Langkau ke kandungan utama

Bukan Pasar Malam

Assalamualaikum dan selamat malam.

Bukan Pasar Malam merupakan cerita paling dekat untuk diteladani meskipun latar masanya berlaku sekitar pascakemerdekaan Indonesia.

Berwatak utama, "aku" yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menjenguk ayahnya yang sedang sakit tenat. Melalui novel ini, pembaca sedikit demi sedikit dikisahkan tentang keperibadian ayahnya dan jalur hidupnya melewati beberapa fasa seperti pendudukan Belanda, zaman gerilya dan pascakemerdekaan,iaitu, ayahnya sebagai seorang pejuang revolusi.

Masih banyak karya Pramoedya yang belum kubaca, tapi kurasa pendekatan buku ini dari mula menghampiri titik penamat, ia bersifat peribadi. Ada unsur-unsur religi meski tidak terlampau mendalam tetapi cukup untuk memberi ingatan tentang kematian.

Temanya agak melankolik atau lebih tepatnya suram kerana ia berkisar tentang ayah yang sakit di ambang kematian. Ini ditambah lagi dengan kondisi kedaifan keluarga watak peran utama, desanya dan sepanjang jalur perjalanannya pulang ke kampung. Itu terasa amat suram. Bagiku, walau terbawa sedikit depresi, tapi itulah kemampuan Pramoedya untuk menarik pembaca masuk ke dunia penulisannya.

Tetapi, seperti karya Pramoedya di buku lainnya, dia tidak pernah sepi dengan kata revolusi, politik dan nasionalis. Dalam buku ini, meski nampak peribadi tapi ada sindiran-sindiran halus diukirnya. Ini semakin tampak jelas ketika watak ayah telah meninggal dunia di mana datang seorang tamu baru yang mengatakan kepada "aku" bahawa ayahnya gugur di medan politik.

Sebagaimana sepanjang buku sering diungkap ayah pernah berkhidmat sebagai seorang guru, pengawas sekolah dan selepas kemerdekaan diberikan jawatan besar tetapi ditolaknya, peranan-peranan ini sudah dimaklumi oleh "aku". Ungkapan tamu baru tadi bahawa ayah pergi kerana kekecewaan, kenyataan itu mengejutkan "aku" kerana sesungguhnya tiada siapa yang dapat menduga perasaan yang terpendam di lubuk hati ayah. 

Pada aku, babak ini adalah turning point sekaligus titik persoalan utama meski sedikit pengembangan ayatnya. Maksud lainnya, Inti utama buku ini. 

Di sini, aku temukan persamaan titik persoalan yang menjadi topik utama penulisan di antara Pramoedya dan Soseki Natsume dalam penulisan mereka. Pada era kedua-duanya, perubahan zaman telah banyak mempengaruhi penulisan mereka dan ini ternyata agak manusiawi bagiku. 

Rasa kekecewaan selepas revolusi terhadap masyaraktnya. Baik dari kesepian kerana individualis, kerana sendiri memperjuang bangsa. Ya, kalau dfikir-fikir, orang beranggapan perjuangan itu cuma terkait penjajahan dan perang walhal pascakemerdekaan masih banyak yang perlu diperjuangan untuk bangsa. 

Rasa kecewa yang dipendam yang mematikan. 

Buku ini masih relevan pada zaman ini, lebih-lebih lagi sindiran halus terhadap "orang-orang besar" yang hanya asyik dan sibuk mengurus dan memperkaya diri sendiri. CUMA, masih WUJUDKAH SEORANG YANG BERPERAN SEPERTI WATAKNYA AYAH? Seorang pejuang revolusi, seperti apa agaknya revolusi orang sekarang.. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share