Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.
Sejak akhir-akhir ini, sibuk sedikit dengan promosi video, tugasan kami bagi subjek Computer Mediated Communication (CMC).
Kali ini, ingin saya ketengahkan serba sedikit perihal video kami. Ya, perihal students Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang tidak menggambarkan ciri-ciri Islamik dalam kronologi video mereka. Apa yang masyarakat expect daripada pelajar universiti Islam seperti kami, lebih-lebih lagi dengan tambahan "antarabangsa", di belakang?
We need that expectation. Iya ka?
Bukan senang hendak pegang title pelajar UIAM. Mungkin, ada yang expect kami berjubah, tudung labuh, kopiah..etc even dalam video klip. Iya ka?
Di sini jawapan saya, dan ini hanya individual opini saya. Video ini merupakan tugasan turun-temurun kami bagi subjek Computer Mediated Communication. Kami perlukannya sebagai markah assignment kami berdasarkan jumlah LIKE yang kami dapat. Zaman senior-senior kami tidak pula saya arif bagaimana format tugasan dan pemarkahan mereka. Tapi zaman kami, berdasarkan jumlah LIKE yang kami DAPAT. Jumlah LIKE means terpulang pada kami bagaimana corak persembahan kami. Satu kata yang dapat saya ambil sebagai indikator kami dalam penghasilan video ini, Enjoy!
Tetapi, kelmarin, ada seorang akak bertanya kepada saya, dan BUKAN jawapan tersebut ya yang ingin saya terangkan di sini. Ini cumalah MUQADDIMAH kepada jawapan tersebut. ;)
Seperti yang saya terangkan tadi, apabila masyarakat tahu kami pelajar Universiti Islam, maka semuanya hendaklah Islamik. Persoalan saya, di mana Islamik itu hendak di ukur? Pakaian? Video? Muzik? Atau Semuanya?
Sebagai pelajar komunikasi, kami amatlah sedar, kami ini milik Ummah. Cewaah, so kami kena persembahkan video yang general atau umum barulah nampak keseimbangan di situ. Kami tidak mahu masyarakat masih berfikiran sempit bahawa kalau berkaitan Islam itu harus jubah,kopiah,tudung labuh (itu yang sebaiknya), tapi kita harus lihat indikator asasnya.
Okey, mungkin pakaian kami melepasi judge masyarakat, bagaimana pula dengan kronologi video? Well, persoalan saya, apa yang kalian lihat daripada video tersebut? "Tak ada ciri-ciri Islamik langsung".
Ya, kalau jalan cerita Islamik yang kalian cari, memang kami tidak punya itu. Tetapi, sedarilah, kami perlu persembahkan kepada umum, bukan cuma golongan yang 'Islamik' sahaja. Seperti saya nyatakan, indikator penghasilan video kami adalah melepasi asas bagi satu-satu perkara contohnya pakaian. So, kalau dikaitkan dengan kronologi video, tiadalah pula rasanya yang melampaui batas, melanggar syariat...dan sebagainya. Kalau ada tolong beritahu ya. Tegur. Nasihat.
Lagu? Lagu yang kami pilih berdasarkan undian majoriti. Bonjovi-it's my life itulah yang menang. No komen.
Pernah, seorang senior graduated dari Uia ini, di mana karyanya turut saya tidak berkenan. Tiada ciri-ciri 'Islamik' langsung. Sekarang, melangkah setapak dalam bidang komunikasi, baru saya faham kenapa karyanya bersifat sebegitu. Kita harus tahu siapa audiens kita, jangan 'ekstrem' sangat sampaikan ada golongan yang 'terpinggir'.
Mendidik masyarakat ini panjang perjalanannya, dan perlu secara ansur-ansur. Bukan semua mendapat didikan yang lengkap. Usah kerana terlalu mengejar kesempurnaan, yang kurang dipinggirkan. Selagi produksi kita patuh syariat, teruslah berkarya.
Okey, aku tahu bahasa ku tinggi sangat. Bye!
Ulasan
Catat Ulasan