بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t.. Mengupas persoalan seorang ukhti di blog saya..."bagaimana ukhti balance kan antara islami dan korea?" : pertama sekali saya memohon maaf kerana terlewat menjawab persoalan tersebut.Sebetulnya saya terlepas pandang emel tersebut sehinggalah saya menyedari sejak akhir-akhir ini blog saya sering dikunjungi kerana lirik lagu Dengan kuasaMu. syukran jazilan pada yang sudi menjengah. *senyum* Saya tak punya jawapan khusus untuk persoalan ini kerana saya sendiri sebenarnya tidak menyedari selama ini saya islami + korea. *senyum lagi* Apa yang dapat saya selami, jauh di sudut hati, terdetik rasa gusar dan bimbang seandainya minat terhadap korea (drama & kpop) tak dapat diatasi. Seriously, saya hampir-hampir fanatik tetapi tidak fanatik. Tanpa perlu berselindung, hari-hari saya ditemani lagu-lagu kpop. Tetapi...berdasarkan pengalaman diri, lagu-lagu islami lebih menenangkan berbanding kpop. Apabila mendengar nasyid, hati leb...
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."