Langkau ke kandungan utama

Syukuri apa adanya =)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...senyum petang ^___________^
Sudah agak lama tidak mengukir sekata dua kata di laman blog ini...hmm..da berhabuk nampaknya...LOL
Ramadhan yang bakal berlabuh,Syawal pula menjelma...makanya,'cleaning time' :P
Sekembalinya saya kali ini bersama 'perjalanan singkat' sehari kelmarin...(jumaat,26/08/2011).. Pagi-pagi lagi bertemankan bapa tercinta,saya menjengah PPD Kinabatangan dan perjalanan diteruskan ke Lahad Datu...Nak dijadikan tauladan,saya duduk bersebelahan dengan seorang ibu dalam lingkungan pertengahan umur sambil memangku anak kecilnya(di dalam bas).
ALLAHUAKHBAR...sayu hati saya apabila mendapati anak kecil itu merupakan 'anak istimewa'... Anak yang berusia 5tahun,tidak selincah usianya,hanya mampu melentokkan kepala di bahu ibunya. Melainkan tangan kiri,anggota lain seperti tangan kanan dan kedua-dua kakinya adalah lumpuh... Ya ALLAH,ampunkan saya yang banyak menyia-nyiakan nikmat pemberianMu ini...
Melihat reaksi si ibu terhadap keadaan anaknya,saya berasa sangat tersentuh kerana kesabaran dan ketabahannya.Bertentangan dengan segelintir 'manusia' di luar sana yang menjadikan tong sampah, Masjid,longkang,sungai, dan parit sebagai medan 'pembuangan bayi'.Malahan bayi yang tidak berdosa tersebut cukup sifat dan fizikalnya...Wahai saudara/i ku ,lantaran apakah yang menyebabkan kalian 'menghapus' amanah ALLAH yang tidak berdosa itu? 
Kemiskinan?
Saya tidak melihat 'kekayaan' ada pada ibu tabah itu..melainkan kekayaan kasih & sayang buat anaknya...
Belum bersedia,tidak mampu memegang amanah sendirian...?
Ibu itu merupakan ibu tunggal...hanya bekerja sebagai suri rumah tangga di sebuah Estet kecil ...Malahan merupakan  pelarian Philipinese...
Pengajaran yang bermakna
Saya bertambah kagum dengan sifat ibu ini yang juga merupakan anak yang taat.Walaupun bekerja, dia tetap berusaha untuk bertemu dengan ibunya setelah mendapat tahu ibunya sedang sakit. Dalam keadaan 'mengusung' anak yang tidak berdaya...
Berbeza dengan keadaan segelintir 'anak-anak'  sekarang,liat sungguh untuk menjengah ibubapa di kampung..malahan mereka punya jawatan besar,kereta besar,rumah besar...tapi sayangnya kasih sayang mereka tipis buat insan yang telah banyak berjasa kepada mereka.
Syukuri pemberian ALLAH S.W.T.
Banyak insan yang boleh lepasi UJIAN kesusahan,tetapi amat sikir insan yang lepasi UJIAN kesenangan...kita terkadang lalai dengan kesenangan yang dikurniakanNya,sedikit bersyukur tetapi banyak meminta.Sedikit teruji,akan resah hati...gelisah,bukannya hendak menghitung berapa banyak sudah nikmatNya yang kita perolehi. Saudara/i ku sekalian,jangan jadikan CINTA kita kepada ALLAH ibarat Mesin ATM...hanya mahu menerima 'duit' tetapi tidak betah untuk 'mendeposit'...sedarilah,satu saat nanti setelah habis 'wang' digunakan,tiada deposit,maka tamatlah sudah 'nikmat' dariNya...saya suka mengandaikan bahawa semakin banyak yang kita deposit,semakin banyak pula pengeluaran yang boleh kita lakukan...=)
Melihat kepada keadaan anak istimewa itu kelmarin,hati saya berbisik,banyak insan yang 'sempurna' fizikalnya,tetapi 'cacat' akhlaknya.Anak istimewa ini pula,meskipun 'kekurangan' dari sudut fizikal tetapi cukup 'indah' kerana terpelihara daripada melakukan dosa...kakinya lebih 'suci' daripada kaki-kaki yang melangkah ke tempat2 maksiat,tangannya lebih suci daripada tangan-tangan yang hanya membuat 'kerosakan' di dunia ini.
Namun,lagi indah,andainya...'cantik' luar dan dalam...maka,sama-samalah kita memanfaatkannya selagi masih ada waktu yang terluang ini..^^
Semoga,ibu itu terusan bersabar & tabah memegang amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.

tag::: semoga ditetapkan nikmat Islam & Iman ..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...