Langkau ke kandungan utama

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam
Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar.

Fizikal
Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih.

Usia
Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih.

Cara tanam
Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi)

Penjagaan
Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun ia meliuk letuk. Walaupun ia bunga musim panas, kalau cuaca agak tinggi sebaiknya beri cahaya matahari pada waktu pagi sahaja. Airnya pula tidak boleh kurang dan tidak perlu lebih. Sebaiknya pasu digantung.

Salah faham
Ada yang mengatakan gypsophila boleh hidup di negara seperti Malaysia cuma di kawasan tanah tinggi seperti di Genting Highland dan Kundasang, Sabah kerana meskipun cuaca panas tetapi suhu sedikit rendah berbanding kawasan lain. Tapi sebenarnya dia boleh saja tumbuh dalam cuaca Malaysia di mana kawasan sekalipun cuma seperti yang sudah ku nyatakan di perenggan di atas dengan mengawasi konsumi cahaya matahari dan airnya.

Foto
Aku akan update lagi dari semasa ke semasa pertumbuhan gypsophila ini. Terdapat variasi tempat aku mengambil foto sebab aku letak ia merata. Nanti sudah dewasa, aku cadang mahu gantung.








Ulasan

  1. Hi Assalamualaikum, boleh tahu update pokok gypsophila ni? Sy ada beli yg sudah berbunga n bushy. Sy tak siram setiap hr. 1 kali 2 hari. Tp lately bunga2 yg sudah bloom ni kuncup but not die. Sbb salah water or underwatered ye. Sy ada tarik akar, mmg kering. Atau situasi ni normal ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis beli dekat mana ye? Scroll shopee tak jumpa

      Padam
  2. Hi.. boleh tau pokok ni dia punya benih dari mane ye? Sebab ade beli dari cameron. Tapi pokoknya mati kering.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share