Assalamualaikum w.b.t
Tugasan kedua kami bagi subjek Interpersonal Communication (IPC) adalah mempersembahkan sebuah drama yang bertemakan cerita dongeng. Selepas melalui proses undi dan pertukaran...akhirnya kami diamanahkan dengan tajuk 'snow white'. Dr Riza minta kami twist sedikit, tetapi kumpulan kami membuat rombakan besar-besaran sehingga kelihatan drama yang dipersembakan adalah hak milik kami, produksi kami. Okey, melalut.
Pada 26 Oktober 2013, bertempat di Adm Lt5, kami merupakan kumpulan terakhir yang membuat persembahan. Maaf sekali, tidak dapat berkongsikan gambar daripada kumpulan lain yang turut beraksi, bahkan gambar kumpulan kami sendiri tidak ter'tangkap', mujur juga ada yang tolong rakam persembahan, jika tidak, kami tiada memoir bersama dikemudian hari. Maklum, selepas ini mungkin sebulan, setahun, atau selepas graduasi, kami lupa. Bukan sengaja tapi itulah had memori manusia.
Kami bertujuh sahaja, berlapan termasuk senior se'human Science (hs), kak Rin. Sejak awal tugasan tersebut diumumkan di dalam kelas, insan pertama yang bermain di minda adalah kak Rin. Alhamdulillah, kami bersyukur atas kehadiran kak Rin yang banyak membantu sejak dari awal pembikinan skrip lagi.
Maaf sekali lagi, cuma beberapa foto yang dapat saya kongsikan, itupun semalaman berjuang sendirian di kamar sepi, sungguh tidak betah hamba kerja edit-edit ini!
Watak utama kami, Opie sebagai Sufi White dan Atul sebagai Tok Said yang juga memegang watak Tok Hitam. Antagonis dan protagonis.
Atikah selaku pencerita yang memegang watak a little girl.
Hari pertama praktis bersama kak Rin. Berikutan tempat yang had, kami pun mengembara ke kuliah pendidikan.
Hari kedua praktis bersama kak Rin di kuliah kami sendiri, sains kemanusiaan @ HS.
Pagi hari sebelum persembahan di malam harinya. Sekali lagi, kami berkampung di kuliah pendidikan. Buat sekian kalinya, kak Rin bersama kami.
okey, ini satu-satunya gambar yang ada muka saya. Hahaha itupun dalam simpanan kak Rin. Gambar yang kami ambil di malam hari selepas persembahan. Di cafe HS. Terima kasih daun keladi kepada Opie, mee bandung yang dibelanja memang sedap. Buat kak Rin, we love you sis! Haha
Sampai sini dulu bahagian perkongsian foto yang sedikit tapi bermakna. Inilah kerja berkumpulan yang ramai dan tugasan berdrama di alam kuliah buat pertama kalinya dalam hidup saya. Pertemuan yang indah, banyak yang saya belajar daripada kalian. Ada umur yang panjang kita pasti akan berkolaberasi lagi pada masa akan datang. InshaAllah.
Bahagian 2 nanti, saya akan kongsikan hasil kertas kerja kami. Tiada hak cipta terpelihara. (Agaknya, adakah yang nak tiru?)
-we are rafflesian-sufi white & 3 fairies-
Ulasan
Catat Ulasan