Assalamu'alaikum dan selamat pagi.
Banyak perkara yang bisa buat kita rasa down, hilang motivasi dan depresi.
At the end, untuk memujuk diri, kita pun cakap dekat diri, "ini hanya sementara."
Then, ko pun akan faham kenapa ada kes bunuh diri dan bersyukurlah kerana agama mengajarkan untuk tidak berputus asa pada nyawa sendiri.
Ketika down begini, hidupan makhluk lain pun akan dicemburui. Kepada kucing yang dimanja, burung yang terbang bebas, kepada riang anak-anak kecil, harta melimpah pewaris muda, kepada sesiapa sahaja yang bernyawa di muka bumi ini. Mereka yang kelihatan gembira dan hidup tanpa masalah. Kita harap kita juga tiada masalah. Dan kau pun fikir lagi, hidup ini cuma sementara.
Fikiranmu melayang lagi ke kelompok manusia yang nampak seolah peduli tetapi menyebalkan. Mereka yang mempersoalkan jalan hidupmu. Kenapa ia up, kenapa ia down, kenapa kau buat ini, kenapa kau pilih ini, kenapa kau begini begitu, kenapa kau ketawa, kenapa kau senyum kenapa kau bernafas....
Dan kau mahu sahaja semburkan di mukanya dengan kata-kata "whatever...."
Kalau orang tahu betapa buang masanya mempersoalkan hidup orang lain tanpa mempeduli nasib diri sendiri. Kenapa hidupmu melalui uphills dan downhills, kenapa kau berbuat itu, kenapa kau pilih ini, kenapa itu dan ini, kenapa kau ketawa senyum menangis dan ketawa semula... kenapa kau masih bernafas. Tanyalah sama diri sendiri sebelum tanya sama orang lain. Kalau kau pun ndak tahu mau jawab apa, jangan tanpa malu tanya sama orang lain.
Kalau pun kau tahu jawapannya kau tiada sampai hati mahu tanya atau mempersoal jalan hidup orang lain kerana kau pun akan menangis mengenang jalan hidup sendiri.
Hidup ini hanya sementara.
Aku? Kau fikir aku akan tulis kalau aku sedang bahagia? Tentulah kerna hidup sedang dilambung badai hidup, maka mulalah berkata-kata hiba. Sendu. Aku pun tiada jawapan solid menangani depresi kerana apabila khabar gembira tiba maka hilanglah beban depresi tadi. Pastilah mencari bahagia bukan jawapannya kerana depresi lawannya bahagia. Cara melawan depresi itu ada pada depresi sendiri. Dan aku belum berani menggali jauh ke dalam perigi depresi. Aku lebih memilih musuhnya, mengejar bahagia yang sementara.
Depresi melawan depresi itu apa? Mungkin bentuknya sebegini, ibarat anak kecil yang hidupnya ditatang mulai berfikir kalau kasih orangtuanya bakal berakhir dan dia dibiarkan. Atau seperti terbang bebasnya seekor burung yang pulang ke sarang di petang hari dengan perut kosong.
Kau hidup untuk menikmati bahagia? Siapa bilang hidup cuma untuk bahagia?
Memang pun depresi itu ada dalam kamus hidupnya insan. Jadi, seperti wujudnya depresi, bahagia juga akan muncul. Dan aku selalu berdebar-debar, tatkala bayu bahagia menampar lembut, aku menduga sebesar apa depresi menghambat nanti. Dan tatkala taufan depresi melambung, aku menunggu bila agaknya sinar bahagia terbit lagi.
Dan berkata lagi, hidup ini hanya sementara.
Kepada jiwa-jiwa depresi, kita tidak sendiri depresi. Cuma jalan mengharunginya sering menuntut kita untuk sendiri. A lonely fighter. Sebuah terowong latihan menuju perkampungan abadi. Sendirilah berjuang depresi sampai apabila kita pulang nanti yang kita bawa adalah sebuah hati yang rindu untuk kembali ke tempat asalnya.
Ulasan
Catat Ulasan