tidak berjaya. Airnya sudah cetek tetapi masih belum bisa dilalui oleh kenderaan untuk menyeberang.

Pada kesempatan itu, kami pun mengambil keputusan untuk beriadah sebentar. Subhanallah sungguh indah ciptaan Allah.

Untuk lebih lanjut, saya ada merekod video dan gambar sebagai kenang-kenangan kami dan saya abadikan di laman YouTube saya. Tolong klik di sini untuk menonton - https://youtu.be/rMIGo3uVqVY

Saya tidak memaparkan foto-foto di sini kerana pada saya blog adalah wadah dalam bentuk penulisan. Cukuplah satu gambar ini mewakili.

Sebagai rujukan pengalaman peribadi, saya pernah bercuti dan beraktiviti di sungai beberapa kali. Tetapi Sungai Melubok menduduki tempat pertama di hati saya sekarang. Mungkin faktor alam yang terpelihara menyebabkan ia tampak dan secara lahiriahnya sempurna. Sungai ini belum dijentik oleh tangan-tangan manusia. Tiada komersil hanyalah penghubung dan persinggahan sebentar orang yang lalu.

Keluasannya, batu-batu sungai, kesegaran airnya, udaranya.. Semuanya benar-benar alami. Amat berharap agar keindahannya ini dikekalkan.

Sungai Melubok merupakan salah satu sungai kecil yang alirannya menuju ke Sungai Kinabatangan, jika hendak dibandingkan dengan sungai-sungai lain yang berhubung dengan Sungai Kinabatangan, Sungai Melubok adalah yang terbaik. Di tempat kerja saya ada satu lagi sungai yang berhubung dengan Sungai Kinabatangan, Sungai Malua. 

Tetapi Sungai Malua tidak luas, dan agak dalam tidak sesuai dijadikan tempat untuk berekreasi kerana ada buaya berkeliaran.

Sebagai penutup kepada artikel kali ini, seberapa jauh pun keinginan kita untuk lebih maju ke hadapan, ternyata masa depan yang terbaik adalah kembali kepada alam. Ketika hidup mahupun mati, alam sentiasa menunggu kita. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share