Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Playlists #yondermusic

Selamat sejahtera Berikut merupakan senarai lagu yang baru kumuatturun di library muzikku. Lagunya bukannya semua terkini. Cubalah dengar mana tahu berkenan. Eh. Album terbaru Psy belum sempat kudengar semua tapi aku suka: #Auto reverse (feat Tablo). Selain aku suka gaya rapnya Tablo, faktor pertamanya aku suka lagu ini adalah kerana liriknya. Mengenang kenangan. #Last Scene. Liriknya termasuk citarasaku. Tambahan pula gaya rap Psy di sini ala-ala B.I. #Refuge. Aku suka dengar suara Psy di sini. Aku rasa kalau aku cuma dengar lagunya secara ndak sengaja, aku ndak akan tahu kalau itu Psy. Dan semestinya liriknya juga merupakan seleraku. Kedua, #Wake Up lagunya B.A.P. Pernah aku berhasrat untuk beri 5 bintang ke yondermuzik. Tapi, aku masih belum puas hati kerana lagunya versi Japanese. Tambahan pula koleksi Highlight (former Beast) belum tersenarai. Album terbaru Roy Kim, Blossom. Aku belum dengar semuanya tapi aku suka dengan #Suddenly. Liriknya makananku. #Honestly dan #You,a

Seekor burung, kucing dan tuannya

Assalamu'alaikum dan selamat malam Seekor anak burung belajar terbang. Saat ia sedang tekun sang hitam menerkam pantas. Seekor kucing remaja berwarna hitam. Belalang, cicak, kupu-kupu dan kini unggas imut coklat ia hadap. Ada mangsa dan pemangsa. Berdarah, luka badannya mangsa. Berlari, pemangsa tidak diam ia beralih tempat angkara punya tuan yang sok mengangkat nilai bernyawa dan hidup berkomuniti. Ayuh, lepaskan gigitanmu, hitam. Lihatlah, si imut ini merupakan tetangga kita. Dulu sebelum ia lahir ke bumi ini, ibu dan ayahnya bertungkus-lumus menyiapkan sarang di bawah kamarnya mak. Bergantian ia berulang-alik mengangkut rumput kering di paruh. Ketika hujan, berjatuhan daun-daun keringnya. Dan pasangan itu bertambah-tambah usahanya, agar anak-anak lahir nanti biar tempat tinggalnya sedia, selamat dan selesa. Kau pun akur meletakkan burung imut yang sudah pucat kaku. Burung kecil, lihatlah lukamu ini. Bila kau besar nanti pasang kukuh di hatimu dunia tiada pernah simpati. Si

Hari-hari busuk bakal berlalu

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Ramadan mubarak. Aku telah mencuba untuk menulis dengan konsisten tetapi tetap juga ada hal yang menghalangi. Meskipun aku merupakan seorang penganggur, ternyata banyak perkara yang mau kupenuhi. I believe there are abundance of things that I would like to achieve before my last breath in this world. Thanks to that, my day is happy as I want it to be now. Pada suatu petang, ketika merajinkan diri untuk membersihkan tingkap rumah yang habuknya cuma tiada tatkala hari-hari besar, aku disapa bau yang busuk. Rupanya, di satu sudut rumah, tingkapnya menjepit satu makhluk cicak. Entah berapa lama tingkap itu cuma dibuka separuh jika berbuka dan entah bagaimana bangkai cicak itu cuma 'terdeteksi' ketika ulat-ulatnya sudah tidak mampu menggerakkan diri gara-gara telah montel-montel. Aku capai sekotak tisu. Satu dua helai aku tarik dengan rakus. Tidak cukup, kutarik lagi helaian entah berapa banyak kali sampai akhirnya yang tertinggal hanya kota

Nota tanpa tajuk

Selamat malam Pernah, suatu ketika dahulu seorang kawan, A berkata kepada seorang kawan B, 'mereka tidak akan faham situasi kita'. Mereka itu merujuk kepada kami, C, D, E, F, G...Z. Aku pun berfikir, mungkin sebab aku tidak berada di tempat mereka maka aku jahil tentang mereka. Tetapi sejauh mana pun aku melangkah dari detik itu, aku masih belum memahami maksud kata-kata mereka. Apa yang dia maksudkan dengan 'situasi kita'. Setiap manusia diciptakan dari sumber yang sama, lahir telanjang, hidup pula memerlukan oksigen yang sama, dan semuanya pun akan mati. Jadi, situasi mana yang dia maksudkan? Walaupun jauh di sudut hati, aku pun sebenarnya mengangguk setuju. 'Betul, kerana orang lain tidak akan fahan apabila mereka berada di tempat yang berbeza dengan kita' Peliknya, aku ulangi lagi. Padahal kita semua wujud dari setitis air mani, lahir telanjang, menghirup oksigen dan akan mati. Jadi aku simpulkan, kita diberi hidup yang sama tetapi kitalah yang menil

Fighting!

Assalamu'alaikum dan selamat pagi. Banyak perkara yang bisa buat kita rasa down, hilang motivasi dan depresi. At the end, untuk memujuk diri, kita pun cakap dekat diri, "ini hanya sementara." Then, ko pun akan faham kenapa ada kes bunuh diri dan bersyukurlah kerana agama mengajarkan untuk tidak berputus asa pada nyawa sendiri. Ketika down begini, hidupan makhluk lain pun akan dicemburui. Kepada kucing yang dimanja, burung yang terbang bebas, kepada riang anak-anak kecil, harta melimpah pewaris muda, kepada sesiapa sahaja yang bernyawa di muka bumi ini. Mereka yang kelihatan gembira dan hidup tanpa masalah. Kita harap kita juga tiada masalah. Dan kau pun fikir lagi, hidup ini cuma sementara. Fikiranmu melayang lagi ke kelompok manusia yang nampak seolah peduli tetapi menyebalkan. Mereka yang mempersoalkan jalan hidupmu. Kenapa ia up, kenapa ia down, kenapa kau buat ini, kenapa kau pilih ini, kenapa kau begini begitu, kenapa kau ketawa, kenapa kau senyum kenapa kau ber

Kehilangan

Assalamu'alaikum dan selamat tengah hari. Lama sudah aku tidak bercerita tentang kucing kami. Kucing kami itu adalah ahli kami. Sewaktu aku menulis tentang pemergiannya Seppang aku fikir itu merupakan nota lambaian 'selamat jalan' buatnya. Jadi aku tulis dengan nada cukup bahagia dan syukur. Rupanya, bulan itu kami diuji dengan kehilangan yang bertimpa-timpa. Tiada kata yang dapat aku tuliskan sampailah aku memutuskan untuk menulis sekarang. Kerna kehilangan itu memberi rasa seperti kehilangan sebelum-sebelum ini. Semua yang meninggalkan pergi, perginya kembali membayangi. Sewaktu satu demi satu nyawa pergi, aku sendiri tidak hadir menyaksikan. Jasadnya saja aku tidak tahu di mana dikuburkan. Semua memori bersama berputar satu demi satu, dan perasaan jelik yang kurasakan semasa mereka berpergian, aku kaburi dengan angan palsu. Ini cuma mimpi buruk. Ini cuma khayalan. Ternyata tinggal aku dan sisa penyesalan. Siapa saja tahu kalau setiap pertemuan itu pasti ada akhir

Kawan

Assalamu'alaikum dan selamat petang. Apabila aku tiada di sini bermakna aku sedang menyibukkan diri dengan membaca. Kali ini aku menjengah sekejap saja. Sekadar nota sampingan. Ketika membaca bukunya Murakami, Hear the Wind Sing, dan Pinball, di ruang introduksinya dia ada mencatatkan sebegini, "...played an important role in what I have accomplished. They are totally irreplaceable, much like friends from long ago. It seems unlikely that we will ever get together again, but I will never forget their friendship. They were a crucial, precious presence in my life back then. They warmed my heart, and encouraged me on my way." Dia menulis catatan ini menyebutkan tentang dua novelnya itu. Tetapi aku menulisnya semula kerana benar-benar memaksudkannya, kawan. Atau lebih tepatnya kawan lama.