Langkau ke kandungan utama

Pilihan...

Assalamualaikum w.b.t.
Sudah sekian lama tidak berbicara lewat laman blog.. ada rasa rindu mengetuk pintu hati. *senyum*
Pilihan...sama ada dalam keadaan rela & tak rela, dalam keadaan sedar & tak sedar, kita sering berhadapan dengan pilihan. Terkadang akal yang 'cetek' bertanya, kenapa harus ada pilihan? Terlupa sebentar, tiada yang 'free' kat dunia. Kalau semuanya 'free' bukan kehidupan namanya. Pilihan merupakan bayaran untuk mencapai kejayaan atau sesuatu. Dalam kata yang ringkas, Pilihan itu adalah pengorbanan.

Terus-terang, aku selalu membuat pilihan tanpa memikirkan matlamat sebenarku. Tetapi aku yakin, pilihan yang kubuat adalah  yang terbaik. Senang cerita, aku hanya menyusul sesuatu bertepatan dengan syariat agama. Bukan bermakna aku ini orang-orang yang 'beragama tinggi' ( itulah harapan insyaALLAH) tetapi alhamdulillah, mata dan hatiku dibuka untuk menyelusuri titian agama.

Tipu kalau aku tak pernah menyesal dengan apa yang ku pilih. Tetapi, jawapan yang ketemui (hikmah) telah menyedarkan aku bahawa pilihan yang ku pilih itu adalah jalan terbaik.

Mungkin, aku telah banyak kehilangan 'something'... tetapi aku takkan menyesal untuk membuang 'something' itu asalkan aku tak kehilangan 'everything' iaitu agamaku,Islam.

Everything itu datangnya dari DIA, maka untuk apa mengejar something yang hanya melalaikan? Aku pernah terbaca suatu artikel di dalam buku motivasi, katanya, seandainya anda terpaksa membuat pilihan untuk membuang yang sangat berharga buat diri anda, jangan pernah merasa menyesal sebaliknya tanamkanlah dalam hati bahawa itu hanya pinjaman dariNya bukan hak abadi dirimu. Kembalilah pada DIA, Maha Pencipta...pasti yang terbaik menjadi milikMu.

Aku bersyukur dengan jalan hidup yang ku pilih kini. Aku bersyukur kerana aku berada di sini. Bukan di sana. Walaupun kadangkala aku merasa susah, & gelisah... tanpa mereka-mereka yang dulunya membantu, tetapi 'kesusahan' inilah yang mengajar aku untuk memahami makna sebenar 'kemanisan' dalam ujian. Aku lebih menghargai apa makna sebenar kehidupan...mungkin masa 'keanak-anakan' sudah berakhir buatku..telah tiba masa 'kematangan'.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share