Langkau ke kandungan utama

Barakallah hu fik...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.
Sudah lama tidak mencoret kata di laman ini. Pergi sebentar mencari erti hidup sebenar. Menilai kelebihan dan kekurangan diri. Sebetulnya, saya masih dalam pencarian 
:musafir rawan-persimpangan jalan hidup.
Sekadar untuk perkongsian bersama, mungkin ada antara kalian pernah melalui detik-detik seperti ini. Menyusun langkah untuk berpatah balik. Memperbetulkan langkah yang dulunya diputuskan tanpa pemikiran yang panjang. Mungkin juga terlalu terbawa oleh impian pada masa akan datang.
Sejujurnya, mustahil untuk memadamkan semua 'anganan' itu. Berikutan bagi saya ia satu habit yang tidak dapat dilupakan begitu saja. Seperti mana yang telah saya putuskan sebelum ini, mungkin saya perlu menukarkannya menjadi sesuatu yang lebih bernilai. InsyaALLAH.

*TERSENYUM*
Hari ini, sepupu saya (Astuti,17tahun) melangsungkan perkahwinannya di Sulawesi Selatan. Semenjak 3bulan lalu, seorang demi seorang sepupu saya diijabkabulkan. Alhamdulillah. 
(sambil menarik nafas)
Adakalanya, saya merasakan usia semakin lanjut apabila satu demi satu sepupu (baik yang berada di Malaysia mahupun di Indonesia ) telah berkahwin. Teringat kata seorang kawan, seseorang yang merasakan usianya semakin lanjut (actually muda lagi baru 20-an) sebenarnya telah memikirkan waktu untuk berkahwin. hahaha. hohoho. Not at all,right?

"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertakwalah ia pada separuh yang lain."
H.R Al Tabrani Fil Ausath


Semoga ikatan perkahwinan yang dibina bakal melahirkan anak-anak yang soleh dan soleha. Memupuk kasih menuju jannahNya. Amin.
InsyaALLAH.

tag: 'penyakit k-pop,k-drama,k-actor" belum sembuh lagi...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share