Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

antara memori terindah sem1...

Assalamualaikum w.b.t. Seriously...aku da pernah sediakan post mengenai perjalanan ku sehari ke Putrajaya jumaat lalu. Tetapi, da hampir setengah jam aku taip teks, cerita masih kat muqaddimah... how can? Terus-terang,kalau nak dikisahkan,takkan cukup sehari untuk aku taip kronologi sehari itu. Atas pendapat seorang teman,, dia berkata:"memori terindah itu, tak perlu dicerita satu2...orang lain boleh membaca kegembiraanmu hari ini hanya dengan melihat riak wajah yang  tergambar di wajahmu itu." Maka tercetuslah idea ini...sebelum tu nak minta halal kat both of my friend, Rafi'ah and Masnah (bkn nama sebenar..) hehehe..      thats all... can u see..how much i love u guys..? akhirulkalam, syukran atas jalinan persahabatan ini. sahabat selamanya...insyaALLAH.

pertemuan & perpisahan

Assalamualaikum w.b.t. PERTEMUAN ... terkadang aku mulakan tiap pertemuan itu dengan ukiran senyuman. Pengalaman mengajarku untuk mencuba 'mengikhlaskan' hati,menerima seadanya tiap insan yang pernah kutemui. Ingat lagi pesan seorang guruku, "setiap pertemuan kita dengan seseorang pasti ada hikmahnya. Mereka adalah insan yang DIA hadirkan untuk melengkapkan hidup kita.Agar hidup ini lebih bermakna." Katanya lagi, "tiap pertemuan dengan seseorang adalah sejarah di mana hanya kita dan dia(orang tersebut) sahaja yang mengalami sejarah itu." Begitu lumrah hidup. Pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Permulaan pasti ada penamatnya. Aku... setelah berusaha untuk memperbaiki 'sifat' pada tiap pertemuan, cuba menghargai tiap insan yang hadir dalam hidupku, kini berhadapan dengan pengakhiran. Bagaimana hendak aku lepaskan seandainya dalam diri sudah ku tetapkan mereka adalah keluarga. Bagaimana hendak kulupa tiap senyum yang menyapa, suara yang ti

siapa?

Assalamualaikum w.b.t. Sudah lama tidak berbicara lewat laman blog ini. Bukan tiada cerita,ada . Tapi adakalanya, aku berfikir sekali,dua kali, tiga kali...haruskahku kisahkan? Risau di hati melanda andai laman ini menjadi tempat pertama pengaduan sedangkan DIA kan ada? Sejak akhir-akhir ini,sering menerima panggilan yang tidak diketahui daripada orang yang tidak dikenali. Dari seberang! Lantas ku khabarkan terlebih dahulu kepada bonda. Ternyata itu bukan nombor handphone yang dikenali.Siapa? Bonda menasihatiku supaya tidak mengendahkan panggilan itu. Terus-terang,aku bukan insan yang boleh bergayut di handphone berjam-jam lamanya.Seminit juga payah..huhuhu Hendak jawab panggilan? Aku paling tidak suka...bukan secara azali tetapi ada sebabnya..satu peristiwa yang menyebabkan aku da set kat mind aku. Kecuali untuk ayahbonda dan beberapa rakan terpilih.(mungkin fatma,as,man,suhi,epy,naini...) Berbalik pada cerita asal, bonda kata, dia pun selalu dapat panggilan yang tak dikenali.

Berhenti !

Assalamualaikum w.b.t. Sedikit perkongsian hari ini,BERHENTI! Tolonglah,berhenti menyalahkan orang lain. Siapa kita untuk mempersoalkan kebolehan orang lain? Kalau ia pun kita boleh buat semua benda tapi layakkah kita untuk memperkecilkan orang lain? Kuat sangatkah kita? siapa kita berbandingNya? Sedarilah teman, kami..aku..dia..dan kamu.. hanyalah makhluk yang kerdil. Kita hanya meminjam nikmat yang diberiNya,bukan bermakna boleh bermuka-muka.Mungkin hari ini dia tak mampu mungkin hari esok hari anda? Kita..aku ..kamu.. dan dia, seumpama keluarga. Seandainya dia,sebagai ketua terlupa,maka ingatkan. Jika aku tak mampu maka bimbinglah. Sesungguhnya aku merasakan kenikmatan ikatan kekeluargaan itu bukan pada kekuatan,kekuasaan,kebolehan atau keupayaan..aku datang dari keluarga yang kecil. Ayah,mak dan aku. Itu saja. Tapi kemanisan itu tidak pernah kering kerana kami bertiga saling memberi. Memberi kerjasama dalam kekeluargaan. Suka bukan untuk seorang duka bukan untuk sendiri. Kemba

True love ...

Assalamualaikum w.b.t.. This weekend....alone again and again...:'( My roomates have joined the Persada's activities again and again...(lol seems like 2pm's song) but,never mind,hopely they in good condition.amiin.. Today,wanna share a 'love story' to u all,my brothers and sisters...^_^ It was a busy morning, about 8:30, when an elderly gentleman in his 80′s arrived to have stitches removed from his thumb. He said he was in a hurry as he had an appointment at 9:00 am. I took his vital signs and had him take a seat, knowing it would be over an hour before someone would to able to see him. I saw him looking at his watch and decided, since I was not busy with another patient, I would evaluate his wound. On examining,I saw that it was well healed, so I talked to one of the doctors, got the needed supplies to remove his stitches and redress his wound. While taking care of his wound, I asked him if he had another doctor’s appointment this morning,

Hati Menangis...

Assalamualaikum w.b.t. Sudah hampir seminggu saya mencuba untuk menahan diri dan hati daripada menangis. Itulah kenyataannya. Sepanjang perjalanan ke Putrajaya,bermacam perkara yang mengusik hati saya sehinggakan terpaksa menahan tangis di dalam bas.  Situasi 1 Meskipun berita kehilangan wallet belum sampai ke pengetahuan mak,saya tetap tak selesa memulakan perjalanan tanpa meminta 'restu' dan 'doa' daripadanya. Walaupun terpaksa menahan sebak,saya kuatkan juga hati,'mak,doakan saya ya,hari ni ada urusan penting,mudah-mudahan dipermudahkanNya'. Jawapan mak dalam tenang membuat hati saya sedikit lega. 'Terima kasih,mak'. (Seriously,selesai jak panggilan tu, aku nangis.Ni la first time aku rahsiakan sesuatu daripada pengetahuan mak.Maafkan Ela,mak) Situasi 2 Ketika perjalanan ke Putrajaya(dalam bas),saya duduk belah dua beradik. Sungguh sekali lagi airmata saya nak tumpah.Terimbau kembali kenangan bersama arwah adik Ilmi. Umur dua beradik tu sama

Who You are to Me

Assalamualaikum w.b.t... Sememangnya sejak akhir-akhir ini,aku mengambil berat akan hal seseorang. Belum pernah ada insan lain yang aku risaukan sepertinya. Disatu sudut,tersedia buatnya.Mungkin ini hanya ujian buatku. ALLAH,tetapkan hatiku. Yakinkanlah aku,ada yang terbaik sedang menantiku. Tetapi tetap juga aku berfikir,bolehkah ku buang jauh rasa itu?Atau simpan saja menjadi dendangan hati dalam diam-diam. Terkadang seakan ingin menangis kerana kelalaian ini. Who You are to Me? eolmana deo apaya ne mami boilkka malhaebeorigo sipeotjiman nunmuri chaolla geureon naega nege haneun mal neomaneul gidaryeo Because I love you jabeul sudo eobseosseo meomchul sudo eobseosseo   neoui heunjeokdeuri neomu manha naegen neonikka jugeul mankeum ganjeolhi wonhae ojik neonikka eotteokedeun gidaryeoya dwae han georeumssik deo gakkai wajullae aljanha naegen neoppuningeol jebal nal honja duji ma seulpeume chan nuneuro neoreul bol ttaemada amu mareobsi barabogo useumyeo malhaetji geureon naega n

langit, kembalikan birumu.

langit itu biru,kata orang tapi ada noda pada lirik mataku kenapa harus yang  cantik itu terselindung? aku mahu lihat biru susur panah yang menikam langit sudah lenyap tapi kesannya mendalam siapa mampu kembalikan biru? sekali aku mendongak ke atas,air mata deras mengalir berdosakah aku jika dulu tidak mengenal biru? tiada yang mendengar rintih hati tapi aku yakin  DIA pasti kirimkan busur panah yang mampu lenyapkan noda.

Birthday:::Peringatan Buatku...

Assalamualaikum w.b.t. ALHAMDULILLAH..semalam genaplah 20 tahun aku mengemudi bumi yang fana ini. Terasa seperti hendak berpatah balik apabila mengenangkan 'kisah-kisah' lalu.Memperbetulkan segala kesilapan,kekurangan dan kealpaanku.Dan terasa takut untuk mara ke hadapan.Bertambah setahun umur terasa bagai sekelip mata sahaja.Sedangkan hari-hari pun usia kian bertambah. Tiap yang mengucapkan selamat,aku seperti hendak 'pengsan'. Pertambahan usia bererti berkurang lagi tali kita berpaut,semakin hampir pada kematian.ALLAH... Bagaimana hendak aku bergembira pada kelalaian,kealpaan,kesilapan,kesalahan dan banyak macam lagi kemaksiatan yang sering menyelubungi diri.Sedangkan mati itu satu yang pasti. *crying* Terima kasih,mak dan bapa... Mak dan bapa,insan yang sanggup berkorban apa sahaja untukku.Paling berjasa dalam hidupku. Bagiku,hari kelahiran ini,bukan untuk meraikan kelahiranku tetapi untuk menghargai,berterima kasih pada mak dan bapa yang telah membesarkanku se

Selamat jalan 'Jahiliah' , selamat datang 'Hijrah'

Assalamualaikum w.b.t. Salam maal hijrah..^^ Berbicara mengenai tahun baru ini,semoga tahun ini (dan akan datang) lebih baik dari sebelum-sebelumnya. InsyaALLAH.amin. Buat pengetahuan korang (err..ada ke yg baca blog aku ni? ) sebelum-sebelum ni aku tak pernah pun sambut 'tahun baru' seperti keadaan tadi. hehehe.  Teringat zaman-zaman sekolah dulu, tiap-tiap tahun baru (masihi) sibuk dengan nak beli peralatan sekolah baru.Almaklum,nak buka sesi persekolahan awal tahun. Selalu macam tu la. Tetapi,hohoho setelah berada di bumi 'garden of knowledge & vertue ' ini, merubah kebiasaan dulu-dulu menjadi yang lebih baik (pada firasatku la). Seriously,sepanjang aku hidup hampir 20 tahun  (muda lagi kot)  ni la first time rasa semangat sangat-sangat tahun baru.Maybe sedar, banyak perkara yang perlu diperbetulkan,ditambah,dibuang dan banyak macam lagi rencana. Alhamdulillah.  Keep istiqamah Laila!Keep istiqamah Hijjera! Hijrah itu  PENGORBANAN Akhirulkalam,selamat JALAN &#

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin

Terima Kasih,mak...

Assalamualaikum w.b.t. ^_^ Akhirnya,tiba juga hari yang ku nantikan.Weekend! Ikutkan perancangan hari ni,nak pergi beli barang kat Masjid Jamek. Tetapi tidak seperti yang dirancangkan.InsyaALLAH.Akan datang. Terima kasih,mak... Pagi-pagi lagi,mak da telefon,bertanya sama ada aku jadi pergi ke tak(outing). Semalam aku da minta izin kat mak.Dia bagi.Tapi aku tahu,jauh di sudut hatinya, mak sebenarnya tak nak bagi izin. Mak kata,dia tak tidur semalaman sebab memikirkan aku hari ni. Ya,itulah dia naluri seorang ibu. Memikirkan hal anak-anak. Anak-anak jak yang kadang-kadang (mungkin ada juga yang selalu) melupakan perihal mak. Aku rasa bersalah sangat-sangat.Kenapalah 'gatal' sangat mulut aku semalam nak minta izin keluar. Tapi,aku rasa bersalah juga kat kawan aku,Suharti sebab da janji kat dia nak gi sama-sama. Tapi sebelum tu nak gi tengok Futsal kat tempatnya dulu(KLMU). Mungkin,,(hanya sekadar andaian selepas muhasabah diri pagi tadi) Mak bagi izin kerana first niat aku kuar se

Perjuangan dalam perjalanan...

Assalamualaikum w.b.t. Teman,bagaimana perjalanan hidupmu hari ini? Aku?Bagaimana hendak ku ungkapkan andai aku sendiri kurang mengerti sejauh mana aku telah hilang arah. Hendak berpatah balik mencari jalan yang benar.Doakan aku ya teman! Terkadang aku sendiri kurang mengerti,apa sebenarnya yang terbuku di sudut hatiku. Apa yang tertanam di kotak fikiranku. Penderitaan.Ya,aku menderita teman.Cuba untuk mencari penawar kepada pasang surut imanku. Ku kira berada di tengah-tengah ‘masyarakat’ islamik ini mampu untuk mengajarku mengenal erti kehidupan sebenar.Hakikatnya ia berputar balik pada ‘soal hati’.Hendak follow atau hendak mengabaikan. Teman, Pernahkah hatimu dipalu penyesalan?Seperti aku ini.Setelah puas menangis,sekejap saja,sedetik begitu,aku lalai lagi.oooh,sungguh sukar menetapkan yang ‘baik’ untuk bersarang di kamar hati. Ya ALLAH, Berikan aku secebis keinsafan.Bukan kerana SYURGA atau NERAKA,tetapi keranaMu. Ya ALLAH, Permudahkan hatiku untuk mendekatiMU. Aku yakin langk

Terlerai sudah kegusaran..^_^

Assalamualaikum w.b.t. ^_^ Alhamdulillah,akhirnya tanggungjawab saya untuk membentangkan kajian sudah terlaksana. Terasa 'ringannya' bahu ini.hehehe.Masa ditumpukan untuk assigment pula. Tapi ada lagi yang lebih 'dahsyat' yang bakal berlaku minggu ni.Mid Term English.huhu.So,start malam ni,kena banyakkan ulangkaji English.Bukan kaji FB. LOL. ooo ya,tadi,kumpulan Abang Fazarul dan abang Faiz (maafkan saya sekiranya salah taip nama) memang best.Maksud saya,kajian mereka memang best.Sebenarnya kajian kitorang pun best juga tetapi kekurangan bahan kot.Lagipun takda Sorotan kajian yang berkaitan.huhu.Berbalik pada cerita pembentangan,rasanya da guna bahasa Melayu sepenuhnya da tadi.hehehe.Jangan jeles,kita orang Sabah memang guna bahasa baku bah.No problem la untuk menyebut perkataan Melayu baku.Alhamdulillah. Ok,kita tinggalkan cerita mengenai pembentangan tu,beralih pada cerita yang da 'muak' da aku dengar/tengok/sebut. hehehe. Apakah? Rahsia.:P Apa yang dapat

Warkah Terakhir

Cerpen: Warkah Terakhir  Oleh: Srikandi Musfida  Assalamualaikum w.b.t. Fikri, Kiranya warkah ini sebuah suratan yang menyingkap rahsia hati, ku mohon janganlah disesali kerana ini adalah 1 realiti yang akhirnya terkubur menjadi fantasi.Sering aku berdoa PADANYA semoga aku dapat setia menanti sehingga kau dapat kembali di sisiku. Tapi aku insan yang lemah, kita hambaNYA....redha atas QADA’ & QADAR NYA. Olh itu, pintaku, terimalah yg tercipta utk dri kita & lupakkan lh1 yg blm psti mnjd milik kita.Aku sesungguhnya msh mghrap jiwa ini kan terus menyayangimu tapi aku tersepit. Amat payah menyisihkan rasa yang semakin hari semakin menebal. Walau adakalanya aku merasa hidupku umpama mentari, tapi aku amat bersyukur kerana dapat menyinari hidup insan-insan ku sayang. Fikri, terasa amat sukar untuk ku luahkan  bicara hati ku yang sering melagukan alunan kerinduan terhadapmu.aku tlh sedaya utk melupai bayang senyum& lembut tuturmu tp semua bgaikan 1 yg tpnting dalam kamus hidupku.

Takdir

Assalamualaikum w.b.t. (^_^) Petang yang indah.Sebelum tu,nak ucap jazakillah hu khair kepada kawan yang mengambil berat (bukan tu memujukkah sebab tak dapat bantu buat kajian?) kerana sudi menghantar pesanan ringkas,lebih kurang macam ni la ayatnya,'Salam..hari ni ko present kan?Gd luck!' -setengah teks lagi lost* hehehe Time tu masih dalam kelas English,aku jadi semangat tau,ini merupakan big presentku yang pertama. Tapi,tiada siapa menduga...aku kecewa. T.A.K.D.I.R Kita hanya mampu merancang,prensentation yang ku mimpikan semalam berkecai tengah hari tadi.Presentation dibatalkan.Ya.Aku kecewa.Sehingga kelas Bahasa Melayu Lanjutan tamat,aku masih seperti tidak percaya.Mungkin aku terlalu bersedia.Alhamdulillah.Aku terbaca blog seorang teman,tajuk yang sama seperti yang tertera di atas.TAKDIR.Aku percaya,pasti ada hikmahnya. ALLAH mahu aku lebih bersiap sedia dan belajar lebih lagi.InsyaALLAH. Kita beralih kepada topik baru.Jam aku rosak.Sememangnya,jam merupakan antara

Epilog Semalam

Assalamualaikum w.b.t. Hari baru bakal bermula.Tunggu sedetik masa lagi. Terus terang mata aku da mengantuk tapi tangan 'gatal' sangat nak menaip.Bolehkah mataku berehat dan jari ini terus 'berkerja'? Begitulah aku tanpa dia.Tapi dia seakan tidak mengerti situasi ku ini.Tidakkah terdetik sedikit rasa kasihan dihatinya buatku? Dulu,dia merupakan insan yang amat memahami.Tiap duka dan sukaku dapat diukur.Punca dan akibat. Tetapi kini,sifat 'prihatin' itu bertukar 360 darjah.Kenapa? Andai dia kembali pada ku sekarang,mana mungkin aku berkata tidak.Pasti segala perilakunya yang menyeksakan ini kumaafkan.Tapi,bilakah saat itu akan tiba? Pernah suatu ketika dulu,aku memikirkan saat-saat seperti ini.Andainya dia pergi tanpa meninggalkan pesan.Lantas aku pun memutuskan untuk angkat kaki lebih dulu.Tetapi,bagaimana harus ku lupakan insan yang banyak ku kongsikan cerita hati?Mana mungkin aku mampu hadapi kenyataan itu.Aku cukup yakin,sampai ke akhirnya kelak,kami ak

menjengah sebentar ke UM..

Assalamualaikum w.b.t. Pagi-pagi lagi bersiap untuk ke Universiti Malaysia(UM).Permulaan hari yang indah,cuaca yang sesuai untuk membuat kajian. Kali ini perjalanan jauh 'sedikit' ke Terminal LRT Universiti. Terus-terang,aku rasa takut-takut tau time sampai kat Library UM.Ye la,kita ni 'pendatang' kat tempat orang.Tapi,Alhamdulillah,reaksi yang ramah daripada orang pertama yang kami temui sangat-sangat menyenangkan.Syukran...^^ ooo.Ye.kawan-kawan aku pun best sangat-sangat.Terima kasih weii..korang tolong edarkan borang servey aku(dengan segala sukacitanya,mereka terdiri daripada Noreen,Fiza & Ropi'ah). Perihal borang sudah selesai,masa untuk berangkat pulang ke laman U tercinta..(UIAM).Nasib baik aku terdetik nak calling-calling my friend yang study kat UM tu,ingatkan pegi seminar.Dia tak pegi sebab lambat bangun.huhu..namanya,Siti Asdiah Masran.hehe Alhamdulillah.Sebelum ni,aku tak kenal apa itu makna/erti rindu.Namun semenjak berjauhan daripada rakan-rak

sedikit coretan...

Assalamualaikum w.b.t. Sudah lama tidak menjengah ke laman 'blog' tercinta ini.Macam-macam cerita hendak di'kisahkan' tetapi keterbatasan waktu. Bagaimana agaknya sambutan raya Adha anda baru-baru ini? Saya? Bagi saya,ini merupakan pengalaman pertama beraya tanpa keluarga.*touching* Sedih sangat-sangat...saya anak tunggal dalam keluarga.Perkara yang membuatkan saya sedih bukan kerana tak dapat nak makan masakan mak,tak dapat duit raya atau beraya ke rumah saudara,jiran atau yang ter......whatever..tetapi memikirkan mak dan  bapa yang 'kesunyian' tanpa anak mereka ini. Tapi,saya yakin,mereka pasti kuat menghadapinya..^_^ Banyak lagi perjalanan hidup saya selama seminggu hendak diceritakan tetapi saya ringkaskan saja di sini.InsyaALLAH,ada masa nanti,jemari saya aktif semula melakar kisah-kisah itu. Kembali ke alam UIAM...disambut dengan kertas mid-term..huhu nak khabaq mai juga,Bahasa Melayu Lanjutan saya dapat 13.5/15 then Arabic,45/50. Alhamdulillah.Di

ingatan teman sekolah ...

Assalamualaikum w.b.t.  Tadi,saya memutarkan semula lagu-lagu nasyid yang penuh dengan kenangan pada awal usia remaja. Saya menjadi tertekan mengenangkan janji-janji yang dilafazkan suatu ketika dulu.Harus berbuat apa? Sebuah kerinduan yang mungkin tidak ada penghujungnya.Teman yang dulunya pemberi inspirasi sudah pergi meneruskan perjuangan,seperti aku.Memilih jalan hidup masing-masing. Aku hadir semula pada laman 'persahabatan' ini,tidak menuntut apa-apa janji kerana aku tahu,aku lah yang banyak berjanji. Sungguh sukar andai terpaksa kembali ke masa lalu tapi setidak-tidaknya berilah sedikit ruang untuk aku sandarkan sedikit bahu ini,aku penat bersendirian memikul 'amanah'.Salahkah andai aku ingin kembali menghapus garis-garis ego dahulu? Aku telah cukup tua untuk terus menanti peluang kedua maka,terimalah kalimah 'maaf' ini. ~aku,kau dan SEE U D IPT~

Warna warni Kehidupan ..=)

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...salam ceria pagi..^_^ Sudah lama tidak mengukir kata-kata lewat laman ini.Secara peribadi,saya merindukan kehidupan dulu, yang penuh gelak tawa dan keikhlasan dalam senyuman.Seperti ini. Telah puas aku mencari 'sisa-sisa' keikhlasan itu,tetapi ternyata hanya sia-sia belaka.Sungguh,penat untuk terusan 'senyum plastik'.InsyaALLAH,akan berusaha untuk memperbetulkan nawaitu. Banyak perkara yang menguji keimanan di sini.Sedaya upaya untuk mempertahankannya,walau adakalanya,ingin saja terjatuh,tetapi syukur,Alhamdulillah,masih ada yang sudi memimpin. Amanah yang dipertanggungjawabkan sering berlegar-legar di kotak pemikirn.Mampukah aku? Perhubungan yang 'kurang baik' dengan 'adik-adik' yang dulunya 'pemberi' ispirasi juga kini hambar. Mungkin aku silap perhitungan.Telah tiba masa untuk hidup 'bersendiri'.Semoga mereka berjaya mencapai apa yang diimpikan. Pertemuan dengan rakan dari luar neg

Ujian bukan bebanan...=)

بسم الله الرحمن الرحيم  Assalamualaikum w.b.t. semua..selamat berhujung minggu... Saya memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi ilmu pada waktu ini.Hanya berkemampuan untuk berkongsi jalan hidup yang saya lalui,kini.Mudah-mudahan anda tidak merasa bosan untuk menjadi pembaca entri blog saya.^^ Minggu lalu,hari yang saya lalui ibarat berjalan di padang pasir.Musafir yang kehabisan bekalan makanan dan air.Tetapi,alhamdulillah,ALLAH kurniakan saya teman-teman yang sudi menjadi tempat untuk saya bertahan. First ,pastilah my bestfriend ,Fatmawati,hmm dia merupakan pelajar tahun pertama di UMS.Tatkala saya memerlukan seseorang untuk menjadi penenang kepada kegusaran, ketakutan,kegelisahan,dialah tempat yang tepat. Then ,Hafiz,hahaha.saya pun taktau napa saya pilih dia untuk nyatakan 'kesakitan' yang  dialami,tapi apa yang nyata,sesudah itu saya rasa lega.Tapi apapun, dalam kalangan rakan-rakan dia sorang jak yang tahu saya sakit 'kuat' time tu. To Hafiz,peace ...^_^ Terkad