Langkau ke kandungan utama

Kesempatan

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari yang lalu, mak mengadu kepadaku. Katanya, "Ela, tadi mak ngaji. Allah,,, satu ayat tu, payahnya mak hendak abiskan."

Aku, kelu sekejap. Minggu lalu aku menangis teresak-esak dekat mak. Entah. Aku sebenarnya bukan jenis yang kuat mengadu masalah, tetapi semenjak pemergian bapa, kalau ada waktu yang memang aku tak tahan rindukan dia, aku telefon mak, nangis. Selepas tu, baru rasa ringan sikit, ya, mak saja la setakat ni tempat aku ngadu. Bukan tiada kawan,tapi mak la kawan terbaik yang aku ada.

Dahulu, sindrom aku kalau serabut dengan tugasan  sekolah, telefon bapa minta dibacakan yaasin. Tak hairan kalau aku nangis-nangis minta dibacakan Yaasin. Dan memang itupun rutin arwah bapa semenjak aku sekolah menengah lagi. Sekarang, setelah pemergian bapa...semua amalan itu turun kepada mak.

Ya, itulah yang mak adukan. Katanya, sekarang dia cuma dapat bacakan Yaasin sahaja. Al-Quran tu dia baca sikit-sikit. Apa yang meruntun hatiku saat dia berkata,
"Susahnya ngaji sendirian,  dulu ada juga bapa yang tegur tajwid, sebutan..."

Bapa mengahwini mak ketika mak berusia 15 tahun. Kehidupan kanak-kanak mak tidak seperti kehidupan yang ku lalui. Dilahirkan di kawasan perkampungan desa Ajangpulu, kacamatan Cina, kabupaten Bone, Sulsel... masyarakat ketika itu belum menekankan pendidikan.  Kata mak, pulang dari sekolah, rutinnya menjaga bendang. Tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran. Hal-hal agama, tidak dititikberatkan seperti mana yang bapa ajarkan kepadaku. Mengaji, solat dan hal-hal agama mak dapat daripada bapa selepas mereka berkahwin.

Bapa pun zaman kanak-kanaknya sama seperti mak, semuanya serba kekurangan. Malah dia telah kehilangan ayah seusia kecil lagi.  Jadi, nenek iaitu mak bapa berkahwin lain. Bapa mengambil keputusan berhijrah ke Sabah pada ketika itu. Sama seperti mak, bapa tidak punya basic pendidikan agama. Solat, mengaji dan hal-hal lain dipelajarinya ketika dalam perantauan. Katanya, dia banyak kali bertukar guru baru khatam mengaji. Dan alhamdulillah,  berkat pengajian tidak formalnya itulah yang mendidik kami sekeluarga.

"Tapi ndak apa la, Allah masih beri mak peluang untuk buka al-Quran lagi. Itu pun sudah cukup. Salah mak tidak selalu semak bacaan semasa bapa masih hidup" aku dapat dengar suara tawa mak di hujung bicaranya.

(Tangis)

(Kelu)

"Ela ada cuti 3 bulan nanti, boleh kita ngaji sama ya, mak." Sahutku. Hampir tidak kedengaran.

Ni'mat apa lagi yang kami hendak siakan setelah apa yang ditinggalkan buat kami oleh bapa? Alhamdulillah. Kami pernah memiliki peluang itu. Kesempatan itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share