Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

#ketika bengang

Assalamualaikum w.b.t. Aku tidak mengerti, Anganmu selalu ingin dimengerti. Hidup sendiri, Tidak bisa kau jalani? Sampai bila memburu cinta Sedangkan hidup ini penuh cinta Jangan klasifikasi cinta Nanti buatmu tiada cinta. Apabila difikiran cuma dia Dalam khalayak bisa kesepian. Kamu, Ternyata guru salah ajarkan begitu, Mengejar bahagia dalam hidup Padahal derita tidak pernah tiada Ajarilah kami Kalau hidup ini, punya dua, Positif juga negatif Sabarlah bersendiri, Sampai masa berdua, syukuri.

Kesempatan

Assalamualaikum w.b.t Beberapa hari yang lalu, mak mengadu kepadaku. Katanya, "Ela, tadi mak ngaji. Allah,,, satu ayat tu, payahnya mak hendak abiskan." Aku, kelu sekejap. Minggu lalu aku menangis teresak-esak dekat mak. Entah. Aku sebenarnya bukan jenis yang kuat mengadu masalah, tetapi semenjak pemergian bapa, kalau ada waktu yang memang aku tak tahan rindukan dia, aku telefon mak, nangis. Selepas tu, baru rasa ringan sikit, ya, mak saja la setakat ni tempat aku ngadu. Bukan tiada kawan,tapi mak la kawan terbaik yang aku ada. Dahulu, sindrom aku kalau serabut dengan tugasan  sekolah, telefon bapa minta dibacakan yaasin. Tak hairan kalau aku nangis-nangis minta dibacakan Yaasin. Dan memang itupun rutin arwah bapa semenjak aku sekolah menengah lagi. Sekarang, setelah pemergian bapa...semua amalan itu turun kepada mak. Ya, itulah yang mak adukan. Katanya, sekarang dia cuma dapat bacakan Yaasin sahaja. Al-Quran tu dia baca sikit-sikit. Apa yang meruntun hatiku saat dia berk

Bukan cinta dan rindu

Perlu kau tahu Meski tiada rindu Tapi hati selalu, Selalu saja bersyukur Kerana tahu kamu ada di situ. Bicara kita membisu Senyum kita membeku Rasa dan cerita seumpama dulu Terbiar senyap tanpa usul Wajar, kasih kita belum menyatu. Hari demi hari, waktu Mendekati sisa hidup Pinta hati agar dia adalah kamu Meski bukan, kamu tetap tunggu Nyata aku bisa pilu jika dia benar bukan kamu. Ini bukan cinta dan rindu Bukan sungguh. Tapi kalau benar ada cinta dan rindu, Maaf lafaznya tidak butuh Zahir begini waktu. Perlu kau tahu Susunilah istimewa tiap satu Pilihanku tetap kosong di situ Kerana seperti kamu itu cuma satu. (Terima kasih kematangan, tanpa paksaan, kepercayaan, kesetiaan, dan pemahaman- tanpa cinta dan rindu, aku bisa zahirkannya kalau kamu bisa bertahan menunggu, meski aku tidak tahu di mana penghujungnya)

CMC LINE 2014 #Part 3

Assalamualaikum w.b.t Semasa kawan-kawan lain mengambil subjek computer mediated comm (CMC), aku tertanya-tanya, why we need to get LIKE on fb? Kenapa nak guna social network as platform indikator markah? After that, I know... semutu manapun produk kita kalau tak promote pun tak jadi. Sebaliknya, seburuk mana pun produk kita, kalau rajin promote, tiada masalah. Okey, I need to explain one by one, nanti kawan-kawan boleh salah faham. Padahal aku tiada niat nak offend sesiapa. Sungguh! Apabila produk kita itu bermutu, alhamdulillah, aku tidak segan hendak promote. Di semua celah aku hendak masuk. Keyakinan. Kalau produk ok, promote ok, maka tiada masalah dengan jumlah LIKE yang hendak diraih. Malah kalau orang hendak promote,  aku dengan lapang dada kata "silakan.terima kasih." Atau aku sendiri yang pinta mereka berbuat demikian. Dua tugasan kami bukanlah yang terbaik. Ada part yang lebih ada part yang kurang. Bukan hendak kata tak bermutu, cuma kurang sikit daripada

CMC LINE 2014 #Part 2

Assalamualaikum w.b.t Sudah sekian lama tidak bercerita mengenai video kami. Kali ini ingin saya kongsikan opini saya mengenai JALAN CERITA video kami. Opini ini merupakan opini saya selaku audiens. Bukan selaku salah seorang ahli dalam kumpulan LINE. Apa yang kalian dapat atau lihat daripada video kami? Ada yang kata, 'saya cuma memahami video kalian, tapi saya tidak fahami satu pun apa yang cuba kalian sampaikan.' 'Jangan bangun lewat, nanti lambat pergi kerja'. 'Kalau mau tidur, basuh kaki dulu, nanti mimpi bukan-bukan'. Sebelum tu, saya tiada niat mahu perli sesiapa. Well, kami perlukan feedback daripada audiens. Oh ya, kronologi atau konsep video itu hasil rakan sekumpulan saya di mana kami ahli yang lain persetujui memandangkan ideanya pada firasat kami sesuai untuk projek kami. Jadi, maksud tersirat video itu, tidak solid pada kami. Setiap orang punya pendapat sendiri dan kalian selaku audiens punya hak itu. Jadi, kira-kira begini ya maksud sa

Pujukan emak

Assalamualaikum w.b.t. Mak adalah kurniaan terindah dalam hidup insan. Besar begini pun, masalah yang datang dirujuk kepada mak. Menangis teresak, selamanya meminta dipujuk hati yang resah dan gelisah. Umpama meminta restu dan doa, semoga kita temui jalan penyelesaian. Mak, hatinya lembut,  hati mana tidak remuk, mendengar anak menangis jauh dari jagaan. Tapi, tetap juga ditahan tangisnya, agar teguhnya nanti dicontohi anak. Anak, syukurilah, masih punya mak tempat meluah dan merujuk. Selama mencari kawan, cuma mak tempat paling selamat mengadu.

CMC LINE 2014 #Part 1

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi. Sejak akhir-akhir ini, sibuk sedikit dengan promosi video, tugasan kami bagi subjek Computer Mediated Communication (CMC). Kali ini, ingin saya ketengahkan serba sedikit perihal video kami. Ya, perihal students Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang tidak menggambarkan ciri-ciri Islamik dalam kronologi video mereka. Apa yang masyarakat expect daripada pelajar universiti Islam seperti kami, lebih-lebih lagi dengan tambahan "antarabangsa", di belakang? We need that expectation. Iya ka? Bukan senang hendak pegang title pelajar UIAM. Mungkin, ada yang expect kami berjubah, tudung labuh, kopiah..etc even dalam video klip. Iya ka? Di sini jawapan saya, dan ini hanya individual opini saya. Video ini merupakan tugasan turun-temurun kami bagi subjek Computer Mediated Communication. Kami perlukannya sebagai markah assignment kami berdasarkan jumlah LIKE yang kami dapat. Zaman senior-senior kami tidak pula saya arif bagaima

Sungai

Assalamualaikum w.b.t Kelmarin, sekian lama tidak jejak ke hujung kebun sawit bapa, aku lalui tebing sungai itu. Ternyata sungai juga berevolusi. Dahulu, saat pertama kali bapa terokai buminya, sungai ini terlalu deras untuk kami menumpang mandi. Kalau bukan kerana alirnya deras, diam tenangnya juga bisa mengundang prasangka. Setiap kali kaki ku menyentuh sejuknya, aku pantas membaca ayat mentera yang dahulunya, kanak-kanak sezamanku lazimi. '...nek, cucu tumpang lalu...' Hahaha Kuno? Kamu tahu, kawan...ternyata generasi terdahulu tinggi adabnya, dan adatnya. 'Jangan buang sampah merata-rata, nanti penunggu sini marah.' 'Jangan meludah sebarang, nanti terkena penunggu yang lalu'. Meskipun, semua perkara terkait 'penunggu', tapi itulah lambang 'hormat' mereka. Ada rasa hargai alam. Kini kita tiada rasa itu. Kerana alam bagi kita, sekadar alat untuk capai cita-cita. Ya, pernah sungai itu derita angkara tangan-tangan manusia yang rakus. Airny