Assalamualaikum w.b.t
Dua hari yang lalu, bumi Uia dikhabarkan bakal mengalami keputusan air sementara waktu untuk kerja-kerja pembersihan. Dinyatakan cuma di antara pukul 9malam sehingga 5 pagi (pada malam 4 November-subuh 5 November). Hakikatnya, masalah ini berlarutan hingga ke detik ini.
Tetapi, alhamdulillah, blok saya yang terletak di Mahallah Sumayyah merupakan antara yang terendah kedudukannya, maka ketiadaan air cuma beberapa jam semalam. SEMALAM MALAM. 5 November malam. Dikatakan ia berikutan tekanan air yang rendah. Maka, sebelum menjelang subuh, warga blok H Sumayyah sudah mendapat ni'mat air tersebut. Walaubagaimana pun, masih ada blok yang masih kering. Ada yang merantau ke tempat kami. Mandi dan menjalankan bisnes lain-lain.
Teringat kisah sewaktu tinggal di asrama dulu. Ada ketikanya kami terpaksa mengangkat air yang agak jauh juga jaraknya dengan kediaman kami. Ada ketikanya kami akan menyimpan air pada waktu malam kerana risau kalau-kalau paginya tidak berair tangki asrama. Atau ada kalanya kami bersubuh-subuh mengangkat air. Atau di kala mentari segan berundur, kami riuh bertolong-tolongan mengangkat air sambil tuala di leher.
Pernah juga, saat mula-mula sampai asrama baru, sewaktu selesai kem PLKn, saya disambut dengan ketiadaan air. Ada senior mengusik, kalau ada orang baru masuk, memang selalu begitu kejadiannya. Saya muda innoncent lagi masa tu, saya rasa berdosa masuk asrama time waktu persekolahan. Saya patut pilih hari cuti, hari enam(sabtu) atau tujuh(ahad)..
Bagi aspuri, tiada saat yang paling malu melainkan mengangkat air terpaksa melepasi kediaman aspura. Padahal, tiada apa yang dilihat atau melihat. Tapi begitulah, kami malu. Kami juga penat. Waktu sebegini kadang banyak miracles yang diimpikan, boyfriend tolong
angkat air, adik angkat, abang angkat, adik/abang kandung satu asrama...waktu ni baru terfikir nak semua tu! Bukan memperguna,,, keinginan untuk ditolong.
Realitinya, kami mungkin yang kakak-kakak atau fizikalnya kakak, akan membantu yang lain. Bukan semua, at least yang rapat dengan kami.
Sekarang? Entahlah, banding dengan zaman saya di asrama, ada cerita yang lebih best untuk dikenang. yang lebih dulu masuk asrama banding saya. Jadi, tentulah adik-adik sekarang, ada yang tidak rasa semua pahit manis angkat air. Mungkin. Perkhidmatan asrama pun berevolusi.
Ok, bye! Kelas Mandarin loh, 8 malam.

Ulasan
Catat Ulasan