Langkau ke kandungan utama

Catatan

Another notes

Assalamu'alaikum dan selamat malam. Kali ini aku cuma mau berkongsi hal yang ringkas-ringkas. Bahasanya pun biasa. Haha. Sebenarnya sudah lama aku tidak menyentuh perihal lagu, movie atau artis di blog ini. Pernah seorang rakan berkata bahawa dia tidak minat hal-hal begitu maka aku pun tawar hati untuk menulis tentangnya walaupun adakalanya benda ni menarik perhatianku. Yang paling ku ingat, blog ini dulunya sering dikunjungi kerana postku mengenai Mason Moon, manakala kalau bab lagu, Dengan kuasaMu nyanyian Nur One. Kalau pasal movie, bukan mendapat kunjungan paling banyak, tetapi post yang paling aku suka dan puas hati pernah aku tulis tentang Grave of the fireflies. Selepas tu, seteruja apa pun aku apabila penyanyi yang aku suka meriliskan album baru, aku tahan diri dari menulis. Padahal, kawan aku tu bukannya selalu berkunjung di sini. Sekali itu sajalah aku minta dia buat. Tapi itulah yang membuat aku berfikir banyak kali hendak tulis apa di blog ni. Haha. Itupun atas nasi...

Catatan kelmarin

Assalamualaikum dan selamat pagi Kelmarin, aku ada test jpj. Alhamdulillah, dalam blur blur pun aku lepas juga. Aku bakal merindui tempat belajar memandu. Matlamat utamaku pastilah untuk mendapatkan lesen. Aku kira lepas aku dapat lesen, aku bahagia. Aku cuma bersyukur. Melewati hari-hari belajar, aku menyedari satu hal yang pasti. Proses pembelajaran masih berjalan dan aku hampir-hampir membuang merata impian dan angan kosong. Cerita pelepas waktu. Selepas tamat belajar, akademi belajar memandu inilah tempat pertamaku belajar dan terexposed kepada masyarakat. Mulanya aku anggap another thing , kemudian mencambah obstacle dan akhirnya menjadi wadah. Impian besarku supaya dapat menabur bakti kepada masyarakat tetapi baru satu kelompok ini aku sudah tidak betah. Do you know how much I hate this school everytime I stand on it's ground? Sangat. I wish I could finish early. Tetapi sampai di akhir-akhir fasa, aku jadi 'sayang' untuk keluar kerana betapa banyak perkara yang...

Tidak punya

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Bangkit dari tidur, apa saja yang kau ingin capai hari ini? Atau dalam sehari, berapa banyak kali kau menambah nombor di wishlist mu? Pernahkah kau terfikir untuk mengurangi apa yang telah kau miliki? Paling tidak pun, kau hanya memangkah huruf-huruf wishlist mu setelah kau cuba dengan sedaya upaya yang kau mampu. Never give up. Itulah yang kita diajarkan sedari kecil, jangan mengalah in Pursuit of your happiness . Padahal kita sendiri sulit memutuskan apa erti bahagia dalam hidup kita sehinggakan apa yang dikejari sudah tidak jelas dan kita menjadi diri yang kita sendiri tidak kenal. Seperti kisah dalam cerpen Tolstoy , 'How much Land does a Man Need' , seorang petani kaya yang tidak puas dengan tanah pertanian yang dimilikinya. Suatu hari, dia ditawarkan seluas apa pun tanah yang dia mahu  dengan syarat dia harus berjalan mulai mentari terbit dan harus kembali sebelum matahari terbenam. Setiap tanah yang dia jalani menjadi miliknya...

Sorotan pembacaan: Indonesia Timur Tempo Doeloe 1544-1992

Assalamu'alaikum dan selamat tengah hari Hari ini saja aku mengepost dua entry perihal buku ini. Setelah agak lama menangguhnya, aku berfikir ada baiknya kuhabisi sekaligus. Lagipun, agak kurang baik buku dikeluarkan terlalu lama dari raknya. Sudah tiba masanya aku simpan buku ini dan memulai tajuk baru. Setelah ku belek-belek halaman buku, ternyata tinggal satu topik yang ingin kukongsikan. Haha. Agak sulit sebenarnya kerna habitku melipat buku. Selalunya seorang bibliophile mengklaim bahawa orang yang melipat helaian buku sebagai seorang monster. Ya, akulah monster itu. Mungkin aku sudah biasa memberi respon maka aku lanjutkan di helaian buku juga. Bagi aku, melipat buku  tanda mesej sampai. Faktor lain, kerna aku ingin mengingat kata-kata buku itu. Ibarat seorang teman, kita ketawa, menangis dan bergosip bersama. Ini lambang komunikasiku dengan buku. Kerna aku tidak lazim tanpa melipat helaian melainkan dia hak orangnya, maka aku tidak faham kenapa tidak boleh melipat helaian ...

Sorotan pembacaan: Indonesia Timur Tempo Doeloe 1544-1992

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Menyambung topik yang agak lama ditangguh penulisannya. Kali ini aku ingin berkongsikan artikel tulisan D.H. Kolff yang bertajuk Kepulauan Aru 1825: Pusat Perdagangan di Laut Arafura. Draf pertamaku, perenggannya dimulai dengan pengenalan geografi tetapi kali ini aku langsung saja ke pokok persoalan yang ingin aku utarakan. Asal kalian tahu kalau Kepulauan Aru itu terletak di Indonesia Timur sudah memadai. (Perhatian: entry ini sifatnya non-academic hanya sekadar perkongsian berdasarkan pembacaanku dan adakalanya main point yang ingin aku sampaikan tidak berkaitan dengan topik) Konsumi minuman beralkohol atau memabukkan merupakan isi pertama yang ingin aku olah. Tetapi istilah yang aku ingin gunakan di sini adalah minuman memabukkan kerana beralkohol terlalu asing digunakan dalam masyarakatku. Di dalam artikelnya Kolff, dia menyentuh perihal penduduk lokal yang gemarkan meminum minuman beralkohol yang menjadi komoditi menguntungkan bagi pedaga...

Kehilangan Seppang

Assalamu'alaikum dan selamat malam. Beberapa hari yang lepas, salah seekor kucing kami mati. Namanya Seppang. Dia itu membesar di depan mataku, dari dia lahir sampai mati,aku ada menyaksikan. Seppang kucing yang baik, pintar, friendly dan bersifat positif. Dari dia kecil sudah jelas kepintarannya dan peribadi yang cepat menarik perhatian orang. Bahkan bulunya saja sudah memberi impresi bagus. Menginjak usia remaja, dia lanjut dengan penuh tertib. Kiranya dia merupakan kebanggaan dalam keluarga kami. Aku kira dia memang antara yang popular dalam kalangan ahli. Setelah kakak-kakaknya melahirkan dialah sosok yang rajin mendukung anak-anak kecil itu. Pernah suatu ketika, saat keluarga kami mula-mula menerima ahli yang ramai, kami belum matang lagi dalam hal penjagaan. Maka, kami bawa sejumlah 9 ekor anak kucing ke rumah lama (jaraknya dari rumah kami kini tidak sampai 1 minit kalau kau berlari kencang) dengan harapan mereka dapat didisiplinkan di situ. Waktu itulah, Seppang menjadi...

Ujian

Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu lepas aku ada QTI. Lulusnya cuma di laluan, dalam litar kena ulang. Maka, di sini aku mengulang hari ini. Alhamdulillah, lulus juga akhirnya. Balik saja dari pra ujian hari tu, kerja ku meng'google' saja. Mencari-cari cerita insan yang serupa macam aku. Kiranya mengubat hati yang kecewa. Hahaha. Sekarang ni aku pun ndak pasti mau tulis ka ndak pengalaman tu. Ndak payahlah ya, ni pun lulus ni hari sebab bernasib baik ditambah pula pemeriksa yang tidak banyak songeh. Apa yang aku boleh cakap, ada banyak sebab yang boleh menyebabkan kita fail, mungkin faktor external atau mungkin datangnya dari diri kita sendiri, internal. Don't lose hope. Semuanya reflek sama diri kita sendiri juga. Macam mana penerimaan kita, apa respon kita, dan tindakan selanjutnya yang kita ambil. Kadang-kadang kita sudah siap sedia, tapi ada saja rintangan atau mungkin juga kita rasa belum cukup sedia, tetapi keputusan yang kita dapat boleh jadi di luar expectat...