بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t...salam ceria pagi..^_^
Sudah lama tidak mengukir kata-kata lewat laman ini.Secara peribadi,saya merindukan kehidupan dulu, yang penuh gelak tawa dan keikhlasan dalam senyuman.Seperti ini.
Telah puas aku mencari 'sisa-sisa' keikhlasan itu,tetapi ternyata hanya sia-sia belaka.Sungguh,penat untuk terusan 'senyum plastik'.InsyaALLAH,akan berusaha untuk memperbetulkan nawaitu.
Banyak perkara yang menguji keimanan di sini.Sedaya upaya untuk mempertahankannya,walau adakalanya,ingin saja terjatuh,tetapi syukur,Alhamdulillah,masih ada yang sudi memimpin.
Amanah yang dipertanggungjawabkan sering berlegar-legar di kotak pemikirn.Mampukah aku?
Perhubungan yang 'kurang baik' dengan 'adik-adik' yang dulunya 'pemberi' ispirasi juga kini hambar. Mungkin aku silap perhitungan.Telah tiba masa untuk hidup 'bersendiri'.Semoga mereka berjaya mencapai apa yang diimpikan.
Pertemuan dengan rakan dari luar negara,berbeza tradisi,agama, dan budaya..aku kadang ragu apa mungkin dia akan terusan menjalin persahabatan andai tahu latar belakangku yang mungkin bertentangan dengannya?Tapi aku cuba untuk yakinkan diri,dia pastinya bukan orang yang sanggup untuk memusuhiku dikemudian hari.InsyaALLAH.Jika keraguan itu benar,aku pasti akan menyusun langkah pergi selepas ini.Mana mungkin aku gadaikan Agama Agung ini untuk seorang teman?Biarpun diberi seisi dunia ini,aku takkan menoleh walau sedetik pun.InsyaALLAH.
Beberapa hari lagi,aku akan menduduki ujian kecil.Aku juga ingin tahu sejauh mana pencapaian ku setakat ini.Semoga baik-baik saja.^_^
Kerinduan pada insan-insan kesayangan merupakan satu 'penyakit' yang sukar untuk diubati. Sabarlah wahai hati...masanya akan tiba juga untuk kau kembali kepangkuan mereka.=)
akhirul kalam,aku memohon maaf andai ada di antara insan yang ku maksudkan dalam post ini turut sama menjadi pembaca.Aku tidak mampu untuk luahkannya pada 'kalian'.Teristimewa buat 'adik-adik' yang menghilang keceriaannya padaku.Teman luar negaraku,aku sengaja menggunakan bait-bait penuh agar mudah kau terjemahkan ke bahasamu,Vietnamese.
Salam pamitan penuh santun,wasalam.

Ulasan
Catat Ulasan