بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t..
Mengupas persoalan seorang ukhti di blog saya..."bagaimana ukhti balancekan antara islami dan korea?" : pertama sekali saya memohon maaf kerana terlewat menjawab persoalan tersebut.Sebetulnya saya terlepas pandang emel tersebut sehinggalah saya menyedari sejak akhir-akhir ini blog saya sering dikunjungi kerana lirik lagu Dengan kuasaMu. syukran jazilan pada yang sudi menjengah. *senyum*
Saya tak punya jawapan khusus untuk persoalan ini kerana saya sendiri sebenarnya tidak menyedari selama ini saya islami + korea. *senyum lagi*
Apa yang dapat saya selami, jauh di sudut hati, terdetik rasa gusar dan bimbang seandainya minat terhadap korea (drama & kpop) tak dapat diatasi. Seriously, saya hampir-hampir fanatik tetapi tidak fanatik. Tanpa perlu berselindung, hari-hari saya ditemani lagu-lagu kpop.
Tetapi...berdasarkan pengalaman diri, lagu-lagu islami lebih menenangkan berbanding kpop. Apabila mendengar nasyid, hati lebih tersentuh. Itulah 'aura' yang ada pada lagu nasyid.
Berbicara mengenai drama korea pula, terus-terang saya tak punya sebab yang khusus. Meminati pelakon dan penyanyi korea tu...juga tak punya sebab khusus. Mungkin sebab sedap mata memandang kot. hehehe. Mengagumi ciptaan ALLAH yang 'indah'. hehehe.
Apa yang saya nak sampaikan kat sini...semakin saya melihat drama korea, semakin saya bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam. Semakin saya melihat kesempurnaan fizikal mereka, semakin saya mensyukuri dengan apa yang seadanya saya miliki. Betapa ALLAH Maha Adil.
...semakin saya terpaut pada kopiah. Semakin saya jatuh hati pada jubah dan hijab. Semakin saya yakin pada cinta selepas nikah.
Selepas saya menerima persoalan di atas...kini,saya sedar bahawa atas tujuan apa saya 'meminati' korea. Meminati tanpa tujuan,pastinya amat mengerikan kerana iman yang senipis kulit bawang ini bila-bila masa sahaja akan goyah. Lantas, saya punya impian dan matlamat baru..mungkin ini satu jalan untuk saya terus berkarya. Memahami budaya dan bahasa korea. Mana tau,suatu hari nanti rezeki saya untuk berkarya di sana. InsyaALLAH. Menyebarkan syiar Islam ke sana. Amiin.*wink*
Saya pun tak tahu sama ada persoalan di atas terjawab atau tidak..tetapi itulah yang ingin saya nyatakan.
p/s: sya tk minat artis&pelakon perempuan . hehehe

Ulasan
Catat Ulasan