Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

diam

Assalamualaikum w.b.t Tatkala jiwa diketuk, dan ku kenali siapa dia, aku menangis. Antara gembira dan duka. Diam bukanlah bermakna tidak suka tetapi memelihara ikatan. Sebab itu, sekian lama sepi yang memenuhi ruangan kita aku bahagia. Tanpa perlu, tidur tidak lena, makan tidak kenyang dan mandi tidak basah. Mungkin, aku sudah cukup mengerti apa yang diertikan dengan ikatan ini tetapi ternyata selama bertahun dididik dengan didikan bisu itu, aku takut. Aku pun manusia biasa. Segalanya boleh jadi nol dalam sesaat. Padahal membina tembok maruah itu bertahun-tahun setelah akal sihat ini bisa membezakan antara cinta monyet dan cinta ke jannah. Kerana itu, jatuhku ke lubuk mana, biarkan aku belajar berdiri sendiri. Aku tidak pinta untuk kamu membantuku berdiri semula. Kamu, umat lebih perlukan kamu. Aku biar dengan urusanku sendiri. Mengejar mu dari belakang agar kelak aku bisa seiring dengan mu. Aku tidak suka dipandang lemah, nanti aku mudah mengalah. Aku mahu jadi wanita kuat ya

roman

Assalamualaikum w.b.t Sudah banyak kali ku bicarakan perihal keluargaku yang kecil bilangannya. Selepas pemergian adik, keluarga nuklear kami cuma bertiga. Aku bersyukur aku ada sebanyak itu. Sebagaimana bahagia dalam ramai, kami masih mampu untuk sebahagia begitu. Mewah bukan destinasi kami, semenjak kecil aku diajari menuntut ilmu. Aku anak biasa yang bisa sampai ke garisan ini setelah berulangkali dilatih rajin membaca dan menelaah. Dengan izin Allah. Kalau aku dikatakan rajin, itu berkat tekunnya mak mendidik dan ajariku sedari usia kanak-kanak ku. Mak yang dulunya tidak berkesempatan mendapat apa yang aku kecapi hari ini. Ni'mat menuntut ilmu. Dulunya aku sering memberontak tatkala bahan bacaanku ditapis. Tetapi tidak pernah sekali mereka membakar buku-buku komikku. Mereka kata, itu duit. Aku lebih tahu apa yang ku baca itu bermanfaat atau tidak. Aku masih nol. Sampai satu ketika, aku sedar bahawa tiap ingatan dan teguran perihal bacaan itu tidak ekstrem kerana sayang.

15 minit

Assalamualaikum w.b.t Berikan aku 15 minit yang melepasi 12 malam ini untuk berbicara. Sedang menempek cecairan liat hitam itu ke muka, akal lantas menyinggah pada kata 'moderen'. Mungkin dalam kata ringkasnya, maju. Akal ku berbicara, "mungkin kerana kurangnya ingatkan Tuhan, seakan laku manusia memakan dirinya sendiri." Aku percaya bahawa kalau masyarakat sebelum kita itu juga moderen dan maju seperti majunya dan moderennya kita kini. Malah kalau mahu dibandingkan, tampaknya neraca maju mereka itu lebih berat banding zaman kita. Tanpa perlu merosakkan alam, tanpa perlu mengorbankan indahnya bumi ciptaan Tuhan, dan tanpa perlu menindas makhluk lain. Mereka juga beragama. Bukankah hakikatnya tiap insan yang bernyawa itu ada fitrahnya? Manusia sering dan sememangnya serta akan terus mencari 'sesuatu' untuk disembah. Fitrah jiwa seorang hamba! Meskipun apa yang disembahnya itu, kuno yang amat pada penglihatan kita, setidaknya mereka taat pada apa yang

akhir semester ini

Assalamualaikum w.b.t Semalam, berakhirlah kelas-kelas kuliah, maka bermulalah minggu belajar. Alhamdulillah, performance semester ini lebih baik daripada sebelumnya. Kesempatan, peluang dan dimanfaatkan itulah azam saya semester lalu. Pernah tidak datang ke kelas semasa demam + selesema yang agak 'sakit' sepanjang berada di perantauan. Cuma sekali itu. Lainnya, pernah sekali clash dengan kelas Mandarin sebab kelas ganti dibuat sebelah malam, dan ia sememangnya kelas Mandarin saya. Maka yang milik yang hak. Duduk di baris hadapan, pertama atau yang kedua. Datang seawal yang mungkin. Alhamdulillah, walaupun kononnya berhadapan lectures yang strict, tapi ternyata tidak pernah sekali terasa tidak ingin ke kelas. Malah saya selalu menantikan waktunya. Kalau-kalau malas menyapa, saya lantas bersiap-siap, dan terpacak di hadapan kelas. Ada dua sebab datang awal, memang teruja dan kedua mengelak daripada ponteng. Ya. Begitulah. Saya pasti akan merindukan semester ini. Murab

#icc-culture shock.

Assalamualaikum w.b.t Meskipun kesihatan tidak mengizinkan, (pagi ni diserang sakit perut dan selesema yang tidak kebah lagi) sempat lagi meluangkan  masa selama sejam di kelas icc mendengar dan melihat pembentangan assignment daripada kumpulan lain. Mencari ilmu dan informasi baru untuk dijadikan idea menulis di blog. Kenapa saya menulis? Malah semakin kerap sejak akhir-akhir ni. Saya sendiri tidak tahu, tapi bagi saya setidaknya kebiasaan membaca yang tidak laku semester ini bisa digantikan dengan menulis. Habit. Saya tengah membajanya. Moga subur kelak. Amin. Tajuk yang menarik perhatian saya hari ini adalah "Culture adaptations of international students in IIUM". Seperti yang saya nyatakan tadi, kesihatan saya tidak seberapa baik, jadi saya akan terus straight to the point saja ya. Berdasarkan temuramah yang dijalankan kumpulan tersebut, seorang responden asal Turki, mengatakan bahawa pelajar tempatan suka mengatakan "sorry" walaupun dalam situasi yang

#rindu mak

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, rezeki hari ini mendapat bungkusan makanan daripada Umi Pinaz dan Ibu Pura. Terubat sedikit kempunan mahu makan masakan rumah. Ya, rindu masakan mak. Eh, not, semua tentangnya! Setiap kali balik dari Sabah ke Semenanjung, mak mesti bungkuskan makanan, especially buras, tumbu dan ayam likku. Walaupun kadang saya mengadu berat, tidak sampai hati pula mahu tolak tawaran mak. Dia selalu kata, 'selagi mak mampu, mak akan masakkan anak mak.' Actually, mak memang begini. I mean, apabila ada saudara atau kenalan yang akan balik ke Indonesia, dia dengan rela akan masak bekal untuk mereka. So, takkan untuk anak sendiri dia tidak buatkan? Then, I just angguk-angguk, berat tu belakang kira! Mak, bogoshippo! Uddane kak ko diko. Allah... saya rindukan semua tentangnya. Tahun ni, genap usia mak 37 tahun. 37 tahun? Ya, mak kahwin usia 15 tahun dan saya lahir ketika dia di usia itu. Mak selalu kata anaknya da besar, dia tak sedar saya da sebesar

memori#bogoshipo#rindu

Assalamualaikum w.b.t Saya tidak mampu untuk menafikannya lagi. Saya rindukan dia. Dia dan memori lalu. Ada teman berkata, adakalanya yang dirindukan itu bukanlah seseorang,  tetapi memori tersebut. Tapi bagi saya, keduanya. Meskipun dia berubah, tetap saya rindukannya. Terlalu ingin saya hampirinya, dengan apa jua sekalipun kondisinya. Tidak perlu jiwa keanakan, aksi nakal dan bicara manis. Cukup dia. Ya, cukup dia ada di sisi dan saya ada di sisinya. Sewaktu bersama melalui hari-hari awal remaja, saya selalu bertanya apa agaknya pengakhiran kisah kami. Sampailah waktu dan jarak melenyapkan semuanya. Tiada yang tinggal melainkan dia. Bukan kenangan bersama. Apa lagi memori indah. Ya, saya hanya bisa mengingat kembali andai membaca bait-bait berukir jawi dan roman di buku lama. Mungkin, dakwat itu juga akan pudar seiring masa yang berlalu. Apa yang tinggal nanti hanya memori tanpa pembuktian. Jadi, selagi saya masih mampu mengingat dengan siapa saya pernah mencipta kenangan maka

#icc# 2

Assalamualaikum w.b.t Nampaknya sejak akhir-akhir ni, kesihatan saya terganggu. Mungkin saya kurang hargai ni'mat sihat, Asal sihat lupa akan sakit. Allahumma,  ampuni hambaMu ini. Sedikit masa yang ada, ingin saya kongsikan perkongsian pensyarah subjek icc saya, Dr Nerawi berkenaan sebuah pertubuhan (gabungan 54 pertubuhan sebenarnya) yang telah menyediakan laporan mengenai isu2 hak asasi manusia di Malaysia. Waktu itu, Dr menyentuh isu religious freedom, di mana pertubuhan ini meminta agar mana-mana rakyat diberi kebebasan untuk menganut mana-mana agama. Ibu bapa tidak berhak untuk menentukan atau menetapkan agama yang patut dianuti anak mereka. Meaning to say, there is no more istilah 'Islam' state in our mykad! Can u imagine that?  Saya jadi 'seram' mendengar kata-kata Dr...ye la, beberapa tahun akan datang cabaran yang dihadapi oleh para ibu bapa bukan sedikit. I am one of them, maybe, inshaAllah. Di dalam satu hadith tercatat, 'setiap anak dilahirka

kawan# ep batu caves Uia

Assalamualaikum w.b.t Aku tinggal di Mahallah Sumayyah. Mahallah tu merujuk kepada asrama. Sebelum ni, aku pernah tinggal sementara di Mahallah Maryam, sebulan. Kemudian, bermulalah kehidupanku menuruni dan mendaki tangga yang bilangannya lebih seratus anak tangga tu. Mahallah Sumayyah belakang Mahallah Nusaibah. Mula-mula dulu, dalam surat tawaran, aku mahallah Nusaibah tetapi bertukar ke Mahallah Maryam beberapa minggu sebelum berangkat ke UIA. Penat. Itulah yang selalu ku rungutkan. Tapi sebaik melepasi tangga tu, blok kami tidaklah jauh sangat. Berbaloi juga daripada lalu dekat kuliyyah undang2 (aikol) atau kuliyyah ekonomi (kenms). Walaupun tiada tangga gah seperti tangga batu caves tu, tapi still, banyak tangga juga. Dan, aku tak pernah kira berapa banyak. Di sini, aku nak kongsikan beberapa (padahal 2 saja pun) episod yang ku kira menyentuh hati. Ehhhh. Ntah, bukan, ada lagi istilah lain. Anyway... Sebulan lalu, sekembali dari kelas ipc, aku balik sendirian sebab Noreen

icc# kesantunan berbahasa

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, selesai sudah pembentangan kertas kerja icc @ intercultural communication. Topik kajian atas pilihan kami sendiri iaitu kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar tempatan dan antarabangsa di Universiti Islam Antarabangsa. Kami kecilkan skop kami dalam aspek penolakan. Sebelum tu, saya ingin mohon maaf atas kekurangan diri, di mana saya tidak dapat berkongsikan hasil kajian kami kepada umum-kertas kerja maksud saya. Namun begitu tetap juga ingin saya kongsikan serba sedikit hasil yang kami peroleh. Berbanding dengan rakan-rakan lain di luar sana, kalian berpeluang untuk hidup dalam suasana masyarakat non-Malay dan Malay. Saya di sini, saya lebih terdedah dalam komuniti Islam tempatan dan antarabangsa. Perbandingan budaya yang sering kami hadapi adalah antara budaya Malaysia dan juga selain Malaysia. Dalam kata yang mudah, apabila kita berbicara soal budaya kesantunan berbahasa, secara automatik, apa yang akan terpancul di minda, orang Mala

aku, dia dan kiosk.

Assalamualaikum w.b.t Sekadar perkongsian... Selepas menunaikan solat Zohor, laju kaki ku melangkah ke cafe Sumayyah. Meskipun hujung minggu, lauk-pauk masih tidak luak. Usai membuat bayaran di kaunter, aku pun menghala ke kiosk. Close. Tertera di balik cermin pintu dan pagar besi kiosk. Senyum. Sejak dua bulan lalu, beginilah situasinya. Dengar-dengar, cukup bulan ni, gulung tikar, tukar tender baru katanya. Ahh..kiosk Nusaibah kan ada! Santai aku menuruni tangga satu persatu ke Mahallah Nusaibah, aku bertembung dengan seorang sister. Di tanggannya, plastik merah berisikan tapau putih (sepertiku, cuma aku datang dari arah cafe Sumayyah). 'Beli makanan di Nusaibah, ni'. Monologku. Konklusinya mudah, sister ni hendak ke kiosk Sumayyah. Tatkala mata kami menyapa, mulutku cuma menghadiahkan senyum bermesejkan 'kiosk sini tak buka'. Sinis? Entahlah. Tidak lama kemudian, dia menyertaiku menuruni tangga dan kami berpisah saat aku menuju ke Mahallah Nusaibah dan

interpersonal communication# drama

Assalamualaikum w.b.t Tugasan kedua kami bagi subjek Interpersonal Communication (IPC) adalah mempersembahkan sebuah drama yang bertemakan cerita dongeng. Selepas melalui proses undi dan pertukaran...akhirnya kami diamanahkan dengan tajuk 'snow white'. Dr Riza minta kami twist sedikit, tetapi kumpulan kami membuat rombakan besar-besaran sehingga kelihatan drama yang dipersembakan adalah hak milik kami, produksi kami. Okey, melalut. Pada 26 Oktober 2013, bertempat di Adm Lt5, kami merupakan kumpulan terakhir yang membuat persembahan. Maaf sekali, tidak dapat berkongsikan gambar daripada kumpulan lain yang turut beraksi, bahkan gambar kumpulan kami sendiri tidak ter'tangkap', mujur juga ada yang tolong rakam persembahan, jika tidak, kami tiada memoir bersama dikemudian hari. Maklum, selepas ini mungkin sebulan, setahun, atau selepas graduasi, kami lupa. Bukan sengaja tapi itulah had memori manusia. Kami bertujuh sahaja, berlapan termasuk senior se'h

aku dan note 8

Assalamualaikum w.b.t Tajuk tu... saya tidaklah sekreatif mana, jadi baca pun sudah tahu apa point utama post kali ini. Semester ini, alhamdulillah berpeluang memiliki note 8, hak milik yang sederhana hemat saya. Saya juga pelajar biasa, ada kemahuan. Tetapi keterbatasan antara keperluan dan pembaziran atau mungkin juga keinginan dan nafsu. Maka dari situlah lahir ilham untuk memanfaatkan duit biasiswa hasil cukai rakyat marhaen dengan membeli note 8 ini. Apabila dalam kalangan rakan lama dan baru mendapat tahu saya merupakan pelajar biasiswa, ada dalam kalangan mereka yang cepat meneka, note 8 ini hasilnya. Ya, saya tidak pernah menidakkan. Untuk mendapatkannya, saya harus menabung, menyimpan dan berjimat cermat selama satu sem, atau mungkin semenjak 2 sem yang lalu lagi. Note 8 ini menyimpan nota-nota saya semester ini, semenjak hari pertama khidmatnya. Kekok? Riak? Kekok mungkin untuk pertama kalinya, kerana jemari saya sendiri mulanya dingin menyentuh pen tersebut. Riak, t

bapa sakit # tangis

Assalamualaikum w.b.t Ujian ini bukan pertama kalinya dalam keluarga kecil kami. Bermula dengan pemergian adik Ilmi yang cuma tidak sampai 7 tahun penuh bersama kami, disusuli dengan kanker mak dan kini bapa pula menghidap kanker. Rentetannya, kematangan berevolusi. Maka, tangis yang dulunya beku kini mengalir laju daripada tiada kepada ada, segan jadinya biasa. Itulah aku. Sewaktu mak dahulu, aku belum mengerti, bagiku, Allah Tahu, usia kecilku tidak betah mandiri.Yakin sahaja selalu begitu. Kini, saatku terisi degup kencang, apa khabar yang bakal menyapa pendengaranku? Sebelum menyambut panggilan mak, aku akan menarik nafas, menenangkan diri dan menjawab setenang yang mungkin. Walhal, suaraku sering bergetaran. Adakalanya aku gagal mengawal emosi, maka ku biarkan sahaja pecah suara tangis itu. Takut akan kehilangan. Ya, aku takut. Selepas pemergian arwah adik, aku cuma memiliki mak dan bapa. Tanpa mereka, aku tidak tahu...ya aku tidak tahu...(menarik nafas dalam-dalam). Su